Tepat pukul 2 pagi semua penghuni di rumah Qiara sudah tidur dengan nyenyak. Tapi bagi Hyzin pada waktu itulah dia akan solat tahajjud. Berdoa kepada yang Maha Esa agar hubungan yang dijalinkan kekal hingga ke jannah.
Setelah mengaminkan doa, Hyzin termenung melihat Qiara yang tidur nyenyak setelah memujuk dia daripada menangis.
Flashback
Hyzin terdengar suara tangisan seorang perempuan. Dia cuba membuka mata apabila matanya memberat kerana memikirkan strategi untuk misi Ballbond.
Setelah matanya terbuka, dia mencari arah suara tersebut. Dia terdengar tangisan tersebut di suatu sudut yang gelap & berada dihujung bilik tersebut.
Lantas dia berlalu pergi & melihat akan sosok perempuan yang menangis itu. Setibanya disitu,Hyzin amat terkejut kerana perempuan yang menangis itu adalah isterinya Qiara.
Lantas di memeluk Qiara kerana badan Qiara kelihatan menggigil & mukanya dipenuhi dengan air mata. Dia cuba memujuk Qiara dengan membacakan ayat kursi & surah-surah lazim untuk menenangkan Qiara.
Setelah Hyzin selesai bacakan surah itu, Hyzin dapat rasakan badan Qiara sudah tidak menggigil. Apabila Hyzin melihat Qiara, dia sudah kembali ke alam mimpi.
Hyzin bersyukur kerana dapat menenangkan isterinya yang menangis tetapi di dalam fikiran Hyzin dia mula tertanya-tanya mengapa isterinya tiba-tiba menangis di tengah malam di suatu sudut yang gelap?
Tanpa berfikir panjang, Hyzin mengangkat lalu meletakkan Qiara di atas katil. Dia sempat melabuhkan satu ciuman di dahi Qiara.
End Flashback
Azan subuh mula berkumandang di setiap pelusuk kampung. Seruan azan mulai memanggil manusia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Masjid-masjid mulai dipenuhi dengan manusia yang terdiru dari kanak-kanak, remaja, orang dewasa & orang tua.
Hyzin yang baru keluar dari bilik air mulai menuju ke arah katil untuk mengejut Qiara bagi menunaikan solat subuh. Setelah beberapa kali mengejutnya, akhirnya Qiara bangun juga dari tidurnya.
Muka Qiara yang tidur dengan polosnya amat mencuit hati Hyzin dia tidak dapat menafikan yang Qiara mempunyai muka yang agak cantik di alis matanya, pipi gebu & bibir yang kemerahan.
Dengan keadaan mamai Qiara cuba bangun lantas berlalu pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Setelah selesai solat subuh berjemaah, Qiara cuba melelapkan mata tapi tidak boleh kerana dia teringat akan mimpi ngeri nya itu.
Kesan cekikan masih ada di lehernya, jika diubati mengambil masa yang agak lama kerana lebam ini agak dalam. Ya, ini disebabkan mimpi ngeri itu yang sentiasa menghantui dirinya.
Selama bertahun-tahun dia terpaksa menghadapi mimpi itu tapi kali ini mimpi itu lebih ngeri & menakutkan berbanding sebelum ini.
Apa yang dia rasakan ini, mimpi itu pasti akan membawa kepada sebuah jalan. Jalan yang membawa kepada sebuah petanda tapi apa maksud mimpi tu?
Ahhhh, dia tidak mahu mengingati mimpi itu kerana dia membuatkan bulu roma Qiara naik sekaligus dia dapat melemahkan iman Qiara.
Tak!... Tak boleh!... Benda ni tak boleh berlaku!. Dia harus mencari jalan untuk selesaikan sebelum menjadi lebih teruk tapi bagaimana. Dia sendiri pun tidak tahu dari mana mimpi itu datang.
Mengapa mimpi itu hadir dalam hidupnya.Flashback
Qiara tiba-tiba terbangun dari tidurnya setelah mendengar bunyi ketukan pintu di luar rumah. Ketika itu semua penghuni di dalam rumahnya masih tidur. Tanpa menunggu lama, Qiara berlalu pergi ke pintu rumahnya.
YOU ARE READING
DO'A FOR MY SWEETY
AcciónKehidupan seorang Qiara pada mula nya amat bahagia dipenuhi dengan kasih sayang serta kegembiraan tetapi ia berubah apabila dia telah dihantar "sesuatu" padanya & akhirnya dia terpaksa menghadapi & mengharungi tanpa kerelaannya. Sungguh menyakitkan...