Khamis,Waktu Rehat
"Wekk Hazim songsangg HAHAHAH" Kata seorang perempuan yang bernama Miela sambil ketawa dan diikuti oleh rakannya.
"Aku tak songsang laaa!!" Hazim,lelaki yang dikatakan songsang tadi mengerutkan dahinya akibat menahan marah.
"Eleh. Ye ye latu. Tadi siap berpeluk dengan budak junior tadi apahal?" Tanya rakan Miela iaitu Lya.
"Member. biasa lah. Saja saja peluk. Kau pun tahu yang love language aku Physical Touch,kan?" Hazim menyatakan dengan nada yang agak tinggi.
"Iyo ler." jawab Lya pendek sambil meminum air yang berada didepannya.
"Eh,Hazim. Kau suka Nisa lagi,kan?" Tanya Miela sambil menyuapkan mee ke dalam mulutnya.
"Of course" Balas Hazim dengan muka bangga. Ceh.
"Eleh. Kau tahu kan dia dah suka orang lain? Dah la. Mengalah jer." Kata Miela sambil menjelingkan matanya.
"Selagi tak bercincin,selagi tu aku akan suka dia." jawab Hazim.
"Yelah. Apa-apa jelah." Miela dan Lya membuat muka menyampah.
Hazim berdiri untuk pergi basuh tangan di sinki.
"Apa lah yang dia nampak dekat Nisa tu. Ingatkan sepandai-pandai orang macam dia, taste tinggi melambung." Lya perlahankan suaranya. Hanya Miela yang dapat mendengar.
Miela hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Tak lama selepas itu,Hazim datang kembali dengan tangan yang basah. Dia mengelapkan tangannya menggunakan sapu tangan berwarna pink.
"Comel sapu tangan." Miela berkata namun tiada maksud sindiran disitu.
Hazim hanya membuat muka menyampah sambil menjelingkan mata.
※※※※※※※※※※※
"Abang! Nasib baik abang ada kat sini" Kata seorang junior bernama Ahmad sambil berlari anak ke arah Hazim.
Dia memeluk Hazim dan berpusing-pusing di antara Hazim kerana rakan Ahmad mengejarnya.
"Ha tengok tu. Songsang ler tu" Miela berkata dengan nada mengejek apabila Junior tersebut memeluk Hazim.
"Eish engkau ni." Hazim membalas. Junior yang tadinya berkejar-kejaran sudah pergi merayau ke tempat lain.
"Aku akan buktikan yang aku tak songsang. Walaupun aku akan masuk penjara.Walaupun aku akan masuk berita" Hazim berkata dengan nada serious. Membuktikan yang dia tidak main-main dengan apa yang dikatakannya.
Miela berkelip pantas. Agak terkejut namun berusaha untuk berfikiran positive.
Begitu juga Lya. Dia juga berusaha untuk berfikiran positive. Muka Lya kelihatan tidak selesa dengan ayat Hazim.
Manakala rakan mereka yang dari tadi duduk di hujung bangku iaitu Hania,terlalu polos untuk memahami ayat Hazim.
Miela hanya mampu ketawa janggal untuk memecahkan kesunyian. Kemudian,Miela menukarkan topik. Lya kelihatan mula untuk berhati-hati dengan Hazim selepas kejadian itu. Miela juga merasa tidak selesa,namun cuba untuk menutupi perasaan tidak selesa itu.
Selepas rehat; Subjek Muzik
"Uyoo comel siak pakai baju matching" Kata Miela yang tergelak kecil sambil berjalan keluar kelas untuk membuang sampah.
Hazim dan Qaisha,mereka berdua memakai baju rumah sukan harini manakala pelajar lain memakai baju sukan sekolah. Ada juga pelajar lain yang memakai baju rumah sukan. Namun,Hazim dan Qaisha punya rumah sukan berwarna biru.
YOU ARE READING
𝙍𝘼𝙉𝘿𝙊𝙈
AcakRandom and Short Story. Mystery,Thriller,Romance(?) 1. Sign Language 2. Songsang 3. Salah Faham