AWISHMICA • 52

26.4K 1.5K 58
                                    

"HEY! semua masuk dalam rumah sekarang!"

Serta merta langkah Han berhenti, dia mengemam bibir memandang puan Dilla yang bercekak pinggang di depan pintu.

"ARGHH! Aduh! Aduh!" Han sudah duduk di atas lantai.

Aryan melepaskan gigitannya, dia senyum lebar memandang Han yang kesakitan. Padan muka!

Han memegang kakinya yang digigit oleh Aryan, boleh tercabut kakinya kalau hari-hari macam ni. Macam manalah Ariff jaga Meesya masa dia mengandungkan budak tu?

"Kenapa bising sangat malam-malam ni?" tanya puan Dilla, dia menggeleng kepala memandang Han dan Aryan. Yang duduk berkelah tepi kolam malam-malam ni pun satu.

Arash sudah berlari semula ke arah Ariff, dia tak nak masuk campur.

"Sowwy, nek mummy... Hiks... Ayan hiks... Papa ni cubit pipi ayan... Huwaaa..." Aryan mula menangis.

"Aryan, jangan menangis." Han menarik tubuh Aryan masuk ke dalam pelukannya, tubuh yang teresak-esak menangis itu digosok-gosok lembut.

Meesya melangkah keluar bila dia mendengar suara milik anaknya menangis. Anaknya masih menangis di dalam pelukan Han, segera dia mendekati Han.

"Aryan, ni mama ada." kata Han.

"Mama," Aryan memeluk tubuh Meesya, tubuhnya didukung oleh Meesya.

Puan Dilla turut mendekati mereka, dia tiada niat untuk memarahi mereka. Memang kena pujuk ni.

"Aryan, nek mummy tak marah." kata puan Dilla.

Ariff sudah berdiri di belakang tubuh isterinya yang masih menenangkan Aryan. Ikut mamanya sebijik.

"Nak Wayid... Wayid," kata Aryan. Pujuklah bagaimana sekalipun, hanya Ariff yang boleh berhentikan Aryan daripada menangis.

"Walid here, little pau." kata Ariff.

Meesya berpusing ke belakang lalu tubuh Aryan diserahkan kepada Ariff.

"Wayid!" Aryan menangis di bahu Ariff. Lama kelamaan tangisannya semakin reda.

"Jom masuk rumah, makanan dah siap," kata puan Dilla, dia ingin mengajak mereka makan tetapi bila dia melihat Han dan cucu kembarnya berlari tadi terus dia menjerit.

Ariff dan Meesya melangkah masuk ke dalam begitu juga dengan Han.

"Dekat sana pun sekali!" kata puan Dilla.

Aid mendukung tubuh Arash. Aisy dan Hariz sudah lari ke depan. Kalau dibiarkan Arash berjalan, lambat dia sampai ke dalam mansion.

Mereka memilih tempat duduk masing-masing. hanya Aryan yang duduk di atas riba Ariff dan Arash di atas riba Aid.

"Aryan, merajuk dengan nek mummy lagi ke?" tanya puan Dilla, dia cuba untuk mengambil Aryan daripada dukungan Ariff tadi tetapi Aryan merengek tidak mahu.

"Tak, ayan tak majok dah." jawab Aryan.

mana boleh Aryan merajuk lama-lama, nanti siapa yang nak belikan mainan untuk dirinya.

"Makan dengan nek mummy, nak tak?" tanya puan Dilla.

Aryan mengangguk, dia turun daripada riba Ariff dan berjalan ke arah puan Dilla lalu dia mengangkat tangannya tinggi.

HIS BABYPAU | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now