BAB 1

6 1 0
                                    

Hari yang indah dipenuhi dengan angin bayu & gelak ketawa kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun di Kampung Rambutan.

Sungguh nikmat jika ditaburi dengan kebahagiaan tapi apakah daya pada hari ini aku akan dinikahi oleh seorang jejaka yang berpangkat leftenan. Ahhh sungguh aku tak suka pada perkahwinan ini.

Berkahwin dengan pilihan keluarga tetapi bukannya pilihan hati. Sungguh aku tidak mengerti kena benda ini perlu berlaku sekarang dengan umur ku yang baru menginjak 20 tahun.

Tetapi aku percaya, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti semua yang Allah hadirkan ada sebabnya.

"Qiara!"

"Qiara!"

"Qiara!"

Aku mula tersedar akan renungan ku di luar rumah apabila panggilan Mak Qaisara iaitu Mak Qiara di sebalik pintu biliknya.

"Ya, mak" lalu Qiara membuka pintu agar maknya boleh memasuki biliknya.

"Pengantin lelaki dah sampai. Jom mak bawa Qiara ke bawah. Tak elok biarkan pengantin lelaki tunggu lama"

Setelah sampai dibawah, aku pun duduk di atas pelamin yang penuh elegan baju nikah yang berwarna putih dipenuhi dengan flora & fauna. Dicantikkan lagi dengan inai yang berwarna putih sungguh cantik.

"Hyzin Fahrin Bin Hyrman Rauf" panggil tok kadi untuk memulakan majlis pernikahan

"Ya, saya" jawab Hyzin

"Kamu dah bersedia"

"Dah, saya sudah bersedia"

"Alhamdulillah, mari kita teruskan"

"Aku nikahkan dikau dengan Nik Qiara Erina Binti Nik Arman dengan mas kahwinnya seutas gelang berlian bersama RM 5000 tunai"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah" kata tok kadi dengan penuh kesyukuran.

Setelah itu pengantin lelaki naik ke atas pelamin untuk menyarungkan cincin. Aku melihat dari bentuk badan melalui belakang badannya sungguh tegap jika depan-depan pasti anak gadis kampung itu akan terpikat tapi bukan aku la orangnya.

"Wah, handsomenya dia"

"Tengok badan dia, wow so hot"

"Kau tengok la senyuman dia, memang mencairkan betul la"

Bisikan anak-anak gadis kampung aku pekakkan kerana itu bukannya masalah aku.

"Assalamualaikum" suara seorang lelaki memasuki deria pendengaran ku. Sungguh indahnya ciptaan tuhan.

"Wa-waalaikumussalam" kata ku yang tergagap-gagap. Tapi sejak bila aku bercakap tergagap-gagap ehh?

Jejaka itu meletakkan tangannya di ubun-ubun ku disebalik tudung bawal ku untuk membaca doa. Setelah itu, dia menyarungkan cincin kahwin yang mempunyai berlian berbentuk hati & seutas gelang berlian di disarungkan.

Lalu aku salam & mencium tangannya sambil hati beristighfar kerana inilah pertama kali aku menyentuh tangan yang bukan muhrim.

Dia memegang dagu ku & mengangkat lalu menyium dahi ku yang mulus & bersih. Sungguh aku terkesima akan apa yang berlaku kerana pada hari ni status aku berubah dari anak dara hingga menjadi isteri orang

Alhamdulillah, semua majlis berjalan dengan lancar. Setelah majlis akad nikah tadi tamat, Hyzin meminta diri untuk mengangkat telefonnya.

Aku berasa gelisah kerana inilah kali pertama aku berkenalan dengan lelaki sebelum ini tiada langsung lelaki yang ingin rapat dengan ku kerana ayah aku yang merupakan bekas komander sungguh tegas dalam batas pergaulan.

DO'A FOR MY SWEETY Where stories live. Discover now