ʙᴀʙ 2

24 2 0
                                    

Dato' Razin mendukung Dhyratul Az-Zahra dan Datin Haira pula mendukung Syarifah Az-Zahra. Sebak. Mereka baru sahaja melihat dunia namun hari ini baru kehilangan kedua orang tuanya. Belum sempat buka mata dan membesar sudah tiada ibu bapa.

Sofea sudah teresak dalam pelukan Puteri . Raudatul pula memeluk Raihana Al-Zahra . Rasya dan Raihanin pula di sebelahnya. Dia bukan terlalu kecil untuk memahami kedua ibu bapanya sudah pergi meninggalkan adik-beradiknya jauh. Yang terlalu jauh untuk kembali. Terlalu jauh untuk pulang kembali.

" Fea, cium mama papa."

Anak kecil berempat ini terlalu berat ujiannya. Dia yang baru kehilangan adik sudah sedih apatah lagi anaknya.

Sofea memandang Puteri. Gadis itu mengangguk lalu sama menemani untuk mengucup mama dan papanya buat kali terakhir. Pipi Sofea di lap. Penuh sayu, Sofea mengucup pipi kedua mama papa. Diikuti Raihana. Bila ditarik kembali, menjerit gadis itu .

"Taknak! Raihana nak mama! Jangan ambik mama! Kak Ngah jangan!"

Rasya dan Raihanin hanya diam mengetap bibir. Raihanin berlari ke Raihana nak memeluk 'kembarnya'

"Raihana jangan nangis. Raihanin ada..."

Datin Haira yang melihat makin gugur air matanya. Perlahan dia bersimpuh di sebelah jasad Puan Anita.

"Kakak janji, kakak jaga budak-budak ni." , pipi, dahi adiknya dikucup lama dan sayu.

Dato' Razin menarik isterinya dan memeluk erat. Dhyratul dan Syarifah merengek lemas.

"Ummi janji sayang...Ummi takkan biarkan anak-anak ummi sorang-sorang."

[ HIATUS ] KIRIMAN BUAT ZAHRAWhere stories live. Discover now