Bab 3

77 6 0
                                    

LAYLA mengikut sahaja dari belakang Waiz yang sudah melangkah masuk ke dalam butik mewah yang menerima tempahan suit lelaki. Pelik juga Layla kerana sepatutnya dia perlu berjumpa dengan Waiz di kedai makan dan bukannya di sini.

"Waiz, kau nak kahwin ke?" soal Layla sambil anak mata meliar memerhatikan deretan suit lelaki pelbagai warna yang tersusun kemas di hadapan mata.

"Luar alam betul soalan kau ni." Jawab Waiz dengan dahi yang sudah berkerut memandang Layla.

"Dah tu datang sini nak buat apa? Mestilah kau nak tempah suit kan? Takkan nak makan pula."

"Kau dah lapar sangat ke sampai dalam kepala kau fikir fasal makan je?"

"Aku datang sini sebab kau nak ajak makan kut. Jadi, mestilah perut aku tengah lapar." Layla sudah tergelak-gelak.

"Kau minta perut kau sabar kejap. Aku nak ambil suit yang aku tempah. Hujung minggu ni kan ada Young Entrepreneurs Award kat Melaka."

"Ahaaa... Aku lupa pulak fasal award kau tu." Layla sudah mengoyak sengih memandang Waiz yang sudah menggeleng perlahan.

"Memanglah kau lupa sebab aku ada ajak kau sekali teman tapi kau tak nak."

"Tarikh award tu clash dengan tarikh birthday party anak buah aku. Lagipun, kau patut ajak salah seorang girlfriends kau daripada ajak aku."

"Bila masa pulak aku ada girlfriends ni?" Sengaja Waiz tekankan intonasi suara pada bunyi 's' apabila menyebut perkataan 'girlfriends' itu.

"Iyalah tu. Punyalah banyak gambar kau share dekat IG kau dengan ramai perempuan. Bukan girlfriends ke namanya tu?"

"Kau jealous ke?" Senyuman mengusik sudah tersungging di hujung bibir Waiz. Sejak dia mengenali Layla yang merupakan anak kawan daddy dia; memang sudah menyimpan perasaan suka kepada si cantik manis yang sedang berdiri di hadapan dia ini di dalam diam.

"Tak ada maknanya nak jealous bagai. Sebagai kawan, aku risau kalau kau patahkan hati ramai perempuan ni dan nanti orang yang kau betul-betul suka akan patahkan hati kau."

Terus hilang senyuman di bibir Waiz. Berbeza dengan dia; Layla memang hanya menganggap dia sebagai kawan.

"Memang aku rasa aku dah patah hati pun." Waiz bersuara perlahan dengan bahu yang sudah jatuh.

"Apa dia?"

"Tak ada apa-apa. Kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi kaunter buat payment. Lepas tu kita boleh terus pergi makan." Terus Waiz berlalu mendapatkan seorang staf butik yang sudah keluar dari bilik khas dengan membawa suit hitam yang ditempah.

Sementara menunggu Waiz yang masih di kaunter, Layla mula membelek-belek deretan suit lelaki yang tersusun kemas tidak jauh daripada bilik persalinan.

"Along dah boleh imagine wedding angah nanti macam mana."

Suara lelaki yang kedengaran tidak jauh daripada tempat Layla sedang berdiri membuatkan dia turut sama menoleh ke arah suara tersebut memandangkan dia seperti pernah mendengar suara tersebut.

"Aku kena tanya opinion bakal wife jugak, long. Bukannya boleh syok sendiri plan wedding." Kedengaran satu lagi suara garau. Terus anak mata Layla beralih kepada seorang lelaki yang mengenakan suit berwarna hitam dan sedang berdiri di hadapan cermin. Ini Tengku Qadr Naufal yang dia jumpa di baking class Pahlawan Café dahulu!

Bonjour, Mon Amour (Akan Datang PBAKL 2023)Where stories live. Discover now