BAB 2

1 0 0
                                    

Selepas sarapan pagi bersama Dahlia dan Syifa tadi, Zenia terus bergerak ke hospital, tempatnya berkerja. Dahlia? Kan dah cakap tadi, dia dan Dahlia memang tidak boleh disatukan ketika waktu bekerja. Tak pasal-pasal kena buang kerja pula nanti.

Pernah sekali dia bertembung dengan Dahlia ketika waktu kerja. Ketika itu juga ada 3 orang pesakit yang dijadualkan untuk berjumpa dengannya secara bergilir-gilir. Boleh pula Dahlia menarik Zenia ke kafe dan bersembang.

Zenia?

Kalau dah bersatu dengan Dahlia, memang Dahlia aje dalam kepalanya. Sahabat sejati lah katakan. Satu jam juga mereka bersembang di sana. Nasib baiklah tiada kes kecemasan. Kalau tidak, tanggunglah!

"Zenia!"

Terdengar suara yang cukup dikenali memanggil namanya. Lantas dia menoleh ke belakang. Kelihatan Iskandar sedang berlari ke arahnya bersama kertas di tangan. Zenia berdiri di situ menunggu Iskandar.

"Ni aku dah cari apa yang kau suruh," ujar lelaki itu seraya menghulurkan kertas yang dipegangnya tadi.

Tanpa banyak tanya, Zenia terus membuka sampul surat itu. Hasil kajian tentang parut yang terhasil pada belakang badan mamanya. Isi surat itu diteliti dengan baik. Satu per satu perkataan di atas kertas itu cuba ditelaah dengan baik.

"Radiasi?" Zenia memandang Iskandar meminta penerangan. Iskandar sekadar mengangkat kedua-dua belah bahu tanda dia juga tidak mengerti.

"Ada kemungkinan ke alat yang digunakan untuk sebat mama tu sarat dengan radiasi yang kuat?" Soal Zenia ingin kepastian.

Mengingat semula keadaan mamanya yang tidak bernyawa, terbaring di atas lantai biliknya sendiri. Pada awalnya dia menyangka mamanya itu hanya pengsan. Apabila dia memusingkan badan yang terlungkup itu, dia terkejut. Wajah mamanya penuh dengan bekas lebam seperti ditumbuk seseorang. Lehernya juga ada bekas jerutan.

Di hospital pula, dia diberitahu ada satu parut atau bekas sebatan di bahagian belakang badan. Dia sendiri melihatnya. Bekas sebatan itu lekuk ke dalam. Bukan guna rotan biasa, kan? Tak akan lah.

 "Mungkin. Alatan zaman sekarang ada macam-macam. Banyak juga yang berbahaya."

Sebelum meminta diri, dia sempat berterima kasih kepada Iskandar kerana membantunya. Dia terus bergerak ke pejabatnya. Sekali lagi dia merenung surat tadi. Keluhan dilepaskan.

"Siapalah yang kejam sangat bunuh mama? Apa salah mama?"

...

Malam itu, seperti biasa Syifa akan datang ke rumah dua gadis itu bersama bungkusan makanan. Hanya ada satu kereta di rumah, iaitu kereta Dahlia. Bermakna Zenia masih belum pulang.

"Ibu bawa apa tu?" Tegur Dahlia seraya menutup semula pintu. Dia mengikut Syifa ke dapur.

"Ayam masak kicap aje." Dahlia menelan liur. Tak kisah lah makanan apa sekalipun, dia tetap terliur. 

"Ish, sedap tu, ibu." Syifa tersenyum gembira. Dia mula menghidangkan lauk itu.

"Makan kenyang-kenyang, Lia."

Dahlia pantas menggeleng.

"Tak boleh, ibu. Kalau kenyang-kenyang sangat nanti tak terlayan pesakit. Kalau ada kecemasan macam mana? Tak larat Lia nak buat kerja. Zenia tu ha kejap lagi dia balik ibu suruh dia makan kenyang-kenyang. Lepas tu tidur, hm sedap!"

Syifa hanya tertawa. Dahlia tidak terus makan walaupun ayam kicap di depan mata sudah memanggilnya dan perutnya seperti mahu keluar kaki untuk berjalan sendiri ke arah ayam itu. Dia mahu membersihkan diri dahulu. Tunggu Zenia balik, barulah makan sama-sama. Tujuan seterusnya ke hospital, Zenia pula ke tilam empuk. Cemburunya!

Lychnis Where stories live. Discover now