" Luke! " Jerit Leon yang datang dari arah selatan. Wajahnya yang sudah dipenuhi kotor dibiarkan sahaja.
" Bagaimana keadaan di bahagian Timur Whale?" Soal Leon sebaik sahaja dia memberhentikan kudanya.
Luke yang sudah pun siap sedia dengan segala informasi terus berjalan menuju ke arah Leon.
" Patik rasa Tuanku, musuh dari arah Timur telah meninggalkan kawasan pada malam tadi. Mereka sepertinya telah menyerah kalah" Jelas Luke apabila dia telah membuat rondaan dikawasan Timur Whale sejak lima hari yang lalu.
" Mustahil! Mereka tidak akan menyerah kalah begitu sahaja. Mustahil" Leon menidakkan perkataan Luke.
" Tapi Tuanku..." Luke terputus kata apabila Leon menindas percakapannya.
" Apa kau mendapat maklumat siapa mereka yang cuba mencerobohi Westria. Aku baru mendapat maklumat itu pagi tadi oleh Kolonel Noel. Itu pun apabila aku mahu ke sini" Jelas Leon.
" Apa dia ada kene mengena dengan musuh yang kita lawan ini, Captain Luke?" Soal Leon lalu mengangkat kening kirinya.
" Itu Patik tidak pasti Tuanku. Cuma yang Patik dapat adalah pencerobohan itu dilakukan oleh seorang sahaja. Itu pun dia hampir di tangkap oleh Penduduk Westria namun terlepas. Tapi tidak apa Patik dah hantarkan sepuluh orang pasukan Patik untuk memeriksa kawasan tersebut" Jelas Luke panjang lebar.
Leon hanya mengangguk faham. Wajahnya masih tidak beriak. Dia segera menuruni kudanya dan duduk sebentar merehatkan diri di kawasan tanah lapang itu bersama-bersama Luke dan beberapa ahli tentera dan pengintai dari Askar Diraja.
Luke melihat wajah Leon. Dia kemudiannya tersenyum.
"Tuanku, masih memikirkan kata-kata Baginda Raja Benhard ke?" Soal Luke memecahkan kedamaian Leon.
" Entahlah Luke, yang penting aku harus terimanya" Leon memejamkan mata. Disandarkan badannya ke banir pokok yang besar.
"Tuanku kenal bakal Isteri Tuanku?" Soal Luke. Dia sudah maklum bahawa Leon akan berkahwin dengan seorang anak bangsawan terkenal. Cuma wajah gadis itu sahaja belum ia pernah lihat.
" Entah lah. Sudah lama juga aku tak melihat mata sembab dan wajah mencuka dia tu" Tanpa sedar Leon tersenyum.
Luke diam. Jarang-jarang dia dapat melihat Leon tersenyum begini. Apakah gadis itu selama ini yang Leon mahukan?. Kerana dia sering kali mendengar cerita daripada Leon bahawa ada seorang gadis yang menarik minatnya. Harapnya gadis yang bakal ia kahwini.
Luke terus bangun meninggalkan Leon menuju ke pasukan lainnya untuk berbincang tentang strategi seterusnya. Dan Leon.. Dia masih melayani perasaan di siang hari.
YOU ARE READING
I DON'T WANT THIS MARRIAGE!
Tarihi KurguApa akan terjadi kalau seorang Puteri bangsawan yang cantik jelita menolak pinangan Putera Mahkota? Sudah tentu akan menjadi buah mulut masyarakat. " Apapun yang Ayahanda mahukan Jasmine akan turuti. Tapi, bukan perkahwinan ini. Jasmine benci dia...