(baca 🌿88: Kuro si asisten Leon di Zariel: Budak Berhood Putih di Choco_mint2704 terlebih dahulu untuk memahami jalan cerita)
Pada pagi hari, di agensi....
Kelihatan Leon sedang berjalan bersama Kuro menuju ke pintu keluar agensi setelah bertemu dengan Daihannya kerana suatu urusan.
"Kuro, bagaimana keadaan di akedemi sekarang? Semuanya baik-baik ke?"tanya Leon sambil memerhati keadaan sekeliling ketika berjalan.
"Nampak seperti semuanya dalam keadaan yang baik, Tuan Leon,"jawab Kuro sambil membuat imbasan & memeriksa data akademi Demora's Shield.
"Baiklah, mari balik ke dorm dulu sebelum kita sambung kerja kita di akademi & asrama,"kata Leon yang sudah hampir sampai ke pintu keluar.
"Baiklah, Tuan Leon,"kata Kuro yang setia mengikuti Leon.
Pada masa yang sama, kelihatan seorang lelaki berjalan melepasi Leon sehingga seketika membuatkan langkah sang remaja itu terhenti.
"Kenapa ni, Tuan Leon?"tanya Kuro yang menyedari hal itu.
"Hm..takde apa-apa. Jom pergi,"kata Leon yang sempat berpaling seketika sambil melihat lelaki itu yang semakin jauh darinya sebelum berjalan pergi dari situ bersama Kuro.
Pada masa yang sama, di dorm...
Kelihatan Yuma, Hiro & Zariel sedang mengemas beberapa barang serta pakaian ke dalam beg milik mereka diikuti oleh roommate mereka yang lain yang dimana mereka bersedia untuk pergi ke markas memandangkan hari ini telah menjadi hari minggu untuk mereka bercuti kecuali Minamotoki & Shinshi yang sibuk dengan kerja mereka berdua.
Begitu juga dengan Konnosuke yang tidak dapat menemani mereka bercuti telah dihantar pulang kepada Saniwa dengan keadaan badannya yang gemuk kerana terlalu banyak makan sehingga menyebabkan dia tidak dapat bergerak & mengalami sakit perut.
"Tak sabarnya aku nak jumpa dengan budak-budak tu,"kata Yuma yang teruja.
"Hahaha! Aku pun! Aku tak sabar!"kata Hiro dengan penuh bersemangat sambil zip begnya.
"Hm.. mereka juga pasti sedang menunggu,"kata Zariel sambil tersenyum senang.
"Haha, korang nampak teruja. Aku pasti ini disebabkan oleh budak-budak di sana kan?"teka Noboru sambil tersenyum.
"Ya, betul tu!"jawab si trio itu.
Kedengaran pintu telah dibuka oleh seseorang seketika membuatkan semua orang mengalihkan pandangan mereka ke arah pintu.
"Aku dah balik. Maaf kalau lambat sikit,"kata Leon yang baru pulang bersama Kuro.
"Hai, Leon! Selamat pulang,"kata Yuma yang sedang sibuk mengemas barang-barangnya.
YOU ARE READING
Zariel: Budak Berhood Putih (Sambungan Cerita)
FantasyKata orang, dunia ni tak adil, kejam, tidak pernah sentiasa indah mahupun harmoni dan sebagainya. Di titik inilah nasib kehidupan seorang remaja lelaki bernama Zariel bermula. Sejak dari bayi lagi, Zariel telah dibuang ke dalam hutan pada suatu mala...