WAJAH tegang dipaparkan dihadapan sepupunya.
"Kau memang menyusahkan aku Owen Hudson."
"Maaflah. Bukan aku sengaja nak langgar kereta dia. Aku tak nampak dia nak keluar dari parking tu." Owen cuba membela diri. Owen Hudson,si troublemaker. Berusia 22 tahun. Seorang pelajar dalam bidang ICT. Genius tapi nampak bodoh.
"Sebab kau buta." Owen buat-buat pegang dada. Fuh pedih betul ayat lelaki ni.
"Aku dah ingatkan kau jangan bawa kereta sampai tak ingat mati. Tapi kau seorang manusia yang degil."
Owen hanya menadah telinga. Memang silapnya. Bawa kereta macam nak pergi planet Marikh.
"Kau bayar ganti rugi. Sekali dengan bayaran kerosakan kereta aku. Hal yang lain membuatkan Noah naik darah ialah kerana kereta yang rosak itu kereta dia. Beria-beria Owen nak pinjam dengan Noah. Noah tak nak. Tapi Edith pujuk. Kasihan dengan budak itu katanya. Tapi tengoklah apa budak nakal ni buat dengan kereta dia.
"Iya iya aku bayar. Maaf sekali lagi. Aku janji tak buat lagi. Eh tak janji." Owen tersengih. Tak boleh janji. Nanti dia buat lagi.
Noah menggulingkan biji mata. Pasrah sahaja dengan gaya perangai Owen yang bangsat. Sepupu dia yang lain tak juga macam ni. Owen saja yang liar.
"Erm Noah aku nak tanya something"
"Hmm." Noah hanya mengguman.
"Kau masih mimpikan perempuan tu lagi ke?" Berhati-hati Owen bertanya. Dia tahu yang Noah tak suka perihal mimpinya diperkatakan. Tapi Owen Hudson tetaplah Owen Hudson. Degil.
Noah menjeling Owen tajam. Sepupu nya ni memang dah lama merasa hidup.
"Aku taknak jawab dan takkan jawab soalan bodoh kau."
"Tak apa. Aku tanya dekat bonda Edith." Ya. Owen akan korek rahsia dengan bonda Noah. Sebelum ni pun bonda Edith yang bongkarkan tentang mimpi puteranya itu. Ter-bongkarkan sebenarnya. Noah, Edith, Harold dan dia saja yang tahu. Orang lain tak. Nasiblah dia tak mulut becok bagitau dengan keluarga mereka yang lain.
"Suka hati kau lah. Ni sampai bila kau nak bermalasan dekat rumah aku? Rumah aku bukan hotel." Mentang-mentang dia pengasas hotel, Owen buat rumahnya pula seperti tempat menginap.
"Ish kedekut betul. Bagi lah chance aku duduk sini. Esok pagi aku balik lah. Ada kelas. Malam ni aku tidur sini."
"Kau ingat aku tak tahu taktik lapuk kau? Kau nak lari dari parent kau kan? Lepas dah buat masalah,lari." Itulah kebiasaan Owen. Noah yang akan dicari bila dia dah buat masalah. Mungkin kerana dia rapat dengan Noah. Mana taknya, setiap minggu dia main ke rumah Noah.
"Hehe nilah sepupu kesayangan aku. Sentiasa faham aku. Nah love untuk kau." Owen membentuk hati dengan jari sebelum diberikan dekat Noah.
Noah jijik. Dia bukan gay.
YOU ARE READING
CALLAGHAN : HIS SOULMATE | 𝐎𝐆
RomanceHis Series Volume 1 Noah Callaghan | Alana Gabriela Seth 𝑀𝑢𝑛𝑔𝑘𝑖𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎 𝑖𝑡𝑢 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑖𝑚𝑝𝑖