CHAPTER 10✔

98 11 4
                                    

"NA'AILA!!"

Qariq terus merampas telefon yang berada di tangan Na'aila lalu mencampakkannya ke luar tingkap.

BOOM!!!!!

"Kya!" Isa terus memeluk Na'aila ke dalam dakapannya untuk melindungi gadis itu. Mereka menunduk.

Qariq terut menunduk dengan pejamkan mata rapat dari terkena hembasan letupan daripada telefon itu di luar tingkap. Mata kembali terbuka. Bangunan itu sedikit bergegar akibat letupan itu dan keadaan mula huru-hara.

"Honey! Awak okay?" Isa menyoal Na'aila risau sambil menyentuh kedua bahu gadis itu. Na'aila tergetar-getar mengangguk kecil. Dia memegang lengan Isa, kemas.

"Is- Isa.. Apa tadi tu... ?" Lengan baju lelaki itu digenggam, kuat. Rasa takut menyebelahi diri. Bom ke? Kenapa telefonnya boleh mengadungi sejenis senjata berbahaya tu?

Kalau Qariq tidak merampas telefonnya tadi....

"Awak selamat... Jangan risau. Saya ada dengan awak, okay? Jangan takut." Isa sekali lagi memeluk badan kecil gadisnya ke dalam dakapan. Kepala memandang Qariq yang mengintai disebalik tingkap itu.

"Riq"

Tangan mengempal penumbuk. Tak guna. Dia menoleh pada Isa pula. "Diorang dah mula." Ujarnya dingin. Tak menyabar! "Aku akan laporkan pada HR. Kau pergi turun, lupakan esok. Bawa Na'aila terus balik ke rumah. Aku akan cakap dengan doktor dia." sambungnya mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.

Isa mengamgguk lalu menolong Na'aila untuk berjalan. "Kita kena pergi, Na'aila." katanya.

"Kenapa? Habistu.. Sa-saya?"

"Kita balik. Awak dah tak selamat duduk sini"

"Tak- selamat? Apa maksud awak?"

Isa terus menolak badan Na'aila untuk keluar dari bilik wad itu tanpa menghiraukan soalan Na'aila. Air drip di tangan gadis itu dicabut perlahan lalu keluar dari situ meninggalkan Qariq menyelesaikan kerjanya sendiri.

🤍

"Isa, apa jadi tadi tu? Kenapa kita pergi? Macam mana dengan Qariq? Kawan awak!"

"Kita perlu lari, kita dah tak selamat, Honey." Balas Isa, mendatar. Pemanduan dilajukan sedikit. Fokus pada jalan. Sekarang mereka bergerak balik ke rumah kondo di mana tempat dia tinggal.

"Habis? Macam mana dengan hospital tu? Kenapa ada bom tadi awak!"

Isa mengeluh. Jika dia tidak bersuara, terusan gadis kesayangannya ini menyoal tanpa henti. Dia tidak mahu bebankan fikiran gadis itu yang tidak melibatkan dirinya.
"I have to! Semua tu kita tak boleh masuk campur." balasnya tetap berlembut.

Na'aila berdengus kecil. Dia menampar pehanya, geram. "Cakap dengan saya... Apa jadi tadi tu, Isa! Tadi tu bom tau! Ni dah kira bahaya tahu tak!? Sebelum ni, saya di serang peluru dari mana ia datang. Sekarang, bom pula!? Awak ada sembunyikan apa-apa ke dari saya, Isa Alkaezar!? Apa kena dengan Dayana huh!?"

"Ada orang nak bunuh awak, Na'aila!" Jerkah Isa sambil menghentakkan tangannya ke streng kereta. Mata tajam menusuk pada wajah mulus itu.

Jantung Na'aila berdengup laju. Sedikit terkejut dengan jerkahan Isa. Buat pertama kali dia dimarihi oleh lelaki itu, sebelum ni hanya suara lembut saja yang keluar dari mulut Isa. Kini, dia membuat lelaki itu marah. "Bu-bunuh? Siapa? Saya ke?"

"Ya! Na'aila Zephyra. Diorang kejar awak! Diorang nakkan awak! Saya takkan biarkan diorang dapatkan awak! Tahu tak!?"

Kini matanya mula membulat besar. Tergamam. Jantungnya masih berdengup laju. "Siapa?"

𝐍𝐀'𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐀𝐋𝐊𝐀𝐄𝐙𝐀𝐑Where stories live. Discover now