Bab 2

7 2 5
                                    

Chapter 2: Aku bertemu dengan anggota Heksagram

6 tahun sudah berlalu dengan cepat . Di suatu tempat , para Heksagram sedang membuatkan jamuan yang hanya ada 10 tahun sekali . Hanya empat ahli sahaja yang ada dijemput ke majlis perjumpaan itu.

Mereka dijemput minum teh dan makanan manis sambil berbicara di meja panjang yang telah disediakan .

"Maaf atas keegoan saya, Skrywer . Apa tuan yakin untuk mengambil seseorang sebagai salah satu reincarnation kita?" Tanya seorang perempuan yang sedang memakai [1]Hanfu yang berwarna serba hitam dan terdapat sedikit warna warna putih dan emas membuatkan dia terlihat sangat anggun . Dia berdiri daripada tempat duduknya sambil menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormatnya.

*[1] Hanfu ialah pakaian tradisional orang cina . Sangat cantik dan harga pakaiannya juga sangat indah (mahal).

"Wang Min, tolong angkat kepalamu . Sudah berapa kali saya harus memberitahu padamu untuk berhenti menundukkan kepala dihadapanku?"  Skrywer masih lagi kekal duduk di kerusinya sambil meminumkan teh yang disediakan . Dia duduk di bahagian meja yang paling hujung .

Perempuan yang bernama Wang Min itu mengangkat kepalanya , " Maafkan saya , bawahan ini telah membuatkan anda merasa tidak selesa." . Skrywer hanya menurunkan bulu matanya lalu mengangguk kepalanya sedikit.

Skrywer ialah seorang perempuan yang berambut putih seakan-akan angsa yang terlihat bersih dan suci . Kulitnya yang pucat dan bibirnya yang berwarna kemerah-merahan membuatkan dia terlihat seolah olah mayat tetapi sedang memakai gincu. Mata berwarna merah seperti kehausan darah , wajah yang lembut tetapi nada berbicaranya tegas . Dia terlihat seolah-olah dia ialah wanita yang lemah tetapi tegas pada masa yang sama.

" Terdapat beberapa rob yang boleh ditukarkan dengan jasad orang mati . Apa tuan ingin memilih roh untuk pertukaran jasad ?" Tanya bawahan yang sedang berdiri di sebelah perempuan yang bernama Skrywer itu .

Muka bawahan itu ditutup oleh kain juga  yang berwarna hitam . Rambutnya berwarna kecoklatan dan diikat seperti ekor kuda .
Tapi wajahnya ditutup sepenuhnya, Tiada sesiapa pun yang tahu jantina bawahan itu . Badannya kurus seperti seorang lelaki biasa tetapi suaranya seperti suara perempuan dan sedikit serak.

Rambutnya yang panjang dan lembut membuatkan para Constellation lain berfikir kalau dia ialah seorang wanita. Mustahil untuk lelaki memikirkan tentang penampilan mereka bukan?

"Memilih roh mati? Apa terdapat banyak roh mati yang ingin dilahirkan semula?" Tanya Skrywer kepada bawahannya . Bawahannya mempungai nama pangkat iaitu The Second Night Audience.

"Ya , terdapat banyak yang ingin dilahirkan semula . Tuan boleh memilihnya jika tuan mahu "

"Mn... Aku-" percakapan Skrywer dipotong oleh seseorang . Di antara 5 anggota Heksagram, hanya seorang sahaja yang berani membuat sifat kekanakkan dihadapan Skrywer.

" HEI , topik ini memuakkan. Tolong tukar ke topik yang lebih menarik seperti barbeque manusia atau apalah itu. Itu akan menjadi lebih menarik!"

"Hantu merah... " Seseorang bersuara memanggil lelaki yang berani memotong percakapan Skrywer itu . Orang yang memanggilnya itu ialah Athanasia , The Lord of Eternal Beauty.

"Apa?" Jawab hantu merah itu . Namanya Karro dan nama pangkatnya ialah The Red Blood Light

Kenapa namanya seperti itu? Skrywer menamakan dia seperti itu disebabkan Karro sering memakai pakaian berwarna merah dan terdapat bebola api yang berwarna merah mengelilingi badannya. Dia juga menyukai organ-organ manusia jadi skrywer menamakan dia Red Blood

When The Star DisapearWhere stories live. Discover now