BAB 8

62 6 0
                                    

Hannan tersedar dari tidur . Kaki yang lenguh diurut urut .

TING ! kelihatan mesej masuk .

"Siapa lah mesej orang pagi² buta ni ". Hannan buka aplikasi WhatsAppnya .

" Siap² , pukul 10 i'm going to pick you up ". Zayn mesej .

"Hah , pergi mana ?" Hannan bingung .

"Rahsia... Ikut je la . Culik kang baru tahu ". Hannan teguk liur waktu baca mesej Zayn itu .

" Tak nak la... Saya nak siapkan assignment la " Hannan pandang meja belajarnya . Kelihatan kertas bertimbun² .

Hanya seen sahaja .

" Aik ? Dia merajuk ke . " Hannan mula tak senang duduk .

" Dia busy ni , haah dia busy . Aku pun busy ." Hannan sedapkan hati .

Pukul 10 kelihatan Hannan sedang menjemur kain di halaman rumahnya . Hannan terpandang seorang atuk yang terjatuh dia tepi jalan .

" Pakcik tak apa2 ? Hannan segera membantu pakcik itu ".

" Terima kasih nak " Lantas pakcik itu senyum sinis . Sebuah Ford Ranger memandu dengan pantas dan berhenti di belakang mereka .

Dua lelaki yang tidak dikenali keluar . Lantas Hannan ditangkap , mulut ditekup dengan kain .

" Bau ni ! Klorof...." Hannan pengsan .

Setelah beberapa ketika , Hannan sedar . Mata melilau memerhati sekeliling .

"Urh... Kereta ni..." Dia terpandang jejaka di sebelahnya . Jantung Hannan maemainkan rentak .

"Z-zayn ? A-awak culik saya ?" Suara Hannan bergetar.

Zayn memandang Hannan , senyum senget dihadiahkan . Tangan menggaru kepala yang tidak gatal .

"Hehe... Yes I kidnapped you ". Hannan jeling Zayn .

"Tapi bersebab". Zayn cuba yakinkan Hannan .

"Apa sebabnya ? Saya tak akan cakap dengan awak kalau alasan awak tak munasabah ". Hannan peluk tubuh gaya merajuk .

"Hmm... Sebab saya rindu awak sayang". Zayn menjawab , nada romantis digunakan .

Hannan memerah .

" Munasabah kan " Zayn angkat-angkat kening .

" Eh tak lah Muna Sarawak ". Hannan loyar buruk .

Zayn ketawa besar . Hannan jeling Zayn .

" Ni awak nak bawa saya pergi mana?" Hannan bertanya .

" Nak belanja awak la , shopping ". Zayn jawab pula .

" Betul ke ni , nanti habis duit awak semua saya kikis ". Hannan berkata memberi amaran , tapi dia memang tak hadap pun duit Zayn .

" Kikislah , saya kumpul harta pun untuk awak . Dolcezza nak apa pun belilah ." Zayn kenyitkan mata . Hannan tersentuh .

Beberapa minit kemudian mereka pun sampai . IOI City Mall menjadi destinasi mereka .

" First kita cari baju untuk awak , maklumlah saya culik awak dalam keadaan awak sehelai sepinggang ". Zayn senyum senget . Hannan mencerlung tajam .

usai membeli pakaian baharu . Hannan ambil gambar secara mirror di hadapan cermin kedai tersebut .

Hannan menegenakan sweather warna khaki bersulam bunga marigold dan dipasangkan bersama kain labuh bewarna putih . Tudung yang dikenakan juga bewarna putih bercorak daun kering .

Zayn juga mengambil peluang menukar baju baharu . Hannan tanya kenapa , katanya nak matching .

Zayn mengenakan kemeja putih bersarung sweather tanpa lengan berwarna khaki dan terdapat sulaman bunga marigold di bahagian dada kirinya . Seluar slack bewarna coklat gelap dikenakan .

Sepanjang mereka berjalan bersama , Hannan perasan banyak manusia memerhati , mungkin kerana mereka kelihatan seperti melakukan fashion show atau sebab Zayn hensem .

Hannan tersenyum kecil . " Best jugak jadi tumpuan . Hihi ".

Zayn perasan akan tawa kecil Hannan , tarik senyum sinis .

" Zayn saya nak ke tandas kejap tau " Hannan menarik hujung lengan baju Zayn .

" Ok Dolcezza , if ada yang kacau just shout my name and i will be your knight in shining armour ." Zayn senyum senget . Hannan buat muka menyampah .

Setelah hilang kelibat Hannan Zayn duduk di bangku kecil bersebelahan dengan toilet awam tersebut .

" Baby !" seorang wanita memanggilnya .

" Damn ! Bala mana pulak datang ni " getus Zayn dalam hati .

"You buat ape kat sini ? Rindu I ?" Kata wanita itu malu² .

"Hmm ? Perasan..." Balas Zayn beku .

"You ni Kalau dengan I je mesti jadi kutub utara... Tapi I suka " Wanita itu terkekek² ketawa .

Zayn jeling tanjam , muka menyampah .

Tiba² wanita itu mendakap tubuhnya . Zayn kaku disitu . Dan tersedar Zayn terus cuba menepis .

"Kau pahal sentuh aku , lepas la s*al ! ". Zayn menunjal² kepala wanita itu .

" Tak kira , i nak hug you jugak ." Kata wanita itu miang keladi .

" Aku dah Error kan kau kan ! Tak faham bahas ke ?" Kata Zayn .

Dan tanpa disedari adegan itu ditonton oleh Hannan . Hannan senyum sinis .

THE ALPHA 1 : ZAYN ADREANWhere stories live. Discover now