NCT - Mark ( II )

3 0 0
                                    

Siling putih sebagai permandangan pertama yang Hyewon lihat setelah sedar dari pengsannya. Sambil gigih untuk mengangkat dirinya sakit di kepala sedikit terasa. Lantas bahunya dicapai.

"Ehh kau ni kenapa ni? Baring je la dulu, kau kan tengah lemah lagi. Lagipun muka kau jelas sangat pucatnya", kata DoAh di sisi Hyewon bantu untuk dia bersandar. Jam di tangannya dipandang sekilas. Dah habis masa sekolah rupanya. Dia mengeluh kecil.

Punca kepalanya berdarah kerana dia sendiri tidak sedar yang buku yang menghempap kepalanya itu bukan pada permukaan ratanya, tapi pada bucu buku! Sememangnya dia hanya sekadar rasa sakit tapi Hyewon sedikit pun tak sedar kalau ianya berdarah.

"Kenapa lama sangat aku pengsan? Dah la barang aku...", serentak Jungwon muncul dengan dua beg iaitu beg kakaknya di bahu kanan dan kepunyaannya di sebelah kiri. Hyewon hanya tersenyum kecil.

"Ingat orang kejam sangat ke nak lupakan kakak sendiri? Malah orang ni adik yang berwibawa antarabangsa tau", kata Jungwon lalu duduk di kerusi belah kiri. Hyewon hanya menjeling kecil tapi di hati cukup syukur dia dikurniakan adik yang sangat baik.

"Haihh untung kau tau ada adik macam Jungwon ni. Nampaknya aku terpaksa tinggalkan kau sekali lagi sebab lepas ni aku ada latihan taekwondo. Aku nak minta maaf juga, kalau bukan sebab aku suruh kau ganti aku tadi mesti semua ni takkan terjadi", katanya sambil menunduk. Muncul rasa kawan yang tak mendatangkan faedah pada Hyewon.

"Ishh kau ni kenapa emo tiba-tiba nih? Kata atlet taekwondo mana boleh lemah macam ni. Lagipun benda memang dah tertulis untuk terjadi, kau tak payah la risau and rasa bersalah. Aku faham kau memang tengah dalam fasa busy sekarang", terus dipeluk kawannya yang di atas katil itu dengan erat. Dia sangat bersyukur kerana dikurniakan kawan yang sangat memahami.

"Huwaaaaaa aku sayang kau sampai syurga Hyewon!! Kau sangat sangat sangat memahami aku sedangkan aku act like musuh dalam selimut dengan kau! Aku bersalahhhhhhh"

"Haa macam mana...... Ehemmm tersalah timing", pintu yang tadi terbuka kembali tertutup. Dua orang gadis tadi terus menukar pandangan ke pintu dalam keadaan yang sama.

"Ooo sunbae, masuk je la. Just drama wanita sikit", Jungwon membuka pintu tanda menjemput. Muka Haechan kelihatan separuh untuk mengintai. DoAh terus melepaskan pelukannya dari Hyewon sambil menyeka air matanya.

"Ooo dah habis ke? Sorry lah terpotong tadi. Mesti dah takde feel en? Ke nak sambung lagi? ", bantal di belakang Hyewon terus dibaling ke arahnya tapi berjaya di elak.

"Wowowow sakit-sakit pun kuat ekk kau baling. Takpelah tak jadi nak melawat", kata Haechan bersahaja tapi Dream yang lain hanya meneruskan niat untuk mengisi ruang bilik itu.

"Cehhh dasar korang tak cukup sehati sejiwa", katanya lagi sambil acah merajuk. Perlahan tangan Renjun mencubit peha kiri lelaki itu.

"Dalam ni kita paling senior tau. Jangan nak mengada-ngada buat perangai tahun satu", terus muncung bibir lelaki fullsun tersebut.

"Hmm awak dah okey ke? Lama juga awak pengsan tadi", tanya Jeno. Hyewon hanya menggeleng. Tiba-tiba keadaan berubah sunyi buat beberapa saat dan dipotong oleh DoAh.

"Ermm lupa yang aku ada latihan. Gotta go now. Sorry and get well soon Hyewon. Jumpa malam nanti tau", lambainya lalu terus keluar dari bilik. Giliran Jungwon pula menilik jam tangannya.

"Aah la noona, Jungwon lupa yang Jungwon pun ada discussion sikit dengan member sekelas. Boleh tak kalau Jungwon nak balik dulu?", baru saja dia melihat jamnya tiba-tiba begnya dihulur depan mata. Jaemin tersenyum kambing.

"Haa jom kita balik sekali. Nanti ada la abang ipar kamu tolong teman kan dia tu", terus dibawa Jungwon keluar dari bilik diikuti dengan Chenle dan Jeno.

- KPOP ONE SHOT STORY -Where stories live. Discover now