KEBANGKITAN NAFSU

57.3K 243 11
                                    




Sebuah rumah kampung di Kampung Telemung Atas, terletak di negeri Selangor, 45km dari pusat bandar Kuala Lumpur.  Rumah itu agak jauh dari rumah yang lain dan dikelingi oleh pohon getah dan sawah padi.

Bunyi riuh orang menjerit dan bacaan ayat-ayat rukyah bergema dan saling bersahut.  Lantai-lantai kayu bergegar kuat.

Di dalam rumah kelihatan seorang pemuda dalam lingkungan 30 tahun berbadan agak tegap sedang meracau dna mengamuk.  Rambutnya kusut dan matanya kemerah-merahan.

3 lelaki berkopiah bergelut memeluk tubuh tegap pemuda itu yang cuba menerpa Ustaz Haikal yang membaca ayat-ayat ruqyah.  Tapi ianya membuatkan pemuda itu makin mengamuk dan mencampak ketiga-tiga lelaki yang memeluknya.  Lelaki it uterus menerpa Ustaz Haikal, cuba menangkap dan mencakar Ustaz Haikal. Dengan pantas Ustaz Haikal mengelak, tunduk dan menyadung kaki pemuda itu.  Pemuda itu jatuh terbaring.  Lantai kayu rumah itu bergegar dnegan hempasan tubuh tegap pemuda itu.

"Abang!" kelihatan seorang wanita dalam lingkungan usia 20 tahun berdiri di pintu dapur.  Wanita itu teresak-resak menahan sedih. 

Ustaz Haikal; "Sabar Pn Anita, insyaAllah suami puan dapat kami pulihkan.  Ustazah Raudah dalam perjalanan ke mari" nafas Ustaz Haikal termengah-mengah. Sudah lebih 1 jam dia bertarung.  Tubuhnya sudah rasa lesu.  Badannya terasa sakit.  Terasa tulang rusuknya macam retak.

Ustaz Haikal; "Puan dan anak-anak keluar dari rumah dulu puan.  Saya tak dapat menjamin keselamatan Puan.  Jin yang merasuk suami Puan sangat kuat"

Anita lalu membawa kedua-dua anaknya keluar dari rumah itu.  Ketika itulah sebuah kereta BMW X4 bewarna merah dengan plat number SYG 69 memasuki perkarangan rumah kayu itu.  Datin Ustazah Raudah keluar.  Sinaran cahaya bulan penuh yang menyinar menyerlahkan kejelitaan Datin Ustazah Raudah yang berjubah hijau muda.

Anita; "Datin. Tolong suami saya!" Anita menyerbu Ustazah Raudah dan memegang tangan Ustazah Raudah yang lembut dan halus.

Datin Ustazah Raudah; "Faizal Bin Rahman, itu nama suami puan bukan" ucap Ustazah Raudah dengan nada tegas. 

Datin Ustazah Raudah memandang tajam ke dalam ruang rumah lalu melangkah dengan tegap dan menggenggam kedua-dua tapak tangannya.

Ustazah Raudah; "Usah bimbang, dengan izin Allah, tiada Jin yang tak dapat Ustazah tundukan". Datin Ustazah Raudah memandang Anita dengan pandangan tajam dan penuh yakin. Lalu Datin Ustazah Raudah menarik nafasa, mengalih pandangannya kembali ke pintu rumah dan melangkah denegan penuh yakin.

Ustaz Haikal dan 3 lagi pembantunya tersenyum dan mengucap syukur dengan kedatangan Datin Ustazah Raudah. 

Ketika melangkah masuk, Ustazah Raudah menggenggam dan meletakkan kedua belah tangannya di mulut.  Ustazah Raudah mula membaca surah Al-Fatihah dan membuka kedua belah tapak tangannya.  Dengan lembut dan ayu Ustazah Raudah menghembus ke arah Faizal yang cuba menerpanya. Faizal terpelanting dan terjatuh semula dengan hembusan dari Ustazah Raudah.  Ustaz Haikal dan 3 lagi pembantunya memandang kagum Ustazah Raudah.

Datin Ustazah Raudah memandang Ustaz Haikal dan pembantunya.  Jiwa Datin Ustazah Raudah  merasa kesal kerana tiba lewat bila melihat badan Ustaz Haikal dan pembantunya yang lebam dan calar balar.

Datin Ustazah Raudah; "Ustaz, Ahmad, Ali, Syaiful.  Kamu semua okay?" tanya Datin Ustazah Raudah lembut

Tiba-tiba seluruh rumah bergegar.  Segala perkakasan rumah tiba-tiba macam dibaling sesuatu.  Almari, TV dan perabot dibalik, dicampak dan dihempas.  Pingat-pingat, potret dan pisau berterbangan dibaling kearah Datin Ustazah Raudah, Ustaz Haikal dan pembantunya.  Ustaz Haikal dan pembantunya menjerit bila pingat-pingat dan potret terkena tubuh mereka.  Hempasan yang kuat menyebabkan tangan, kaki dan badan mereka luka. 

KEBANGKITAN NAFSUWhere stories live. Discover now