Prolog 2

2 0 0
                                    

Jasmine duduk termenung di sebuah Kedai Kopi milik rakannya. Dia beberapa kali mendengus tidak puas hati.

"Wahai Tuan Puteri Jasmine anak Duke Washington. Kau kenapa ni?" Soal Violet yang baru sahaja habis membersihkan kedainya. Melihat sahabat baiknya yang resah gelisah itu dia terasa ingin tahu apa yang terjadi pada gadis jelita itu.

"Bukan aku. Tapi Ayahanda. Kenapa dengan ayahanda aku wahai Violet?. Kenapa Ayahanda masih mahu aku berkahwin dengan Putera Mahkota itu?" akhirnya Jasmine meluahkan perasaan itu terhadap Violet.

Violet melopong mulut apabila Jasmine menyebut perkataan 'kahwin' dan 'Putera Mahkota'. Dia tidak main-mainkan?

"Dah kenapa kau melopong mulut macam tu. Bantulah aku Violet. Aku tak nak kahwin dengan Putera Mahkota tu.." pinta Jasmine bersungguh-sungguh.

"Jap..jap.." Violet akhirnya bersuara. Di sandarkan badannya pada kerusi. Kemudian di silangkan pula dua tangan ke dada. Begitu juga dengan kaki kanannya disilangkan atas peha kaki kiri.

" Duke Washington memaksa kau kahwin dengan Putera Mahkota?". Jasmine mengangguk kepala.

" Kemudian kau tolak untuk berkahwin dengan Putera Mahkota?". Jasmine mengangguk lagi.

"Putera Mahkota kerajaan kita ke?" Soal Violet inginkan kepastian.

" Iyalah Putera Mahkota kerajaan kita. Kerajaan mana lagi" Jasmine mengurutnya kepalanya.

" PUTERA MAHKOTA LEONNIDAS!!!" Suara Violet bergema satu Kedai Kopi sehingga menarik perhatian orang sekeliling.

" Ishh perlahan la sikit suara kau tu Violet. Nanti orang dengar dah susah hidup aku" Jasmine menekup mulut Violet dengan kipas tangan berwarna miliknya.

"Kau serius lah Jasmine?" bersinar-sinar mata Violet apabila Jasmine mengangguk kepalanya. Macam tidak percaya, bahawa kawan baiknya ini akan berkahwin dengan Putera Mahkota Leonnidas.

Jasmine membuat muka pasrah. Dia sudah tahu bahawa Violet tidak akan menolongnya malah rakan baiknya itu terlebih teruja akan perkahwinan dia yang akan datang.

"Tuhan, bantu aku" Jasmine berdoa agar dirinya dibantu untuk melarikan diri daripada Putera Mahkota Leonnidas.

Jasmine duduk di sebuah taman bersebelahan Kedai Kopi milik Violet. Matanya tertancap pada air pancut yang dibina indah di taman itu. Itu lah tempat dia sering menangis dan meluahkan perasaan selepas kematian Bondanya yang tercinta Duchess Dianne Felora .

"Bonda, Jasmine tidak mahu kahwin dengan Leon. Jasmine tidak suka dia Bonda. Dia jahat" luah Jasmine lirih. Namun air matanya terhenti apabila satu suara yang agak garau menyinggah ke telinganya.

" Kau cakap aku jahat, Jasmine?" Suara Leon yang sedikit kuat itu membuatkan bahu Jasmine terhinjut. Dia segera menoleh memandang Leon yang sudah dipenuhi aura tidak puas hati.

Jasmine terkedu. Dia cuba mengoyak senyuman tetapi mati. Hanya senyuman sini dapat diberikan.

" Dahtu, nak cakap kau baik?" Sengaja Jasmine menuang minyak tanah pada kemarahan Leon.

" Tentulah aku ni baik wahai Isteriku Jasmine" Leon mengoyak senyuman sinis. Puas hatinya melihat wajah tidak puas hati Jasmine.

" Aku bukan Isteri kau Leon. Jadi tolong sedar diri yang aku tak akan kahwin dengan kau" Tegas Jasmine. Namun tidak dilayan oleh Leon. Malah lelaki itu terus duduk di sebelahnya.

" Nak tak nak, kau akan kahwin dengan aku juga Jasmine. Ini sudah ditentukan bahawa kau dan aku adalah jodoh" Bersahaja Leon mengungkap kata-kata.

" In your dream, Leon. Aku tak akan datang majlis hari kita kahwin. No.. perkahwinan ini tak akan terjadi" Tegas Jasmine lagi. Cukup dia sudah tidak sanggup untuk memandang wajah Leon lagi.

Leon senyum sinis. Dia berdiri dan menghadap Jasmine.

"Jasmine, apa kau mahu kejadian yang sama menimpa keluarga kau berulang lagi" Sinis Leon menuturkan kata-kata itu.

Air muka Jasmine berubah serta-merta. Matanya merenung takut. Badannya gigil ketakutan. Segera lengan Leon digenggam erat.

Tekak berasa loya dan berpasir. Segala kejadian yang sudah dia lupakan itu,kembali menyerang kepalanya. Leon menggenggam bahu Jasmine. Terpancar wajah sebersalah nya.

Dia hanya mahu mengugut Jasmine tentang perkara lain. Tapi bukan yang ini.

"A..a..aku tak nak Leon, aku tak nak" Air mata Jasmine menitik jatuh ke tanah. Leon terkedu. Namun tidak ada sebarang tindakan daripadanya.

"TUANKU! TUANKU DIMINTA UNTUK PULANG KE ISTANA SEGERA. TUANKU RAJA MEMANGGIL TUANKU UNTUK MISI YANG SETERUSNYA" suara daripada pegawai yang ditugaskan itu, membuatkan Leon terus memandangnya.

Dia segera mengatur langkah dan meninggalkan Jasmine yang masih menangis. Hatinya rasa sakit. Sakit yang amat sangat.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I DON'T WANT THIS MARRIAGE!Where stories live. Discover now