Part 1
Jungkook masuk ke kelas dan duduk di mejanya sambil bermain telefon bimbit, tiba-tiba seorang perempuan masuk ke kelas dan menarik perhatiannya. Perempuan itu duduk di sebelah Jungkook. Jungkook berasa pelik kerana dia tidak pernah melihat perempuan itu. Kemudian Jungkook bertanya, "awak siapa?".Perempuan itu hanya mendiamkan diri. Jungkook hanya terdiam.
Selepas itu Cikgu Jia masuk ke kelas. Cikgu Jia memberitahu bahawa Yein dipindahkan ke kelas itu. Baru Jungkook tahu siapa perempuan yang menarik perhatian dia itu. Jungkook semakin tertarik pada Yein. Semasa belajar Jungkook sentiasa perhatikan Yein. Tiba-tiba cikgu berkata,"Jungkook,bangun sekarang!". Jungkook yang asyik berangan terkejut dan segera bangun. "Jungkook jawab soalan ini sekarang!"Cikgu Jia menyuruh Jungkook.
Jungkook yang tidak tahu apa-apa terus tunduk kerana malu. Cikgu Jia menyuruh Jungkook berdiri di luar. Jungkook berjalan perlahan menuju ke luar kelas. Yein memerhatikan Jungkook. Dia berasa simpati terhadap Jungkook tetapi dia tidak boleh buat apa-apa. Cikgu Jia keluar dari kelas dan Jungkook masuk untuk matapelajaran seterusnya.
Jungkook duduk di kerusinya. Dia ingin bercakap dengan Yein tetapi suaranya tidak keluar. Yein berasa pelik kerana Jungkook memandangnya. Yein terus bertanya, "kenapa awak pandang saya?". "Tiada apa-apa..."Jungkook berkata. Yein berasa pelik terhadap kelakuan Jungkook.
Yein sambung membuat kerjanya selepas Jungkook mengalihkan pandangannya. Jungkook marah pada diri sendiri kerana tidak boleh bercakap dengan Yein. Dengan rasa kecewa dia menunggu masa untuk murid-murid keluar rehat sambil membelek-belek telefon bimbitnya.
Tiba masa untuk keluar rehat. Murid lain sudah keluar dari kelas tapi Jungkook masih bermain telefon bimbitnya di dalam kelas. Dia perasan yang Yein masih lagi tidak keluar rehat. Jungkook bertanya, "Yein awak tak nak pergi ke kantin ke?". "Kejap lagi saya rehat",Yein membalas.
Beberapa minit kemudian, Yein siap membuat kerjanya. Yein mengajak Jungkook pergi ke kantin. Mereka pergi ke kantin bersama-sama.Di dalam perjalanan Yein bertanya,"apa nama awak?". "Nama saya Jungkook",Balas Jungkook. Mereka terus berjalan menuju ke kantin. Murid-murid perempuan terlihat mereka berdua berjalan bersama. Mereka berasa cemburu kerana Jungkook tidak pernah melayan murid perempuan yang minat padanya.
Di kantin Yein makan seorang diri. Jungkook yang sedang mencari tempat untuk duduk ternamapk Yein. Jungkook mendekati Yein."Boleh saya duduk di sini?",Jungkook bertanya."Apa salahnya,duduklah. Lagipun saya seorang je kat sini."Kata Yein pula.
Selepas makan mereka terus pergi ke kelas. Yein sangat focus semasa belajar tetapi bukan Jungkook. Jungkook sentiasa bercakap dengan kawannya, kadangkala dia bermain permainan di telefon bimbitnya. Yein berasa sangat pelik kerana semasa dia membaca papan kenyataan Jungkook mendapat nombor satu setiap kali peperiksaan tetapi semasa belajar Jungkook tidak pernah focus.
Yein kembali focus kepada cikgu yang sedang mengajar. "Ok murid-murid sampai sini sahaja kelas kita hari ini."Kata Cikgu Kai. Selepas Cikgu Kai beredar dari kelas semua murid kelas itu kecuali Yein bergerak ke meja kawan mereka untuk bersembang. Yein memasukkan kotak pensel dan buku ke dalam beg. Dia menunggu loceng akhir sekolah berbunyi sambil membaca buku.
Kringgg Kringgg!!..... Loceng sekolah telah berbunyi,murid-murid keluar dari kelas dan terus balik ke rumah masing-masing. Jungkook memanggil Yein dan Yein tersentak. Yein yang tidak tahu apa-apa pergi ke arah Jungkook. "Sebenarnya saya Cuma nak jadi kawan awak."Jungkook berkata. "Ouh,saya ingatkan awak nak apa tadi. Ok kita kawan."Yein membalas. Yein berlalu selepas menjawab soalan Jungkook. Jungkook ingin membalas terima kasih tetapi Yein telah pergi.
YOU ARE READING
Friend Become Love
FanfictionPengenalan Jungkook dan yein mula berkawan baik sejak mula bertemu. Jungkook jatuh hati pada Yein ketika kali pertama ternampak yein. Dia mula mendekati Yein dengan lebih dekat. Pada suatu hari Jungkook ingin memberitahu tentang perasaannya tetapi t...