' Benar sekali kebahagian yang dikecapi oleh Na'ilah iaitu isteri kepada Khalifah Usman bin Affan tidak berkekalan kerana kebahagiaan itu telah diragut oleh para pemberontak dan musuh Islam yang sentiasa mencari jalan untuk membunuh suaminya. 'Na'ilah seakan sudah dapat merasakan bahawa ada bahang pembunuhan bakal berlaku dalam hidupnya. Melihat kepada keadaan sekitar, Na'ilah tahu bahawa ada musuh-musuh yang sedang mengintai suaminya, Khalifah Usman bin Affan.
Walaupun mengetahui akan hal itu namun Na'ilah tidak pernah gentar untuk menghadapi saat-saat itu. Dia tahu Allah SWT sentiasa bersama dengannya dan juga suaminya yang tercinta. Khalifah Usman pula tidak pernah menunjukkan tanda-tanda gusarnya dan dia tetap menjalankan tugasnya seperti biasa. Melihat ketenangan dan kewibawaan suaminya, Na'ilah langsung tidak memikirkan perkara itu dan membantu suaminya menegakkan syiar Islam.
Ini menjadikan nama Na'ilah disebut - sebut sebagai seorang wanita yang mulia dan sangat mentaati suaminya. Dia banyak mendorong kejayaan suaminya dan menjadi idola wanita pada zamannya.
Kehebatan Na'ilah bukan sahaja terhadap ketaatannya kepada suami tetapi juga terkenal oleh kerana kecantikan, kematangan akal fikiran dan kefasihan dalam bertutur kata. Ini juga menyebabkan dia menonjol dalam kalangan wanita pada zamannya. Pengaruhnya sungguh kuat dan ramai yang mahu menjadi sepertinya. Sungguhpun begitu, Na'ilah tidak pernah sombong dengan kelebihan yang dimiliki.
Kemuncak Pengorbanan Na'ilah
Kemuncak kepada pergorbanan Na'ilah apabila dia sedaya upaya mempertahankan suaminya daripada dibunuh oleh pemberontak yang merupakan musuh Islam.
Ketika rumah Khalifah Usman R.A sudah dikepong oleh musuh, Na'ilah masih setia berada disitu untuk terus mempertahankan suaminya. Na'ilah cuba menahan setiap pukulan daripada terkena badan suaminya. Dia juga menghalang setiap libasan pedang dengan tangannya agar tidak terkena pada suaminya.
Apabila kaum pemberontak melemparkan tali ke atas pagar rumah suaminya untuk memasukinya, dia terus menghalang perbuatan itu. Khalifah Usman cuba melindungi isterinya namun isterinya masih tidak mahu tubuh suaminya disentuh apatah lagi diapa-apakan oleh para pemberontak itu.
Apabila salah seorang daripada pemberontak itu mengayunkan pedangnya, Na'ilah menahan dengan tangannya sehinggakan jari-jarinya putus kerana terkena pedang. Na'ilah tetap bangkit untuk terus menghalang pemberontak lain membunuh suaminya dan sekali lagi tangannya terkena libasan pedang.
Akhirnya Khalifah Usman bin Affan R.A dibunuh juga oleh para pemberontak itu. Selepas membunuhnya, para pemberontak itu melarikan diri. Na'ilah terus mengejar mereka sambil menjerit untuk memberitahu, 'Amirul Mu'minin telah dibunuh'.
Orang ramai yang mendengar jeritan itu segera mendapatkan Khalifah Usman dan memang ternyata dia sudah meninggal dunia. Walaupun bersedih namun Na'ilah berasa puas kerana dapat mempertahankan suaminya hingga ke titisan darah yang terakhir.
YOU ARE READING
Himpunan Kisah Srikandi Islam ♥
RandomTujuan aku membuat himpunan kisah-kisah ini untuk membuang lagha dan mengharapkan agar kau sedar yang kau tidak lemah. Aku nak kau sedar kau tak perlukan 'putera idaman" kau untuk tolong kau. Aku nak kau tahu yang kau ada Allah dan hanya Allah dapat...