CHAPTER 2

429 21 0
                                    

Laju langkahnya menuju ke kedai runcit bernama Jaya Grocer itu. Niatnya ingin membeli barang dapur yang telah kehabisan stok di rumah. Dia tinggal berdua bersama rakan baiknya daripada kecil , siapa lagi kalau bukan alia. Kebiasaannya mereka akan pergi bersama namun alia mempunyai beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan segera.

 Liar mata memandang sekitar mencari bahan-bahan yang perlu dibeli. Siap di senaraikan lagi , takut terlupa atau tercicir nanti.  " barang basah : ikan , ayam , daging check."   Ditanda bahagian itu dengan pen berdakwat biru. " barang kering :  sayur sawi , kailan , kacang panjang ,  brokoli , lobak merah , cili api , telur satu papan , garam , gula check." 

  " cukup dah ni rasanya , nak pergi ambil cadbury pulak" kata Yana sendiri. Bahagian pemanis mulut ditujunya. Indah betul bila dapat makan coklat banyak-banyak. Lain macam nikmatnya!. Yana mengambil 10 paket coklat berjenama cadbury itu. Dalam peti sejuk di rumah memang akan selalu dikhaskan tempat letak coklat. Maklumlah dia dan alia penggemar tegar coklat.' alia minta belikan yang mana eh tadi' Yana bercakap dengan diri sendiri. Kemudian tangan naik mengambil tiga jenis cadbury lagi. " ambil jelah semua jenis . Demi kesenangan hati dan perutku yahooo". 

" tak rasa manis sangat ke makan banyak macam tu". Yana macam pernah mendengar suara itu.

" awak suka palau orang ke ? " tanya si dia. Aku pandang depan dan boommm.

Mamat haritu ada depan mata aku. Baru rasa tenang dapat beli coklat muncul bala pula.

 " kau tak suka coklat diam jelah" jawab Yana.

" saya tanya je , sebab awak ambil banyak sangat. Habis ke semua tu ? takkan hari-hari makan coklat kut? Bukan ke coklat tu muak?" petahnya mamat ni cakap. Dah tu kalau tak suka coklat yang pergi kat sini kenapa. Bijak sangat otak dia ni. " tak suka boleh pergi tempat lain" halauku.

" suka makan manis tapi mulut tu mcm ada bara api" telahnya. Naik berang aku apabila dikata begitu.

" MULUT ADA BARA API? YES I AM. KAU MINTA AKU JADI MACAM NI. TAK HABIS-HABIS NAK KACAU AKU "   yana bersuara lantang.

" saya tak kacau awak , saya hanya bertanya benda yang boleh ditanya. Awak suka coklat?"  kata si dia.

" Aku suka apa bukan urusan kau"   jawab yana.

" Betullah awak suka coklat. Dalam troli penuh dengan coklat satu jenama je. Maksudnya awak sukalah tu."   telahnya lagi.

Yana pasrah.  Bercakap dengan lelaki ini buatkan dia rasa nak marah tetapi tak boleh kerana mereka di kedai.

" encik , kalau nak sakitkan hati saya encik boleh pergi tempat lain. Risau-risau ada yang balik meraung nanti" kata Yana berbaur amaran.

" meraung ? kenapa kena meraung ? awak ingat saya budak 5 tahun ke ?"

" Saya tak jamin encik akan selamat kalau masih disini."   kata yana.

" Awak risaukan saya ? awwww comel nya. Saya tak apa-apa , sihat walafiat di depan awak. Tiada sebarang luka ataupun sakit di badan."   ujar aal.

Selama dia hidup 24 tahun , inilah kali pertama dia rasa stress yang teramat. Kerenah lelaki ini memeningkan kepalanya. Takkan habis perbualan mereka. Yana cakap sikit , lelaki itu balas berjela-jela , lepastu dengan ayat menyakitkan hati. Yana cuba untuk menamatkan perbualan mereka namun lelaki tersebut seperti tidak mahu dia pergi.

" Saya bukan risaukan encik. Apa yang saya cakap tu satu amaran. Never test my limit."   ujar yana

" Amaran apa ? Saya tak dengar berita pasal bencana apapun." 

" Bukan bencana alam tapi bencana hati"  ujar yana.

" Kenapa pula hati? Awak tengah broken ke? "   teka aal.

Dengan kenalan rapat sendiri Yana tak sesabar ini. Ada sahaja ayat yang menyakitkan hati , terus dia sembur orang tu balik. Tapi tahap sabar dia seperti masih boleh dikawal apabila berbual dengan lelaki itu. Mungkin kerana lelaki ini hanyalah 'stranger' padanya jadi dia perlu menonjolkan sikap behave di khalayak ramai.

" Is it the reason awak pergi pantai haritu ? Nak healing ke ? "  sambung aal.

" Saya tak ada masa nak healing.  Saya juga tak ada masa nak kacau orang"   yana memerli lelaki itu.

" Saya tengok and tanya awak je. Bukan saya pegang-pegang awak ke , raba awak ke ".  selamba dia cakap benda macam tu. Ya Allah mulut dia ni tak ada insuran ke ? 

"  Diam encik. Jangan nak cakap benda mengarut. Encik pernah buat ke? "  tanya ku.

" Tak pernah lagi.  Saya tak jahat sampai nak buat benda tu kat perempuan kecuali dia isteri saya."   ujar aal.

" YOU ARE PERVERT"   jerit yana.

" Hei , kalau saya pervert dah lama saya buat pada awak. Sekarang ni saya buat ke? "   dia menyoal.

" But still , you are pervert"   yana menjauhkan diri.  " Pergi tempat lain encik sebelum saya jerit. "   ugut yana.

" encik ni , saya masih cakap elok-elok. Jadi tolong dengar. Saya suruh encik pergi tempat lain. "

" Saya nak beli coklat juga "   kata lelaki itu.

" saya cakap dengan sopan ni , pergi tempat lainlah encik. Kedai ni bukan ada satu tempat je. Encik pergilah bahagian makanan segera ke , bahagian roti ke , bahagian makanan lain".  Kata Yana pasrah.

" taknak , saya nak beli coklat ni. Alang-alang tu saya dekat dengan awak ".   lelaki itu senyum kepadanya. Yana rasa nak pengsan melayan kerenah tak betul lelaki ini.  

 " Encik ambil apa yang encik nak dan terus pergi. Kata nak beli coklat je tadi kan?".

" baiklah.  Awak jangan beli coklat banyak-banyak nanti sakit gigi ". 

" saya tak suka dengan cara encik ni. Macam menyibuk hal saya je. suka hati saya la nak buat apa. Life saya , apa encik kisahkan? Encik buat macam ni makin merimaskan saya".   terang yana.

Tak cukup di pantai haritu merimaskan aku ditambah pula dengan pertanyaan tentang coklat disini. Tak ada kerja lain ke dia nak buat selain daripada menyakitkan hati aku?

" Saya cuma jaga awak je "

" Buat apa nak jaga saya? saya dah besar."   jawab yana dengan muka beku. 

" kenalah jaga because you are my everything".

" kita tak ada apa-apa hubungan pun encik. Sila sedar diri" 

" we will have it soon"  aal berkata dengan penuh keyakinan.

" Lantak enciklah. Saya rasa encik perlukan pakar psikitiari sebab encik terlalu perasan"

" i don't really care what you say about me. Just to know , i will be yours . Bye dearrrr" 

Aal melambai tangan dan berpusing tubuh apabila sudah jauh daripada yana. Perasan , sewel , gila. Tiga perkataan ini cukup untuk menggambarkan lelaki itu. Tanpa melengahkan masa , yana menolak troli pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Perjumpaan tadi endah tak endah pada yana. Benda itu tidak dianggap penting padanya.

Cinta Tanpa Noktah [C]Where stories live. Discover now