Class 5 Diamond Sky
Pelajar 5 Diamond sky hanya santai duduk di tempat masing - masing menunggu wakil guru kelas mereka tiba. Ada yang ramah berkenalan dengan orang baharu. Ada yang hanya duduk diam tanpa melakukan apa - apa. Lagaknya seperti budak nerd. Begitulah suasana berada dalam kelas yang serba baharu. Pelbagai ragam yang perlu diperhati.
"Weh kau tak nak kenal dengan dia orang semua tu?" tanya Dyana ke Mell dengan menunjuk ke arah sekumpulan pelajar yang seronok bersapa itu.
"Tak nak lah aku. Ada kau pun dah cukup.." jawab Mell dalam nada lemah.
Eh minah ni lebih - lebih pula. "Oi kau tak payah nak overreacting erk, aku tanya je tahu!" Dyana membalas demi menjaga hati sahabatnya itu. Haihh.. minah ni tiba - tiba sedih pula.
"Oi! Memandangkan masih tak ada cikgu nak masuk, kau nak teman aku pergi tandas tak?" tanya Dyana. Maklumlah sahabatnya yang satu ini pantang nampak cermin terus melekat. Mana tahu trik itu menjadi untuk mewujudkan semula perangai gila sahabatnya nya ketika ini dilanda awan mendung.
"Jom!" Tidak perlu berfikir lama Mell segera mendahului Dyana. Aku dah agak dah. Minah ni memanglah hantu cermin sangat.
***
"Weh jamal!.. Kau tahu ke tak arah yang cikgu tu cakap tadi? Dah berapa kali kita pusing alik sekolah ni tak jumpa juga.." bebel Carl tidak puas hati. Carl hanya menunggu abangnya membalas. Aik.. jamal ni tak reti ke nak bercakap. Ke masuk sekolah baharu terus jadi bisu?.
"Kau tak payah kutuk - kutuk aku! Aku tahulah, kau diam je.." balas Karl dengan sedikit keras. Mana taknya sudah berpeluh mereka mencari kelas sendiri tetap tidak berjumpa.
"Pergh. Baik kau diam je lah kalau macam tu.. Tak membantu langsung," balas Carl sebelum berdiam diri.
"Habis kau tu membantu sangat ke?" balas Karl sebelum menendang punggung Carl.
"Oi!.." jerit Carl mengejut. Dia dah bertukar jadi jamal sebenar. Kalau aku layan memang jadi jamilah lah ceritanya. Haih..
"Jamal oh jamal.. Tu tengok depan," Carl memuncungkan bibirnya.
Karl segera melihat ke hadapan. Dua perempuan sedang menuju ke arah mereka. Nak tanya ke tak.. tanya ke tak?"
"Kau nak aku tolong tanya tak? Boleh.." pelawa Carl sebelum menarik tangan Karl menuju ke lorong sebelah kanan.
"Kita keluar dari lorong ni acah - acah kita terserempak dengan dia orang..cun?" terang Carl.
"Jalan!" arah carl. Bila lagi aku dapat arah mamat ni kan. Makan kau jamal siapa suruh berlagak sangat dengan aku.. kan dah mendapat.
Karl mendahului Carl sebelum belok ke arah kanan. Namun apa yang membuatkan mereka berdua terdiam bukan kerana melihat dua pelajar perempuan tadi. Karl dan carl terkedu memandang satu sama lain apabila kelibat mereka sudah tidak kelihatan.
"Kau yakin ke kau nampak manusia tadi? Weh author dah rancang elok - elok nak jumpakan aku dengan perempuan tu. Ini kau punya pasallah nak main sorok - sorok," gumam Karl namun didengari oleh adiknya.
"Dah tak ada jodoh kau nak buat apa? Lebih baik cari kelas kita.. Mungkin dah kena sorok oleh bunian" bidas Carl.
"Engkaulah tu buniannya.." Karl menjawab sakit hati kemudian meneruskan langkah mereka.
YOU ARE READING
Our Fated | OG |
Teen FictionKARL MYKAEL dan CARL RAFAEL - Sepasang kembar seiras pelajar lelaki Tingkatan 5. Personaliti mereka yang berbeza membuatkan diri mereka menjadi tumpuan pelajar lain yang memandang. ' COOL ' ya itula yang sesuai dengan keterampilannya Karl dan sikap...