• 30 | BYD •

120 10 3
                                    

Posisi terindah baginya adalah sujud terakhir sewaktu sepertiga malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Posisi terindah baginya adalah sujud terakhir sewaktu sepertiga malam. Disaat insan lain lena diulit mimpi, disaat itu dia berjaga buat meraih kasih dari illahi. Mengadu domba setiap apa yang dilalui. meminta juga memohon segala yang dikehendaki.

Hampir setengah jam Haura statik diposisi begitu sebelum dia bangun dan duduk tahiyat akhir. Bacaan syahadah, selawat keatas nabi dan puji pujian dituturnya dengan penuh khusyuk. Sehinggalah sebelum dia memberi salam, doa yang selalu diamalkan kekasih Allah dibaca..

" AllaHumma Inni A'UuDzuBika Min 'AZaaBi Jahannam Wa Min AZaaBil KubRi Wa Min FitNatil MahYaa Wal MaMaaTi Wa Min SyarRi FitNatil MaSiiHid-Dajjal "

ertinya : Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab Neraka Jahannam, daripada azab Kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Dajjal

Setelah itu, tasbih putih yang tersangkut pada tepi rak buku diambil. Puji pujian kepada Tuhan diulang-ulang 33 kali diikuti dengan selawat nabi. Hatinya kian tenang fikirannya lapang. Setiap hari yang dilalui, saat inilah yang paling dia rindui.

Kedua-dua belah telapak tangan pula menadah dengan penuh tawadhuk. Merendah diri kepada Dia yang Maha Tinggi. Berdoa sesungguh-sungguhnya hingga mengalir air mata.

Selesai itu, dia merebahkan tubuh diatas kain sejadah. Tubuhnya mengiring sebelah kanan. Jarinya naik mengusap-usap corak sebuah kaabah yang tertera pada permukaan sejadah sambil termenung. Lama.

Matanya membesar tiba-tiba. Baru dia teringat, beg kertas hitam dari Aahil! pulang sahaja dari pantai tadi, dia langsung tak usik beg kertas hitam itu. Dibiarkan sahaja atas meja belajarnya. Langsung tak teringat untuk selidik apa yang terisi didalam. Dengan itu, langsung dia bangun lalu meja belajarnya menjadi tujuan

Punggung dilabuhkan tapi direnung sahaja beg kertas dihadapannya sambil menongkat dagu. Tak tahu sama ada nak buka sekarang atau tak. Rasa ngeri pun ada tak sabar pun ada.

Akhirnya, pastilah diambil juga beg tersebut lalu dibuka dengan perlahan. Didalam, terdapat sebuah kotak sederhana kecil. Firasatnya mengatakan itu adalah kotak jam tangan. Lihat pula pada jenama yang terukir elok dibahagian tengah atas kotak. 'Sa'ah Exclusive'. kening Haura serta merta terangkat.

Setahunya, jenama ini antara jenama yang termahal disini. Dengar cerita, pemiliknya pun berasal dari arab dan punya banyak cawangan diserata dunia. mana mungkin Aahil sanggup menghadiahkan dia dengan sesuatu yang semahal ini?

Kepalanya menggeleng sendiri.

Terus, kotak itu dibuka. Perlahan-lahan. Serta merta Haura menekup mulutnya sendiri. dua saat, tiga saat. Wajahnya jelas tak percaya. Memang benar, Aahil memberinya seutas jam tangan.

Keseluruhannya, jam tangan ini mempunyai dua warna. Rosegold dan White pearl. Reka bentuknya terlihat sangatlah mahal. Pada permukaan dalam jam, terukir namanya dalam tulisan jawi khat diwani jali. Khat diwani jali terlihat lebih rumit daripada khat diwani. Walaubagaimanapun khat diwani jali terlihat lebih indah dan mempunyai nilai estetik tersendiri.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now