ʙᴀʙ 6

4 1 0
                                    

Dato' Razin menghulur satu kertas pada Dhyratul dan Syarifah. Mereka memandang lalu dengan perlahan menyambut huluran Dato' Razin

"Yes!!! Terima kasih Abi!"

Berpelukan kembar itu sambil melihat borang di tangannya.

"Minggu ni dah boleh masuk. Abi dah siapkan semua. Barang masuk asrama, baju semua ada kat Kak Rai."

Tersenyum lelaki itu melihat anak saudara merangkap anak susuannya gembira apabila dapat tawaran masuk ke sekolah berasrama penuh.

"Janji dengan abi, belajar rajin-rajin okay?"

Laju kembar itu mengangguk dan memeluk Dato' Razin.

✧༺♥༻∞

Dato' Razin, Datin Haira dan si kembar masuk beriringan.

"Tuan. Ni dorm Dhyratul Az-Zahra dengan... Syarifah Az-Zahra. Kembar ye?"

Mereka angguk.

"Hah ni kamu berdua satu dorm. Seronok betul satu dorm kan?"

Datin Haira senyum. Selepas mengucapkan terima kasih pada pengawas yang membantu tadi, dia berdiri di hadapan anak-anaknya.

"Belajar elok-elok okay. Ni asrama. Dhyra dengan Sya walaupun dah Form 4, tunjuk kelakuan baik okay? Ikut je apa senior kata, tau! Ni ummi tak ambik sebulan."

Tiba-tiba sebak suaranya ingin melepaskan anaknya pergi.

"Ummi, Sya dengan Dhyra okay je. Ummi jangan sedih eh?"

"Yelah...mana ummi pernah berpisah dengan anak-anak ummi. Ni kena berpisah pulak."

Dato' Razin memeluk bahu isterinya.

"Sudah sayang...anak nak pergi belajar. Ni Sya...Dhyra...jaga diri okay? Kalau kena buli, bagitau abi. Duit tak cukup call abi."

"Tiap hari tau call!" , Datin Haira menyampuk.

"Haish. Apalah hari-hari nak call Haira... Takpe, kalau free, call je. Abi balik dulu ni. Jaga diri."

Kepala kembar berdua diusap lalu dikucup lama.

"Bye Abi! Bye Ummi! Assalamualaikum!"

Sedih je muka Datin Haira. Lepas je kereta mereka dah pergi. Dhyra pusing ke belakang. Mengelak dari mukanya dilihat Sya.

"Dhyra..."

Bukan dia tak tau kakak kembarnya menahan air mata. Nak sorok konon, eleh dia ni kembarnya. Syarifah tergelak kecil. Dhyratul ditarik dalam pelukan. Terus teresak Dhyratul dibuatnya.

"Sya ada ni... Dah dah..."

Walaupun Dhyratul kakak, tapi kalau dilihat Syarifah lagi terserlah matang dan Dhyratul lagi manja.

[ HIATUS ] KIRIMAN BUAT ZAHRAWhere stories live. Discover now