Part 2

26 6 3
                                    

Di rumah Yein duduk di bilik membuat kerja sekolah. Tiba-tiba Yein teringatkan Jungkook. Dia berkat di dalam hati,"kenapa aku rasa dia cute?". "Yein turun makan!!"mak Yein memanggil. Yein yang sedang berangan terkejut lalu jatuh dari kerusi."Aduh! Sakitnya kaki aku",Yein merungut kesakitan. Mak Yein terus memanggil anaknya yang tidak menyahut panggilannya. "Ye ye Yein datang ni",Yein membalas dengan segera.

Yein turun untuk makan malam. Yein dan keluarganya makan bersama-sama. "Apa yang berlaku di sekolah tadi?",tiba-tiba ayah Yein memecah suasana sunyi. Yein hanya membalas "tiada apa-apa". Ayahnya tidak berkata apa-apa kerana setiap kali ayah dia bertanya tentang sekolah "tiada apa-apa" adalah jawapannya.


Selepas makan Yein naik untuk sambung membuat kerja sekolah. "Adk,masuk bilik abang jap."Jimin memanggil Yein. Yein pun masuk ke bilik abangnya. Tiba-tiba jimin mengeluarkan kotak hadiah dari laci mejanya dan kotak itu diberi kepada Yein. Yein berasa pelik dan segera membuka pembalut hadiah itu. Dia terkejut kerana hadiah itu ialah telefon bimbit. Yein memeluk abangnya sambil berkata, "Wah! Thank You abang."Abangnya hanya tersenyum kegembiraan.


"Dah dapat handfone,jangan pulak pelajaran merosot."Jimin berkata. Yein membalas,"Baik abangku yang tersayang".Yein masuk ke biliknya untuk membuat kerja sekolah. Yein sangat gembira kerana abangnya sungguh baik sampai membelikannya handfone. Setelah kerja sekolahnya disiapkan dia baring di katil dan membelek-belek handfone tersebut. Benda pertama dia buat ialah memuat naik dan membuat account Instagram di handfonenya. Dia mengambil gambar selca dan post di account istagramnya. Yein tertidur selepas bermain dengan telefon bimbitnya.


Sebelum Jimin masuk ke biliknya untuk tidur, dia memeriksa pakaian uniform Yein terlebih dahulu. Dia takut adiknya memakai pakaian yang tidak kemas ke sekolah. Dia fikir mungkin murid-murid lain tidak mahu berkawan dengan Yein kalau pakaian sekolahnya seperti orang yang mengemis di tepi jalan. Dia sangat prihatin terhadap adiknya. Selepasa memastikan semuanya teratur Jimin keluar dari bilik Yein dengan perlahan supaya dia tidak mengejutkan Yein.


Di rumah Jungkook pula. Seperti biasa Jungkook makan malam dan naik ke biliknya untuk membersihkan diri. Selepas membersihkan diri dia membaca tajuk-tajuk yang cikgu ajar di sekolah tadi. Kemudian dia bermain game di handfonenya. Tukk Tukk,pintu bilik Jungkook diketuk. "Masuklah",Jungkook membalas. Kakak Jungkook masuk ke biliknya untuk melihat apa yang adiknya buat.


Kakaknya duduk di atas katil Jungkook."Dah study ke?",Mijoo bertanya. Jungkook mengangguk.Mijoo bertanya lagi,"best sekolah hari ini?". Jungkook mengaguk lagi. Mijoo segera menarik handfone dari tangan Jungkook. "Bagilah balik",Jungkook merengek. "Yelah-yelah,sian akak tengok",Mijoo menyidir. "Ada cerita menarik tak?",Mijoo bertanya kerana bosan."Ada!",Jungkook segera membalas.

Jungkook menceritakan tentang Yein. Dia cakap yang Yein sangat cantik dan comel dan dia rasa dia dah jatuh hati pada Yein."Kookie suka dia?",Mijoo bertanya."Mungkin...",Jungkook membalas. "Dahlah Jungkook nak tidur ni ngantuk",Jungkook berkata.Mijoo keluar dari bilik Jungkook kerana tak nak mengacau adiknya tidur.


Sebelum tidur Jungkook teringatkan Yein. "Comelnya dia,kalaulah dia jadi aku punya isteri,comfirm tak pandang perempuan lain",Jungkook berangan. "Tidur esok sekolah! hehe",Mijoo menyidir. Jungkook tersentak dan segera menutup matanya untuk tidur.

Mijoo menyediakan baju uniform,seluar,jam dan beg Jungkook sebelum masuk ke bilik untuk tidur. Itulah kerja Mijoo sebelum tidur. Walaupun Jungkook seorang yang manja dan pandai tetapi dia pemalas. Setiap kali hendak pergi ke sekolah mesti kakaknya Mijoo yang sediakan pakaian,beg,kasut  dan jam tangannya. Setelah memastikan semua barang Jungkook tersedia, Mijoo pun masuk ke biliknya untuk tidur.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 03, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Friend Become LoveWhere stories live. Discover now