SPECIAL CHAPTER

430 4 0
                                    

Harraz merenung nasibnya di dalam pagar besi itu.  Tempoh penjaranya ada lagi sebulan sebelum dia boleh keluar. Alhamdulillah Harraz membuat kebaikan di dalam penjara dek telah insaf. Niatnya selepas keluar penjara ialah dia akan mencari Bella dan berbincang dengannya untuk bertanggungjawab. Haziq selalu melawatnya dan menasihatkan dia ke arah lebih baik.

"Bella okay kan?"  soal Harraz

"Aku dengar dia buka butik muslimah sekarang. Alhamdulillah"  ujar Haziq

Harraz meraup muka  dan tersenyum. Mujur Bella pun insaf. Menipu lah kalau Harraz tiada rasa cinta lagi pada Bella. Dia masih cintakan perempuan itu. Apabila dia dengar daripada mulut Haziq mengatakan Bella telah berubah , sejuk hatinya dan semakin merasa ingin menjadikan Bella itu isterinya.

"Kau tahu di mana butik dia?" 

"Kau nak cari dia ke?"  Haziq ke depan sedikit

"Ya. Kau pun cakap sebagai lelaki sejati , kita kena bertanggungjawab atas apa yang kita pernah lakukan pada seorang perempuan. Bulan depan aku dah bebas. Aku nak jumpa dia. Aku nak perbaiki semua"  terang Harraz

"Aku setuju dengan kata-kata kau. Nanti aku cari alamat butik dia. Bukan susah pun. Lepas keluar hospital aku yang uruskan dia. After that , aku tak contact dia dah"  Bella pun tidak terlepas daripada hukumannya. Mungkin selepas itu dia juga insaf sama seperti Harraz.

"Terima kasih Ziq. Next time kau tak payah lawat aku lah. Kau tunggu je aku keluar , baru kau datang jemput"  ada senyuman di bibir Harraz sedikit.

"Boleh. Aku jemput kau bulan depan. Aku pergi dulu. Kau jaga diri sampai boleh keluar tau"  Haziq menyokong Harraz hendak kahwin dengan Bella. Jika benar mereka betul-betul berubah, itu kira baik dah..

_______________________________________________________

Tyra duduk di atas kerusi roda sahaja dia mampu. Dirinya telah cacat dan dia benci akan itu. Tetap dia menyalahkan Yana yang buatnya begini.

"Aku benci Yana! Aku benci Yana!"  laungnya.

Haziq dari belakang mendengar Tyra terjerit-jerit menegur.

"Tak insaf lagi ke?"

Tyra menjeling pada Haziq. Lelaki ini buat semak pula tiba-tiba muncul.

"Tch. Insaf? Aku kena insaf ke lepas cacat macam ni? Perempuan tu tak payah insaf lah?"

"Dia tak akan mula kalau bukan kau yang mulakan dulu. Cuba ingat balik siapa yang cari pasal? Anyway , perempuan kau benci tu dah arwah. Tak perlu lah kau risau dia datang balik nak bunuh kau lagi ke apa eh"  herdik Haziq

Tyra mengetap giginya. Lelaki ini cari pasal betul. Perempuan tu mati pula dah. Baru dia hendak balas perbuatannya sampai dia jadi cacat begini.

"Mati dah?"  sejurus itu Tyra ketawa mengilai

Haziq naik bulu roma mendengar Tyra ketawa begitu. Tapi steady jelah. Jangan nampak sangat takut.

"Atleast dia meninggal sebab penyakit. Bukan dia minta. Allah dah tulis dia kena pulang ke negeri abadi. Kau tu jahat-jahat tak kena tarik nyawa lagi. Patutnya kau mati aje semasa masuk icu dulu"  geram Haziq. Tengoklah dah cacat pun masih tak puas hati dengan Yana. Ini lah contoh manusia dirasuki setan.

Tyra membaling botol air di sekitarnya ke arah Haziq. Mujur Haziq sempat mengelak. Botol itu sipi-sipi sahaja di tepi mukanya.

"Tak cukup nak bunuh orang lagi ke kak oii"  selorohnya

Tyra menahan marah kerana lisan Haziq. Mendidih amarahnya ketika ini. Dia menghentak tayar kerusi roda itu sekuat kuatnya.

"Ha hentak lah. Hentak sampai tangan kau lebam. Elok tak boleh jalan , tangan pula tak boleh guna"  Haziq menambah-nambah dalam marak api Tyra.

Cinta Tanpa Noktah [C]Where stories live. Discover now