Rezeki, takdir dan ujian setiap manusia itu sudah tertulis. Sebagai hamba, perlu ikhlas dan redha dengan ketentuan-Nya kerana tentu ada hikmah disebaliknya. Begitu juga dengan Fatimah binti Asad. Allah telah tentukan ada kebaikan untuk dirinya sebagai balasan menjaga dan berlaku adil terhadap anak yatim seperti Nabi Muhammad SAW. Sepanjang hayatnya, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun perasaan tidak redha dengan amanah dan tanggungjawabnya itu. Sebaliknya, dia menjalankan amanah itu sebaik mungkin dengan penuh tulus dan ikhlas.Semasa hayatnya, Fatimah mempunyai akhlak yang sangat mulia dan memiliki iman yang teguh kepada Allah SWT. Keperibadiannya itu telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada jiwa anak-anaknya terutamanya Ali bin Abu Talib. Walaupun setelah kewafatan suami tercinta, Fatimah menggalas tanggungjawab itu dengan sehabis baik. Fatimah turut berjuang demi menegakkan tiang-tiang agama Islam dan berhijrah untuk terus menyebarkan agama yang indah itu. Hinggalah dia dikenang sebagai seorang ibu dan isteri yang mulia disisi Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW
Sentiasa Dihati Rasulullah
Walaupun Rasulullah sudah tidak lagi tinggal bersamanya namun dia diantara wanita yang sentiasa diingati oleh baginda. Rasulullah sentiasa datang menziarahinya di rumah dan baginda sentiasa menghormatinya. Baginda tidak pernah lupa akan jasa yang telah diberikan walaupun tidak pernah minta untuk dibalas. Namun Rasullulah telah menganggapnya sebagai orang tertua dalam kalangan keluarganya.
Pada akhir hayat Fatimah, baginda tetap bersama dengannya. Fatimah diriwayatkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Madinah. Sesuatu yang sedih bagi Rasulullah tetapi baginda redha dengan pemergian Fatimah, wanita yang disayangi oleh baginda.
Betapa kasih dan sayangnya Rasulullah terhadap Fatimah, satu riwayat daripada Ali bin Al-Husain yang berbunyi,
"Aku telah mendengar Amirul Mukminin, Ali bin Abu Talib mengatakan apabila Fatimah binti Asad bin Hasyim meninggal dunia, dia telah dikapankan sendiri oleh Rasulullah dengan pakaiaannya. Kemudian, baginda turun ke dalam kuburnya dan menundukkan kepalanya kepada semua penjuru kubur itu seolah-olah baginda meluaskannya, kemudian baginda meratakannya. Ketika baginda keluar dari kuburnya itu, mata baginda berlinang dengan air mata. Baginda juga berlutut di a.tas kuburnya"
Apabila baginda pulang dari kubur itu, Saidina Umar bin Al- Khattab telah mendekati baginda dan bertanya kepadanya, "Wahai Rasulullah, aku telah melihatmu berbuat sesuatu kepada wanita ini yang engkau tidak pernah membuatnya kepada sesiapapun sebelum ini."
Maka, baginda menjawab, "Wahai Umar, sesungguhya wanita ini dahulu seperti ibu yang melahirkan aku. Sesungguhnya Abu Talib telah banyak berbuat baik kepadaku dari makan minum dan sebagainya. Dia sering mengumpulkan makanan untuk kami makan bersamanya dan wanita ini telah mengurangkan makanan-makanan daripada yang dia ada untuk diberikan selebihnya kepadaku."
Begitulah betapa penting dan kasihnya Rasulullah terhadap Fatimah binti Asad. Hingga ke akhir hayat, Rasulullah tetap memuliakan wanita itu hingga ke liang lahad.
YOU ARE READING
Himpunan Kisah Srikandi Islam ♥
RandomTujuan aku membuat himpunan kisah-kisah ini untuk membuang lagha dan mengharapkan agar kau sedar yang kau tidak lemah. Aku nak kau sedar kau tak perlukan 'putera idaman" kau untuk tolong kau. Aku nak kau tahu yang kau ada Allah dan hanya Allah dapat...