↳ [ 04 | BREAK UP ]

170 23 5
                                    

Maaf,Rindu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maaf,Rindu. Kau jumpa lelaki yang salah.

Kahar merebahkan dirinya atas katil hotel yang empuk. Perbualannya dengan Rindu tadi terngiang-ngiang di telinga. Dadanya berasa sesak ketika mengingat cerita hidup Rindu.

Apa yang harus dilalui gadis itu saat usianya masih sangat muda. Bagaimana dia mengatasi setiap dugaan yang datang dengan penuh sabar. Kahar kagum sungguh dengan gadis itu. Tak bohong,ini memang betul.

Bahkan dia berasa bersalah sedikit telah menggunakan kebaikan gadis itu demi kepentingan dirinya. Macam dia cakap tadi,dia tidak pernah sekalipun jatuh cinta dengan Rindu. Dan dia tidak akan pernah mencintai gadis seperti Rindu kerana hatinya sudah tertambat dengan Qeesha. Ruangan hati Kahar penuh dengan nama Qeesha. Tiada langsung kesempatan untuk nama Rindu menyelit.

Kahar berkira-kira untuk mempertahankan hubungannya dengan Rindu ataupun memutuskan hubungan mereka. Kerana sejak awal, Kahar anggap hubungan itu tidak serius langsung.

Larut bergelut dengan fikirannya,bunyi notifikasi mengejutkan Kahar. Dia pantas menggapai telefon pintarnya di bawah bantal. Dia melirik nama pengirim sejenak.

Kalau pengirimnya tidak penting,dia akan mengabaikan isi mesej itu tetapi kalau pengirimnya orang yang dia sayang,dia takkan pernah sekalipun abaikan dia.

Qeesha ma ladies!

Kahar terus bangun daripada baringnya. Dia duduk menegak lalu membuka ruang chatnya bersama Qeesha. Hatinya berdebar-debar seperti biasa. Tanda cintanya pada Qeesha. Dia membaca isi chat itu dengan teliti.

Qeesha ma ladies!

Kahar
I need you rn
Jom meet up
Please...

kahar
I'm sorry,Qeesha
I can't
Aku still kat Cameron lagi
Esok baru aku turun KL

Oh
Takpelah kalau
macam tu

Kenapa kau nak
jumpa aku
Asal?
Naim pukul kau ke?

Can you stop saying
his name?
I hate him

Betul lah ni,dia
pukul kau
mamat ni nak
cari mati ke hah!
berani sentuh girl aku

No lah Kahar
He do nothing to me
We just broke up

Sumpah tak lawak
Qeesha
Kau biar betul

red ; abdul kaharWhere stories live. Discover now