CHAPTER 2 ✔

148 19 4
                                    

"Weh Na! Bangun lah!"

Badan gadis itu ditolak-tolaknya kasar tapi masih lagi lena dibuai mimpi. Na'aila mendengus kecil. Dia ni juga mulut besar cakap kejut kan aku lah. Aku nak ikut pergi joging sekali lah. Kejutkan awal lah. Last-last, berjuta kali aku teranjang dia ni, masih terbongkak!

"Suka hati kau lah, Na. Dah nak pukul 6 lebih sudah, baik aku tinggal je kau ni! Heh! Jangan salahkan aku kalau kau kata aku tak kejutkan kau!" Na'aila menarik semula selimut tebal Dayana lalu menutup hingga ke atas kepala tubuh badan itu. Na'aila buat gaya ingin mencekik rakannya sebelum keluar dari situ.

Dia pengambil kepetusan untuk berjoging di kawasan sekitar taman alor indah saja. Taman permainan dan tempat joging orang ramai lakukan. Ia ada sekali dengan tasik buatan di tengah-tengah taman itu. Jadi mahu berjoging perlu lah keliling-keliling bulatan tasik besar itu. Na'aila berhenti seketika untuk mencari nafas. Termegah-megah dia berjoging seorang diri walau dia keluar tadi hampir tak nampak jalan. Nasib lah dia datang ke sini dengan kereta dahulu.

"Uwargh!" Tangan direnggangkan, kuat. Sedap sungguh apabila merenggangkan tangan selepas joging. Terasa segala penat lelah dia lalui tadi sudah lesap bergitu saja.

Buk!

"Argh!"

Tapi apakah daya apabila takdir menentukan dia disondol oleh seseorang mengakibatkan dia terduduk jatuh ke tanah. Na'aila mengadu sakit. Berkerut dahinya jatuh terduduk bergitu.

"Aduh... "

Mendengarkan ada suara lain mengadu sakit, pantas Na'aila angkat muka. "Hei! Awak berjalan tu boleh tengok depan tak? Awak langgar saya, tahu tak!" Herdiknya, tidak berapa kuat menjerit tapi setakat boleh lelaki itu mendengarkannya.

"Huh?" Lelaki itu panggung kepala pula melihat padanya.

"Awak?!" katanya, terkejut. Tak lama sebelum lelaki itu tersenyum pula. Gembira!

Na'aila tersedar siapa gerangan yang melanggarnya, dia menelan air liur. Alamak! Dia ni lagi!

Isa tersenyum selebarnya melihat Na'aila. Tidak sangka dia dapat berjumpa semula dengan gadis ini lagi. Ya Allah, terima kasih atas takdir mu ini!

"Takpelah, saya tak sakit pun." Pantas Na'aila bangun dari terus terduduk di atas lantai jalan itu. Isa pula lagi laju menghalang pergerakkan Na'aila dari terus bangun.

"Biar saya tolong awak bangun. Salah saya sebab langgar awak tadi." Dia menghulurkan tangan. Na'aila menepisnya perlahan.

"Tak payah! Saya boleh bangun sendiri."

Isa tidak perdulikan kata-kata Na'aila terus dia menarik tangan kecil gadis itu untuk menarik gadis itu bangun terduduk disitu walau ditepis. Dia tidak kesah.

"Ouch!" Tangan Isa terus terlepas dari pengangan tangan. Terkejut lelaki itu dibuatnya. "Awak okay? Kenapa awak ada luka dekat mana-mana ke?" Soal Isa, risau.

Na'aila pandang pada telapak tangannya. Ada kesan calar yang sudah bergelupas kulit sehingga nampak isi merah jambu di dalamnya. Terpejam mata Na'aila apabila merasakan kesakitan itu mula menjalar. Pasti terseret pada jalan tadi.

"Tangan awak!" Tak sangka dia melanggar gadis ini sehingga menjadi bergitu. Hatinya mula rasa bersalah.

"Ish! Ni semua salah awak! Awak berlari tengok apa? Saya besar kedabak macam gajah ni tak nampak juga ke!?" Tepik Na'aila, geram.

Isa menjeling Na'aila atas bawah atas bawah. Besar? Kemudian dia terkekeh kecil. "Mana ada awak besar macam gajah. Awak kecik tau, saya tengok. Macam penguin pula saya tengok." Dalihnya.

𝐍𝐀'𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐀𝐋𝐊𝐀𝐄𝐙𝐀𝐑Where stories live. Discover now