Ep2

73 12 5
                                    

Pejam celik,sudah seminggu Ari berpindah ke Osaka,Jepun. Ari belum mendaftarkan dirinya kesekolah ke sekolah barunya.

Dia meminta kepada kedua ibu bapa angkatnya supaya memberikan dia masa untuk membiasakan diri dengan suasana disini.

Mereka bersetuju dengan keputusan Ari. Dia akan mendaftar dirinya ke sekolah itu esok.

Ari sedang bersiap untuk keluar berjalan sambil melihat keindahan alam di bumi Osaka.
Selepas mengenakan scarf rambut di kepalanya,Ari mencapai beg tangan di atas katilnya.

Dia turun menuju ke tingkat bawah.

"Mama,Ari keluar dulu tau!"

"Okay,sayang. Jaga diri. Jangan balik lewat sangat."

"Okay, mama!"

Ari melangkah ke depan pintu rumah dan keluar menuju ke arah pemandu peribadinya.

"Uncle Harua. Boleh tak tolong hantar Ari pergi taman yang dekat dengan pantai. Ari nak pergi jalan-jalan dekat sana."
Harua yang sedang mencuci kereta terus berhenti.

muka Ari dipandang dengan senyuman manis.

"Boleh Ari. Naiklah. Kita pergi sana sekarang."

"Thank you uncle."
________
Ari melihat pemandangan taman dengan menaiki basikal yang disewanya. Tentang Harua,Ari sudah memberitahunya bahawa dia akan telefon lelaki itu jika dia hendak pulang nanti.

Ari menghirup udara segar di taman itu.

"Segarnya rasa! Hmm.... macam manalah sekolah baru aku nanti ya? Harap mereka semua baik-baik sahaja."

Ari memberhentikan basikalnya pada parking basikal yang disewanya tadi.

Langkahnya terus ke pantai berdekatan dengan taman itu.
Ari memandang laut sambil berjalan.

Dia teringat akan kenangan lama bersama ibu bapanya semasa mereka bercuti di pantai suatu ketika dahulu.

Serta merta air matanya jatuh.

"Eomma... Appa... Ari rindu. Rindu sangat-sangat. Eomma dengan appa baik-baik je kan dekat sana?"

Ari terus melangkah dengan dunianya sendiri. sehinggalah seseorang terlanggar tubuhnya dan mengakibatkan dia jatuh terduduk di atas pasir.

"Aduh! Sakitnya punggung aku!" Ari menggosok punggungnya yang terasa sakit itu.

"Sorry." Kata seorang lelaki pada Ari.

Ari memandang lelaki itu sebelum dia bangun dari duduknya tadi.

"It's okay. Not your fault. Saya yang jalan tak tengok orang."
Ari mengelap sisa air matanya.

Tidak mahu lelaki dihadapannya melihat dirinya yang sedang bersedih.

"Nangis ke?" Soalnya dengan nada dingin.

"Tak adalah, mata masuk habuk je ni." Ari tersengih.

"Nampak dari jauh kau nangis."

"Ouh... Awak nampak dah rupanya." Ari tersenyum tipis sebelum membuang pandangannya pada laut yang ditemani langit jingga.

"Kenapa?" Ari memandang lelaki yang dingin perwatakan itu dengan pelik.

"Kenapa, apa?"

"Kau nangis."

"Just missing my late parents." Lelaki itu terdiam.

"Baru minggu lepas mereka pergi. Hidup saya seakan sunyi tanpa mereka. saya anak tunggal. tak ada adik-beradik. Ibu bapa saudara saya baru mendaftarkan diri saya sebagai anak angkat mereka dan mereka yang menjaga saya sekarang."Ari tersenyum nipis.

Under The Orange Sky | Asahi✅Where stories live. Discover now