𓍢ִ໋🌷----🎀
𝙍𝙪𝙙𝙮 10:30 pmsunyi.
malam ini sunyi sama seperti malamnya yang lain. hanya bertemankan lampu dari kawasan bandar, beribu bintang dan bulan yang menerangi dan.."meoww"
dia menoleh ke arah haiwan kecil itu. diberi nama, ray. kucing berwarna hitam, bermata hijau menggeselkan badannya ke kaki lelaki itu
"lapar dah? kejap" dia turun dari tembok, berjalan ke arah begnya yang terletak tidak jauh darinya
dia pun mengeluarkan makanan kucing dari begnya-yang baru dia curi-kemudian, dia membukanya dan memberikannya kepada ray
kemudian, dia kembali duduk di tembok. membakar hujung rokoknya kemudian menghisapnya seperti biasa
. . .
𓍢ִ໋🍥----💌
𝙄𝙢𝙖𝙣 10:30 pmsakit.
hatinya sentiasa rasa sakit. tidak pernah gembira, sejak umi dan abahnya 'pulang'. sejak itu dia tidak lagi tersenyumdi sekolah juga tidak ada kawan, apatah lagi sahabat. dia dimaki, dibenci, dihina, dibuli, dibuli. semua
kini dia sedang berjalan keluar dari 7eleven selepas membeli lollipop kegemarannya dan roti berperisa jagung
dia berjalan seolah-olah tiada hala tuju. iya, di rumah sudah tidak ada lagi orang tuanya yang menyambutnya dengan senyuman manis. tidak ada lagi pelukan hangat umi, atau nasihat abah
sehingga kakinya itu membawanya ke sebuah bangunan lama. suasana di situ tidak terlalu terpencil tetapi tetap tiada orang
setahunya, bangunan itu merupakan sebuah mini mall yang mempunyai 5 tingkat
kalau aku terjun, takde orang akan tahu..kan?
seolah-olah ditarik magnet, iman terus berjalan masuk ke bangunan tersebut. dekorasi masih ada walaupun telah tamat operasi. but yeah, bersepah
dia memberanikan diri untuk menaiki tangga sampai ke bumbung
sebelum sampai ke tempat yang ingin dia pergi, dia sempat melihat-lihat di sekita tingkat 5 itu
𓍢ִ໋🌷----🎀
𝙍𝙪𝙙𝙮 - talking to the moondia dah tiada siapa-siapa untuk meluahkan segala perasaannya. mamanya saja sudah lama pergi, dan dirinya hanya ada bulan. bulan yang tak pernah bosan mendengar luahannya
sedang dia merokok sambil mengusap kucing dipehanya, dia terdengar sesuatu dari pintu yang berada tidak jauh dari situ
dia menoleh, diikuti ray. pintu tersebut berbunyi, menandakan ada orang yang membukanya dari dalam
tanpa dia sangka, seorang perempuan muncul. berpakaian cardigan coklat dan tudung berwarna hitam, sambil memegang plastik 7eleven
mereka berdua hanya membisu sebelum ray bangun dari pangkuannya dan berjalan ke arah perempuan tersebut
perempuan itu sudah bersedia untuk beredar, akan tetapi niatnya seolah-olah terbatal apabila kucing dihadapannya itu menarik perhatiannya
rudy masih lagi mendiamkan diri, melihat perempuan itu mengusap kucing tersebut
amboi dengan perempuan bukan main eh kau
rudy membuang rokok tersebut sebelum memijaknya. perempuan itu sedar akan pergerakannya, segera berhenti mengusap ray
"kau..buat apa kat sini?" soal rudy, masih tidak berganjak dari tempat duduknya
perempuan itu teragak-agak untuk membalas, tetapi dia balas dengan nada yang perlahan
"saja."
rudy hanya melentokkan kepalanya ke kanan, mendengar respon perempuan tersebut
ai, berani keluar malam-malam macam ni. tak takut ke?
wait, asal aku risau pulak? aku tak kenal dia pun..
"rudy." tanpa ditanya, rudy memberitahu namanya kepada perempuan yang dianggap misteri itu
dia pun mendongakkan kepala, sambil menggendong ray dan berjalan ke arah rudy
walaupun jaraknya masih jauh, rudy dapat melihat wajah perempuan tersebut dengan cahaya bulan
"saya..iman" perempuan yang bernama iman itu meletakkan kucing tersebut kembali
pretty name..
__________________
₍ᐢ‥ᐢ₎lessgoooo
YOU ARE READING
𝙇𝙤𝙡𝙡𝙞𝙥𝙤𝙥 ; 𝙍𝙪𝙙𝙮 𝙭 𝙄𝙢𝙖𝙣
Short Story❝ 𝐓𝐫𝐮𝐬𝐭 𝐦𝐞, 𝐈'𝐥𝐥 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭 𝐲𝐨𝐮 ❞-𝐑 ❝ 𝐒𝐨, 𝐬𝐭𝐨𝐩 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐝𝐞𝐚𝐭𝐡 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐭𝐚𝐲 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐞 ❞-𝐈 ejen ali 𓍢ִ໋🌷͙֒ 𝙍𝙪𝙙𝙮 𝙭 𝙄𝙢𝙖𝙣 ©cahayaarcelia | 2023 ⚠ slow update !