TAEYONG POV
Setelah tiba di rumah milik Momo,aku terus mengangkat Momo kerana tidak sampai hati untuk mengejutkannya dan bawa masuk ke dalam rumah tersebut lalu membaringkan tubuhnya di atas sofa yang panjangnya.
Aku turut menelefon Yuta hyung untuk memberitahunya tentang keadaan Momo
"Hello,kenapa Taeyong"Tanya Yuta kepada Taeyong menerusi panggilan telefon
"Ni Hyung saya nak bagitahu yang sekarang ni saya dengan Momo dah ada kat rumah"
"Eh,kata balik lewat sikit ni baru pukul 8 malam"tanya abangnya yang seperti sedang pelik
"Momo ni tadi pinggang di macam sakit lepastu muka dia pucat sangat tu yang saya bawa dia balik"balasku
"Huh!habis tu dia ok tak tu sekarang "tanya Yuta hyung yang aku dengar seperti sedang cemas
"Ni Momo tengah tidur kat sofa nak hantar sampai bilik tak boleh sebab tu privasi Momo"
"Oh ye ke,boleh tak kalau kamu teman Momo sampai Hyung balik.Hyung berkemas sekarang untuk balik "balasnya lagi
"Ok,saya tunggu "
Selepas aku mematikan telefon aku datang dekat kearah Momo yang sedang tidur dan merenung wajahnya
"Kau ni tidur pun masih cantik,comel tak payah cakap lah"kataku sambil aku menyelimuti badannya menggunakan jaket yang aku pakai
"Baik aku main game dulu"kataku seorang diri sementara menunggu abangnya balik sambil duduk di hujung kaki Momo.
Setelah beberapa minit kelihatan seperti cahaya kereta masuk ke dalam perkarangan garaj rumah, kelihatan Yuta hyung keluar dari kereta dan memasuki rumah
"Maaflah lambat,ni tadi hyung ada belikan kamu makanan sikit, Doyoung bagitahu Hyung tadi kamu makan sikit je"Kata Yuta hyung kepadaku
"Eh, susah-susah je hyung ni"balasku
"Tak susahpun,hyung susahkan kamu adalah,kena jaga Momo je"
"Saya tak kisah pun nak jaga Momo"balasku
"Ni pergi makan dulu, hyung nak bawa Momo masuk bilik"katanya lagi manakala aku hanya melihat Yuta hyung mengangkat Momo untuk ke bilik
"Hontōni fushigina hito de, yoku taberu no ni karada ga karui ndesu. Marude wata o mochiagete iru mitaidesu(pelik betul dia ni, makan banyak tapi badan tetap ringan.Dah macam angkat kapas pula )"kata Yuta hyung dapat aku dengar yang sedang berada di atas tangga sambil memandang ke arah ku
"Betullah tu "Balasku lalu aku pergi kearah dapur dan duduk di kerusi meja makan untuk makan makanan yang dibeli oleh Yuta hyung tadi
Bukan senang bakal abang ipar nak belanja, lagi-lagi orang tu memanjang sibuk je.
Tapi aku tetap bangga dengannya walaupun sibuk, Yuta hyung tetap ada masa untuk meluangkan masa bersama Momo dan mampu memberikan kebahagiaan kepada Momo walaupun mereka bukanlah adik beradik kandung
Tapi Yuta hyung amat menyayangi Momo seperti adik kandungnya sendiri walaupun mereka adik beradik tiri yang berlainan ibu,dimana bapa Yuta berkahwin dengan ibu Momo ketika Yuta hyung berumur 4 tahun dan ketika Momo belum lahir lagi
YOU ARE READING
Secret Sick Love
RomanceKisah dimana Momo merasiahkan penyakitnya dari sahabat karibnya.serta 'crush'.Ya, Momo menghidap penyakit Kanser buah pinggang dan menyembunyikan dari sahabatnya. Adakah rahsiah tersebut kekal tersimpan dengan rahsiah atau...mungkin akan bocor juga...