Bab 58

11.1K 269 4
                                    

BEBERAPA minggu kemudian. Raisya mendekati Adrian yang membuat kerja di meja kerja nya. Hehe ni lah masa nak kacau sebelum perut nak meletup.

"Piwit, single lagi ke tu? Kasi nombor lah." Usik Raisya. Adrian hanya menjeling.

"Sorry dah taken, siap ada isteri macam singa lagi." Balas Adrian.

"Oh sorry. Saya nampak cik macam single lagi, tu yang saya mengorat tu. Tak apalah disebabkan cik dah taken, saya balik dulu. Assalamualaikum." Kata Raisya, acah-acah pamit.

"Baik pergi lah." Adrian pula menghalau.

"Ala abang. Lambat lagi ke?" Tanya Raisya.

"Lambat." Kata Adrian sepatah.

"Ala abang kan bos, takkan lah kerja banyak." Protes Raisya.

"Memanglah. Tapi kalau abang tak kerja siapa nak bagi makan Raisya dan anak kita ni?" Tanya Adrian.

"Yelah. Abang lagi pentingkan kerja. Tak apalah." Kata Raisya bernada sedih. Dia bangun dari tempat duduknya.

"Eh sayang." Belum sempat Adrian menghalang Raisya sudah berlalu pergi.

Tiba-tiba perutnya berasa sakit. Dan seluarnya basah. Apa ni?

"Argh sakit. Abang!" Jerit Raisya. Adrian yang mendengar itu terus berlari mendapatkan Raisya.

"Sayang kenapa ni?"Soal Adrian dan melihat Raisya yang duduk dilantai itu.

"Nak beranak lah ni. Sakit." Marah Raisya.

"Ok ok sorry. Jom kita pergi. Jap abang nak ambil tudung." Kata Adrian.

"Cepat sikit. Sakit ni." Pesan Raisya.

"Okay." Terus Adrian bangun mencari tudung. Tidak lama kemudian dia datang bersama tudung sarung dan cardigan.

"Jom." Terus Adrian mencempung tubuh Raisya. Keretanya memecut laju dijalan raya itu.

Setibanya di hospital, Raisya dimasukkan ke dalam wad. Adrian hanya tunggu di luar. Tak lama doktor memanggilnya untuk masuk.

"Baca selawat dekat isteri cik ataupun doa semoga dipermudahkan urusan bersalin." Pesan Doktor itu. Adrian mengangguk dan membacanya.

Dia memegang kemas tangan Raisya. Jelas kelihatan peluh didahi Raisya.

"Push lagi puan. Push." Arah doktor dan jururawat disitu. Raisya cuba.

"Wek, wek, wek." Kedengaran suara bayi.

"Alhamdulillah tuan puan. Bayi lelaki. Tahniah saya ucapkan." Kata doktor itu dan menyerahkan bayi itu pada Adrian. Adrian menyambutnya.

"Assalamualaikum." Adrian memberi salam. Raisya hanya melihat. Nampak dah tu aura kebapaan.

"Allahuakbar, Allahuakbar lailahaillallah." Selesai sahaja Adrian mengazankan anaknya terus dia mencium pipi anaknya dan juga Raisya.

"Terima kasih, sayang." Ucap Adrian. Raisya hanya senyum.

"Wah comelnya dia." Puji Dayana.

"Mesti anak kita pun comel macam tu juga cinta." Sampuk Syafiq. Dia mengelus perut Dayana.

"Of course, tengoklah bapa dia hensem, mak dia pun cantik." Ujar Adrian berbangga diri.

"Eleh ngah." Aryan bersuara.

"Asal dengki ke?" Poyo Adrian bertanya.

"Taklah aku dan dua, ni dah on the way tiga, kau baru satu je." Kutuk Aryan.

"Eh kau ni, lebih-lebih pulak." Marah Adrian.

"Sudah-sudahlah tu bergaduh nya." Dato Amsyar menenangkan.

"Angah ni." Adu Aryan.

"Along ni." Adrian pula mengadu.

"Dua dua diam." Ujar Dato Amsyar keras.

"Ni Ad dah ada nama ke untuk cucu daddy ni?" Soal Dato Amsyar. Adrian senyum dan memandang Raisya. Raisya juga turut senyum.

"Dah." Jawab mereka berdua serentak.

"Apa namanya?" Tanya ahli keluarga itu.

"Muhammad Ayden Rafael Bin Adrian Rafeeq." Kata Adrian.

"Cantiknya nama." Puji Husna.

"Memanglah." Kata Adrian bangga diri.

"Kau ni tak boleh puji, puji sikit bangga diri." Kutuk Aryan.

"Kau diam long. Aku sabar ni." Marah Adrian. Gurau-gurau manja gitu.

"Eh udahlah bergaduh nya." Marah Husna.

"Kalau jumpa asyik nak bergaduh aja. Cuma lah bertenang." Pesan Datin Amirah. Dia mendukung Ayden.

Selepas drama pergaduhan Adrian dan Aryan, mereka semua pun berpamit pulang.

Adrian mendekati Raisya dikatilnya.

"Sayang." Panggil Adrian. Raisya berpaling dan senyum. Dia meletakkan Ayden di tempat khas.

"Apa?" Soal Raisya. Adrian meraih tangan Raisya.

"Terima kasih." Ucap Adrian.

"Untuk?" Tanya Raisya. Saja.

"Untuk segalanya. Terima abang, lahirkan anak kita dan semuanya. Abang tak tahu nak cakap macam mana." Kata Adrian.

"Itu memang tugas saya. " Kata Raisya dengan senyuman. Adrian membawa tangan Raisya untuk dicium.

"Comellah Ayden ni kan abang?" Tanya Raisya.

"Yes, muka dia ada iras sayang sikit." Kata Adrian.

"Haah, tapi mata dia ikut abang. Coklat muda." Kata Raisya pula.

"Terima kasih juga bang. For everything." Ucap Raisya. Kini giliran dia pula mencium tangan Adrian.

"I love you, sayang. Thank you for completing half of my heart." Kata Adrian romantis.

"I love you too, abang. Thank you for everything." Raisya pula berkata. "Your welcome." Adrian senyum.

Dia mengambil Ayden dari tempat khas itu. "Sayang anak papa ni." Kata Adrian. Dia mencium pipi anaknya. "Sayang anak mama ni." Giliran Raisya pula mencium pipi Ayden.










Rawrr.
Terima kasih yang membaca dan vote.
Lobe yuu.🧞🙈










Adrian Rafeeq's Little Wifey [C]Where stories live. Discover now