Encik Dorian cuba menahan sabar. Leterannya sudah berkali-kali, boleh dikatakan sudah lali ditelinga ahli keluarganya. Ibarat leteran dia itu sama sekali tidak diendahkan berdasarkan apa yang dilakukan oleh mereka. Dan kali ini, sikap mereka semakin melampau.
"Entah apa yang seronoknya bertukar lelaki setiap hari aku pun tak tahu la. Asyik nak keluar aje kerjanya. Bila di tanya kata kawan...kawan yang mana satu?Tinggal kat mana?Anak siapa?Ada awak tanya?"suara Encik Dorian bertali-tali kedengaran dari ruang tamu.
Isabella memekakkan telinga. Jari berkuku panjang sibuk skrol skrin. Mulut sibuk mengunyah gula-gula getah. Muka memang tidak kisah dan selamba badak.
"Biarlah budak tu...dia bukannya tak tahu nak jaga diri. Jangan la bising-bising lagi. Tak bosan ke cakap perkara sama berulang kali?"Puan Mariah Rowena bersuara pula.
"Itu aje la yang awak tahu... biar..biar...biarkan sampai budak tu rosak?Itu maksud awak?Baru-baru ni aje di kena tangkap sebab ke kelab malam dengan dadah bersama anak orang kaya atas bukit tu...makin melampau-lampau awak sedar ke tidak?"
"Tapi Bella tak ambil dadah tu kan...dia hanya ikut mereka saja..apa masalahnya?"
"Banyak la alasannya...awak tu kerjanya nak bela budak tu...mana dia tak besar kepala!"marah Encik Dorian. "Kalau orang tahu mana saya nak letak muka ni!"
Puan Mariah mengeluh panjang. mengeluh kerana tidak tahu. Ya tiada siapa pun yang tahu dengan siapa Isabella berjumpa setiap hari.
Diam Puan Mariah rupa-rupanya menambahkan berang Encik Dorian. "Yang awak ni mama dia, awak buat apa kat rumah?Anak baru seorang...takkan itupun tak boleh nak jaga?Shopping nak, melancong nak...jaga anak tak nak!?"
"Saya bukan membela dia....saya cuma cakap perkara yang betul..."kedengaran suara Puan Mariah masih lembut. Masih mamou menerima bentakan Encik Dorian. "Bella dah dewasa ..dia bukan budak kecil yang tak tahu nak bezakan mana baik mana buruk...lagipun apa salahnya kalau dia berkenalan dengan lelaki....kalau dia duduk rumah pun tak ada benda dia boleh buat?"
Isabella dengar semua itu. Berasa bangga kerana ibunya sendiri mempertahankan dirinya. Jadi dia memang tidak takut pada ayahnya sama sekali.
"Hah!Itulah silapnya. Awak dah tahu anak perangai macam setan, mana boleh dibiarkan!Bila dah kerja, duit dah dalam tangan makin besar la kepala dia!"bebel Encik Dorian lagi. "Nanti bila anak dah rosak baru tahu nak menangis la nak apa la..itu aku paling pantang sekali!"
"Awak!Awak buat dia macam budak-budak tau tak. Kalau budak kecik lagi bolehlah dijaga, ditatang. Anak tunggal kesayangan awak ni dah besar. Kalau saya tak beri yang ini, dia buat yang itu, saya tegah dia jangan buat yang itu, dia buat yang ini...takkan la 24 jam saya nak perhatikan gerak geri dia!?"alasan Puan Mariah berasas.
"Huh!"Encik Dorian berdengus tidak percaya. Dia mencekak pinggang memandang Puan Mariah dan Isabella silih ganti. "Pandailah menjawab...awak dan anak awak ni dua kali lima saja perangai...."getus Encik Dotian dengan suara meninggi. Enggan menerima alasan Puan Mariah itu.
Saat itu Puan Mariah seolah-olah sudah hilang kesabarannnya. "Yang awak tu apa pulak. Tahunya nak menyalahkan saya...Awak pun sama saja dengan anak awak ni..Pagi-pagi buta menghilang.. Selagi langit tak gelap jangan harap dapat tengok batang hidung. Bukan kata anak, saya isteri awak ni susah nak jumpa...."
Hujung bibir Isabella terjungkit sinis.
Tambah Puan Mariah lagi. "Tak salah kalau dalam lima hari bekerja tu awak balik awal sikit?Tengok Bella tu...kalau dulu dia la anak kesayangan awak, yang rapat dengan awak. Tapi sekarang sejak awak naik pangkat, susah nak tengok awak dengan dia berbual macam dulu. Bergurau jangan taknya lagi.."luahnya dengan panjang lebar.
"Senangnya nak letakkan semua kesalahan dekat saya ya!Eh..lupa ke siapa yang jadi punca saya kerja macam babu sekarang ni?Kalau awak kawal sikap boros dan kuat berbelanja awak tu tak adanya saya kerja pagi sampai malam macam orang tak ingat dunia!Hutang kereta awak pun tak habis bayar, ini belum lagi kos belanja semalam cecah 150k?Hah itu belum lagi kos belanja mingguan awak ke salun?Memangnya duit tu jatuh dari langit...keluar dari daun pokok macam tu??Cakap tu pandang-pandang! Saya beritahu awak ya!Kawal anak kesayangan awak ni jangan sampai khabar angin tersebar dia tu anak murahan!Atau dua-dua saya sekat kad kredit!"Encik Dorian terus capai kot dan brief case dari sofa dan bergerak ke arah pintu untuk ke pejabat.
Dua beranak yang ditinggalkan dalam ruang tamu itu mendiam tidak semena kerana malu sendiri dengan kenyataan tersebut.
Puan Mariah memandang Isabella. Dia merapati anak perempuannya itu. "Bella, cuba la ubah perangai tu. Mama sendiri pun tak sanggup tengok kamu keluar masuk rumah ni sesuka hati. Bella tak kesian ke dekat mama?Hari-hari kena gaduh dengan papa?"perlahan sahaja Puan Mariah menegur.
Isabella buat muka protesnya.
Bermula dari chapter seterusnya adalah paid version. Dapatkan chapter seterusnya di Aplikasi NovelPlus under TintaHitamTanpaArah.
YOU ARE READING
50. Love For Sale
Ficción General🐬 PAID VERSION DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Sabrina Pearl 28 tahun, sejak dibuang oleh ayahnya selepas lelaki itu berkahwin buat kali kedua, ibu kandung Sabrina ditinggalkan dalam keadaan gantung tidak bertali sehingga tidak sedarkan diri kerana sakit...