🌿90: Bertemu Dengan Ahli Keluarga Pahlawan (Part 2)

88 9 2
                                    

Di hadapan markas pahlawan...

Setelah mengambil masa beberapa minit, bas yang dinaiki oleh Zariel dan rakan-rakannya akhirnya telah tiba dihadapan markas pahlawan. Mereka tanpa melengahkan masa, mulai beratur dan berjalan menuruni bas sambil membawa barang serta beg masing-masing termasuklah si trio yang sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dengan para pahlawan yang lain.

"Akhirnya kita dah sampai ke markas! Tak sabar nak jumpa pahlawan yang lain,"kata Yuma yang sudah tidak sabar sambil membawa beg miliknya.

"Hahahah! Aku pun sama! Aku harap mereka semua ada di sini!"kata Hiro sambil ketawa penuh kegembiraan.

Pada saat yang bersamaan, Zariel hanya mendengarkan setiap perkara yang diperkatakan oleh kedua sahabatnya itu sambil mengangguk tanda setuju dengan perasaan teruja yang sedang mereka miliki itu.

"Hahahah, nampak seperti korang nampak teruja ya. Aku pasti yang korang selalu datang ke tempat ini sebelumnya bukan?"kata Minamotoki sambil tersenyum.

Ketika yang lain sedang asyik berbual, Kuniyuki hanya berdiri dihadapan markas dan hanya memerhatikan kawasan di sekelilingnya sebelum mengatakan sesuatu.

"Dah lama aku tak pulang ke sini. Nampaknya tak banya perkara yang berubah di sini,"kata Kuniyuki perlahan.

Zarial yang menyedari perilaku Kuniyuki itu hanya menatapnya tanpa berkata apa-apa. Pada masa yang sama, Yuma yang sudah mencapai pintu markas segera membuka pintu lalu melaung dengan kuat diikuti dengan Hiro yang turut melakukan hal yang sama.

"Semua! Kami dah sampai untuk jumpa semua!"laung Yuma dan Hiro dengan kuat sambil melambaikan tangan mereka.

Laungan mereka itu telah menarik perhatian hampir kesemua pahlawan muda serta kanak-kanak yang ada di situ lalu mereka dengan segera terus sahaja meluru ke arah mereka dan mengerumuni mereka seperti mereka ingin melepaskan rindu yang telah lama mereka pendamkan dalam jiwa mereka.

"Abang Yuma! Selamat pulang!"ucap Shihiro sambil tersenyum lalu memeluk Yuma.

"Abang Hiro!!"laung beberapa orang kanak-kanak yang kelihatan sedang memanjat dan memeluk badan Hiro.

"Hahahahahaha! Kamu semua! Baguslah semua nampaknya sihat dan kuat ya!"kata Hiro yang ketawa dengan gembiranya kerana terhibur dengan gelagat para kanak-kanak itu.

Zariel hanya tersenyum sambil memerhatikan sahabatnya yang lain yang sedang disambut dengan mesra oleh para pahlawan muda itu. Tiba-tiba, Zariel telah diterkam oleh seseorang dari belakang sehingga membuatnya jatuh lalu memandang seseorang yang sedang memeluknya itu.

"Abang Zariel!!!!! Selamat Pulang!!! Dah lama kami tunggu abang datang ke sini!"laung Hakata sambil menahan tangisannya ketika memeluk Zariel.

"H..Hakata..abang Zariel dah balik.."kata Zariel sambil mengusap kepala Hakata.

Kuniyuki hanya mendiamkan diri sambil memerhati orang lain yang kelihatan sangat senang kerana menerima sambutan yang hangat daripada semua pahlawan muda itu. Tiba-tiba, kelihatan seorang kanak-kanak berlari keluar dari markas & dengan segera memberhentikan langkahnya dalam keadaan tercungap-cungap.

"Kuniyuki!!!!!"laung sang kanak-kanak itu sambil memandang ke arah Kuniyuki.

"Hotaru,"kata Kuniyuki yang memandang ke arah sang kanak-kanak bernama Hotarumaru itu.

"Hotaru,"kata Kuniyuki yang memandang ke arah sang kanak-kanak bernama Hotarumaru itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Zariel: Budak Berhood Putih (Sambungan Cerita)Where stories live. Discover now