tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi.
tetapi apa yang boleh saya simpulkan,
ini adalah cerita yang mengisahkan tentang seorang jejaka yang setia menunggu demi wanita yang didambanya. setia memantaskan diri demi takdir yang sudah diten...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
• hi! maaf kalau ada kecacatan atau kekurangan dalam chapter ni :)
apapun, enjoy your reading! don't forget to comment and vote tau hehe . ___
Keluhan berat terluah dibibir kemerahannya. Belakang tubuh dihempas ke sofa sambil mata merenung siling. Setelah hampir tiga jam menyimpan dan mengemas segala barang dan pakaian yang hendak dibawa ke tempat belajar baharunya, Jordan. Akhirnya selesai juga. Tinggal beberapa barang dan pakaian sahaja lagi yang belum dilengkapkan.
Semua salah Raeed dan Raees kerana gemar benar menyuruhnya rehat dahulu baru menyambung kemas.
Dia kurang suka berhenti seketika dan sambung semula. Kalau boleh, biar satu kerja itu dibuat sampai betul-betul selesai, barulah berehat. Walaupun akan penat teramat, tetapi rehat akan lebih tenang jika sudah selesai semuanya.
Mata terkatup perlahan. Erat.
Celaru. Dari awal dia mengemas sehinggalah kini soalan-soalan itu sering berlari-lari dalam fikiran. Ulang-ulang bagai pita rosak. Perbuatannya sibuk dengan segala hal tetapi mindanya masih dibelenggu soalan yang sama.
Kedua belah matanya terbuka semula. Lutut dirapat ke dada. Tangan naik menyilang kaki. Dagu berlabuh pada atas lutut.
Pertemuan..
Takdir..
Menurut apa yang selalu diceritakan Raees dan pemerhatiannya sendiri..Dia seorang lelaki yang baik. Seorang lelaki yang faham agama dan mengamalkannya. Selalu hormat akan orang tua. Dan selalu menghormati wanita terutama ibunya. Dia seorang yang bijak pandai. Berkerjaya. Berkarisma. Dia ada rupa. Tinggi. Setia. Pengemas. Pembersih. Dia adalah lelaki yang sangat menepati citarasanya.
Tapi...
Bibirnya terbuka sedikit sebelum dia menyanyi sendiri.