Bab 1

775 68 3
                                    

Sabrina baru sahaja tiba di klinik haiwan VET PET CLINIC yang dibangunkannya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sabrina baru sahaja tiba di klinik haiwan VET PET CLINIC yang dibangunkannya sendiri. Setelah bergelumang dengan jurusan perubatan dan klinik haiwan selepasam tiga tahu di Royal Veterinary College, sekarang klinik atas namanya sendiri telah dibina hampir lima tahun dibidang tersebut. Berbaloi semua penat lelah yang ditumpahkan selama ini. Semoga berbaloi duit keluarga yang dilaburkan sebagai modal nanti.

Pintu automatik kaca dengan tulisan putih jelas 'VET PET CLINIC' terbuka semasa wanita bersanggul kemas berjalan masuk melepasinya.

          Petugas di depan kaunter ikut berdiri. Menyambut tuan punya klinik. "Selamat pagi Doktor Sabrina..."

          Bersama senyuman lebar, Sabrina sambut sapaan Helena,jururawat. "Selamat pagi Helena...ini saya ada belikan air dan sarapan. Kongsikan bersama dengan jururawat yang lain.."beritahunya semasa meletakkan bungkusan beg kertas dan bekas berisi 4 cawan minuman di atas kaunter.

          "Wahh.sweet betul doc hari ni. Ada apa-apa special ke sampai belanja kami sarapan?"sampuk Wina semasa mencapai bekas berisi cawan itu.

          "Untung saya hendak belanja..kalau tidak saya beli sarapan saya sendiri aje..." seloroh Sabrina.

           "Terima kasih...Doktor Sabrina..."

Sabrina mengangguk kepala sebelum bergerak ke pejabatnya.

Seusai selesakan diri di kerusi belakang meja kerja, Sabrina mula membuka jadual untuk hari itu. Ada beberapa janji temu yang dia perlu attend untuk hari itu. Beberapa pesakitnya perlu menjalani pembedahan dan medical check up.

           "Oi Sabrina.."berdiri Maria di depan pintu pejabat yang dibiarkan terbuka itu. Wanita berambut pendek bob cut itu beri sengih menayang barisan gigi kepadanya.

            "Kan aku dah pesan, ketuk dulu kalau nak panggil aku?"bingkis Sabrina.

            "Dah pintu terbuka luas alam ni nak ketuk celah mana lagi, "getus Maria, assistance medical Sabrina dan juga pakar anesthesiologist klinik alias rakan baik sejak kolej sehingga sekarang.

Sabrina lali dengan sikap menjawab Maria. Sewaktu awal perkenalan dulu, Maria yang menegur dirinya terlebih dahulu, mulut kepoci makcik seorang ini memang tiada yang siapa boleh kalahkan.

              "Kau nak apa cari aku?"keluhnya bernada menyerah sebelum memeriksa email.

              "Report stock ubat pelali dengan morfin kau letak mana?Aku nak buat pemeriksaan tarikh luput ni..aku tanya Wina, Wina kata ada dekat kau.."Maria berdiri depan meja sambil menadah tangan kanan ke arah muka Sabrina.

              Sabrina pusingkan kerusi ke belakang. Dia menghadap rak di belakangnya sebelum mengeluarkan satu fail nipis biru darinya dan berpusing semula ke Maria. "Beritahu aku kalau bekalan untuk pembedahan sampai sekali nanti."serahnya.

50. Love For Sale Where stories live. Discover now