Tersalah

16 1 11
                                    

"Satu... Dua... Tiga!" CKAKK.
Bunyi camera telefon itu berbunyi.

"Cantikk" puji lelaki tersebut sambil melihat kembali gambar yang ditangkapnya.

"Ha,meh nak tengok. Tak nampak gemuk,kan?" tanya gadis itu sambil berjalan ke arah lelaki tersebut diekori oleh seorang lagi gadis.

"Ha tengok ni Lily,ini Ammar lah." lelaki tersebut membuat muka berlagak sambil menunjukkan skrin telefon yang dipegangnya kepada gadis tersebut.

"Huish. Cantik cantik. Kan Alissa?" gadis rendah,comel,bertudung hitam dan berbaju kurung berwarna merah itu menyiku lengan Alissa sedikit.

"Cantikk!" Gadis yang bernama Alissa itu memuji. Alissa tinggi,cantik dan memakai baju kurung berwarna merah jambu.

Kembang hidung Si Ammar mendengarkan pujian-pujian tersebut.

Alissa,Lily dan Ammar adalah sepupu. Umur Alissa dan Lily adalah sebaya manakala Ammar tua setahun daripada mereka.

Mereka berada di hadapan rumah Lily,sedang mengambil gambar. Mak Lily buat open house.

Namun,seperti biasalah. Kalau tidak diperlukan bantuan,mereka merempat di mana-mana sahaja,tempat yang tidak akan mengganggu makcik mereka.

"Ha,jangan lupa hantar gambar tu tau,Ammar." Lily mengingatkan.

"Okay. Aku hantar." kata Ammar pendek sambil tangannya membuka aplikasi WhatsApp.

Ammar menekan butang search dan menaip nama Lily. Namun,nama Lily tidak tertera pada skrin itu.

"Liyliy cousin?" Ammar menyebut nama yang di simpan pada Whatsapp tersebut.

"Iyooo" balas Alissa. Ammar mengambil foto menggunakan telefon Alissa,jadi dia keliru sedikit.

"Uish. Sanggup dho kau save nama aku 'Ammar Cousin'. Cenggitu je?" Ammar menggelengkan kepalanya.

"Dah tu,kau nak suruh aku letak nama kau apa? Ammar slayy? Ammar terpaling handsome?" Alissa menjelingkan matanya.

"Hehe" Ammar tersengih seperti kerang busuk dan terus menghantarkan foto tadi yang diambilnya kepada Lily.

"Weh Lissa,teman aku pergi makan jap." ajak Lily kepada Alissa.

"Lah,tadi baru makan." jawab Alissa dan segera bangun.

"Hehe. Ini aiskrim. Lain!" jawab Lily teruja dan mengetuai jalan. Alissa mengikutnya.

Alissa dan Lily berjalan meninggalkan Ammar keseorangan.

Ammar duduk di sebuah bangku dan menggeledah telefon Alissa. Namun,dia hanya sekadar tengok kenalan Alissa di dalam WhatsApp sahaja.

"Hm... 'Group Roblox'? Macam menarik." bisiknya di dalam hati dan menekan group tersebut.

"Uish. Ada Putri,and... 'Lightning Mcqueen'?"

Tanpa berfikir dengan baik dan benar,Ammar menghantar gambar yang diambil tadi ke dalam group tersebut.

"Haaa biar diorang tengok Si Lissa ni"

                                 ※※※※※※

"Hm??" Alissa merenung group roblox tersebut. Sebuah notification masuk.

Dia ternampak gambar yang dihantar Ammar tadi.

"Ya Allah Ammar..." desisnya.

                        Lightning Mcqueen

reply
|
|you•photo• from Roblox Genk
|
How did you know her,Lissa?

 𝙍𝘼𝙉𝘿𝙊𝙈Where stories live. Discover now