Setelah membeli belah mereka menuju ke kawasan game central di dalam mall tersebut.
"Weh,aku rasa aku lapar lah"kata Mark
"Aku pun,jomlah pergi makan dari tadi kita kat game sini,bukan boleh kenyang pun"Jihyo
"Kita nak makan kat mana ni?"tanya Jaehyun
"Apa kata kita makan Jokbal"cadang Momo
"Asyik Jokbal je kerja kau,cuba yang lain"Taeyong
"Alah bukan selalu pun, please dah lama aku tak makan tau Please my friend..."pujuk Momo sambil membuat aegyo kepada rakan rakannya
"Fine,jom kita makan Jokbal"Balas Doyoung kerana tidak tahan melihat Momo yang membuat aegyo
Semasa dalam perjalanan untuk ke kedai makan Momo dan Tzuyu telah dilanggar oleh seseorang sehingga barang barang tersebut jatuh ke lantai dan ada juga beg kertas yang jatuh ke atas pinggang Momo
"Apa ni main langgar langgar"Marah Jihyo kepada orang tersebut
"Diaorang yang jalan tengok mana pastu nak kata aku yang langgar pula"
"Eh Nayeon kau tak payahlah buat macam kau mangsa keadaan "kata Mark sambil membantu Momo dan Tzuyu bangun
"Entah kalau kau mangsa mesti sekarang ni kau yang jatuh bukan diorang "Jaehyun
"So,kau nak suruh aku minta maaflah kat perempuan dua orang ni lebih-lebih lagi kat dia ni"kata Nayeon sambil menolak Momo yang sedang memegang pinggangnya kerana sakit
"Kau jangan nak melebih eh Nayeon kau yang langgar orang lepastu nak salahkan orang lain dan lagi satu jangan kau sesekali sentuh Momo dengan tangan kotor kau tu"Balas Taeyong yang dari tadi hanya jadi pemerhati
"Dah jom pergi, tinggalkan perempuan gila ni"kata Taeyong lagi yang sambil menarik tangan Momo dan mereka berjalan di belakang yang lain
"Kau ok tak ni,asal muka kau pucat semacam je ni.ada sakit kat mana-mana ke"tanya Taeyong yang memberhentikan langkah sambil tangannya menilik seluruh badan dan wajah Momo "
"Kenapa ni?"tanya Doyoung apabila melihat Momo dan Taeyong yang berada di belakang
"Tak ada apa,korang pergi dulu aku nak cakap dengan Momo kejap"balas Taeyong
"Aku ok jelah"kata Momo sambil senyum paksa
"Sure kau ok,muka kau macam tahan sakit je.pinggang kau sakit ke,tangan kau dari tadi kat pinggang je"tanya Taeyong lagi
"Aku ok,jom pergi nanti yang lain tunggu kita pula"kata Momo sambil menarik tangan Taeyong untuk ke kedai tersebut
Sepanjang di kedai Momo hanya makan sedikit sahaja dan minum air, pinggangnya turut berasa sakit lagi.
"Kau betul-betul ok ke ni Momo "Tanya Taeyong apabila perasan perkara tersebut
"Entah,muka kau tu pucat semacam je Momo,makan pun kau makan sikit.Air je yang kau teguk"tanya Tzuyu
"Aku,ok"balas Momo
"Ke kau nak balik,aku boleh hantar kau balik"Taeyong bertanya
"Aku ok,korang jangan ris...."kata Momo
"Korang aku hantar Momo balik dulu.Kalau korang masih nak berjalan pergi je lah"Potong Taeyong
"Ok.kau hantar lah dia, mukanya pun dah macam mayat masih kata dia ok"Jaehyun
"Tapi aku..."Momo
"Jom"potong Taeyong lagi kepada Momo sambil menarik tangannya.Sepanjang berjalan ke kereta tangan Taeyong langsung tidak lepas dari pinggang Momo kerana risau dirinya akan pengsan
Momo terus tertidur selepas sahaja masuk ke dalam kereta milik Taeyong
YOU ARE READING
Secret Sick Love
RomanceKisah dimana Momo merasiahkan penyakitnya dari sahabat karibnya.serta 'crush'.Ya, Momo menghidap penyakit Kanser buah pinggang dan menyembunyikan dari sahabatnya. Adakah rahsiah tersebut kekal tersimpan dengan rahsiah atau...mungkin akan bocor juga...