ʙᴀʙ 1

58 2 0
                                    

Kring! Kring!

Laju Sofea Al-Zahra berlari mengangkat gagang telefon.

"Assalamualaikum!" , riang dia mengangkat telefon.

'Rumah Puan Anita dan Encik Hazim ke?' , suara sesorang berkata-kata.

Sofea jarakkan telefon.

"Siapa ni eh?" , ketika itu dia baru berusia 7 tahun.

" Err adik, boleh past pada siapa-siapa yang ada kat rumah? Atau jiran?", suara itu kedengaran serba-salah.

"Ummi! Boleh tak?" , polos dia menjawab.

"Boleh boleh."

Cepat Sofea keluar ke rumah sebelah. Rumah makciknya yang senang dipanggil 'ummi'.

"Ummi, ada orang call. Dia suruh bagi ummi."

"Kenapa Fea keluar sayang? Sorang pulak tu."

Baru je dia nak ke rumah sebelah. Adiknya nampak macam lambat balik jadi dia tak sedap hati.

Telefon bertukar tangan.

"Assalamualaikum Puan, boleh kami tahu Puan ni keluarga pada... Puan Anita dan Encik Hazim?"

"Ya saya. Saya kakak pada Anita. Ada apa encik?"

Datin Haira tak sedap hati. Sebab yang call ni dari pihak hospital.

"Begini Puan, sebenarnya... Allah sebak saya nak cakap tapi pihak kami kena cakap. Adik puan dan suaminya tadi terlibat dalam kemalangan. Maaf kami dah sedaya upaya selamatkan mereka tapi Allah lebih menyayangi mereka. Pihak kami minta Puan tampil untuk pengurusan jenazah."

Telefon terlepas dan jatuh ke lantai lalu retak. Datin Haira terus duduk. Bebola matanya bergerak-gerak. Air matanya bertakung.

"A...dik...", menggigil tangannya.

Dato' Razin yang baru turun dari atas bergegas mendapatkan isterinya.

"Sayang! Haira kenapa ni?!"

Bila terlihat raut wajah suaminya, terus Datin Haira peluk suaminya. Sekuat hati dia menahan diri dari meraung. Hujung baju Dato' Razin ditarik kuat.

Dato' Razin mengambil telefon yang masih bernyawa. Selepas berkata, dia terdiam.

"Baik, kami akan segera datang. Terima kasih..."

Terus dia memeluk erat isterinya.

"Istighfar sayang... istighfar. Abang ada..syhh"

Belakang isterinya diusap sayang. Turut dia menenangkan hatinya supaya redha.

[ HIATUS ] KIRIMAN BUAT ZAHRAWhere stories live. Discover now