BAB 1

98 36 33
                                    

Wardiyah Adinda

DIA adalah sebuah mahkota yang berharga tercipta buat aku. Seperti mana seorang raja memerlukan mahkotanya. Begitu jugalah pada aku. Jikalau seorang permaisuri memerlukan rajanya di dalam sebuah istana. Maka aku memerlukan seorang arjuna untuk melengkapi istana cinta yang telah dibina.

Adil.

Tetapi untuk dibandingkan perumpamaan seorang permaisuri dengan rajanya, amatlah jauh berbeza. Siapalah aku, hanya insan biasa yang cuma mempunyai seorang lelaki hebat yang aku cintai dan miliki.

Mahkota Arjuna.

Milik aku buat selamanya. Kekasih yang dipisahkan di antara dinding kaca tanpa dia menyedari kehadiran aku di sini. Mesin operator yang menghasilkan bunyi daripada degupan jantung, membuat aku tersedar akan sesuatu.

Beberapa jam telah berlalu, di mana aku masih tercegat di hospital menunggu Arjuna untuk membuka matanya. Tak sanggup aku untuk masuk dan melihat keadaannya yang sangat menyayat hati itu. Cukuplah kata-kata doktor tadi telah menggores kesan luka di hati aku agar lebih dalam.

"Kami minta maaf puan, keadaan suami puan mungkin tidak akan pulih selagi dia belum sedar dari komanya."

Bukan hanya sekadar retak, malah berkecai hati aku mendengar kata-kata itu. Ya Allah, Apa salah suamiku? Aku menangis. Baru sahaja siang tadi dahi ku dicium dan perut aku diusap lembut olehnya.

Masih aku ingat bait-bait ayat terakhir sebelum dia terlantar di katil hospital.

"Jaga diri kekasih abang ni,"

Hidung aku dicium lembut dengan senyuman manis tak lekang dari bibir. Tangannya pula turun ke perut lalu diusap lembut dengan ibu jari.

"Jaga anak kita baik-baik, abang sayang adinda-adinda abang ni.."

Dengan itu, tubuhku terus dipeluk erat bagaikan itu adalah hari terakhirnya. Tidaklah aku sangka, dakapan hangat itu merupakan dakapan terakhirnya buat aku.

Buat sekalian kalinya, aku menangis. Melihat sekujur tubuh yang terbaring bagaikan patung bernyawa itu mengundang benteng air mata aku untuk pecah lagi.

"Wardiyah.." Suara itu memanggil. Memujuk aku yang sedari tadi hanya menangis.

"Sabar, Diya. Mesti ada hikmahnya, inshaAllah Arjuna akan bangun semula."

Ibu menggenggam erat tangan aku sebagai punca kekuatan. Diri yang hampir terebah ini dia pimpin lalu bawa ke kerusi untuk duduk. Lengan aku diusap lembut.

"Sudah Diya, ingat bayi dalam kandungan kamu.."

Ya Allah, beratnya ujian mu buat aku.

Mampukah aku untuk teruskan perjalanan tanpa seorang suami di sisi? Mampukah aku untuk menanggung zuriat yang bakal lahir ke muka bumi ini seorang diri nanti? Mampukah aku menahan segala-galanya?

Hanya doa benteng yang terbaik aku panjatkan agar aku dan dia diberikan kekuatan untuk mengharungi perjalanan hidup seterusnya.

Mahkota Arjuna.

Kekasih aku buat selama-lamanya.

______

7 bulan berlalu

"Assalamualaikum, abang.."

Kain lembap yang baru dibasahkan, aku sapu di bahagian tubuhnya yang terdedah. Inilah rutin aku setiap hari. Menjaganya di hospital adalah tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.

"Dinda datang ni, abang sihat?"

Soalan cliche yang akan ditanya setiap kali aku datang menjenguknya.

Entah dia dengar ataupun tidak. Mungkin hanya menjawab dalam tidurnya setiap kali soalan itu diajukan.

Mahkota ArjunaWhere stories live. Discover now