1

9 1 0
                                    

Aku lalu di hadapan rumahmu.

Hari ini, aku masih menunggu. Berharap kemunculan 5 minit seperti suatu masa dahulu yang aneh sudi menonjolkan diri lagi.

Basikalku dikayuh tenang merapati tebing masjid yang sebelum ini tidak berapa menjadi perhatianku melainkan sejak setahun lepas. Jarang-jarang aku mengayuh di sini namun karangan cerita lepas menjadikan aku pengguna jalan yang paling setia di sini.

Masjid, itu di sebelah timurku. Dengan senyuman 100 peratus penuh di bibir, aku berpusing kepala menghadap pula di baratku.

Ah itu, itulah. Rumah yang terletak kemas dalam kotak rindu rumah hatiku.

Entah mengapa, sejak setahun lepas, itulah kali pertama dan kali terakhir aku mengetahui tentang kewujudan dirimu.

Engkau menghilang bagaikan malaikat yang hanya singgah beristirehat untuk menyinari bumi dengan cahaya sucimu serta membelas insan-insan yang tidak tentu arah dengan teriknya nur dari dirinya, tanpa sedar juga menyuluh sunyi sepi seketul jiwa yang menyambutnya sebagai bantuan hakiki.

Maha Suci Allah, sifatnya engkau terlalu baik. Pertolongan singkat itu sehinggakan aku kenang panjang tempohnya.

Maaf, bukan hanya pertolongan engkau yang aku kenangkan. Tetapi, diri dan hati budi engkau juga.

Ke mana engkau menghilang?

* * * * *

"Aku sudah kata, dia memang macam hantu! Kenapa kau masih biar dia tinggal dalam rumah kau, Jemah?"

"Anak saudara aku, Min. Takkan aku nak halau dia macam tu aje? Mana dia nak berteduh? Amanah arwah ibu dan ayahnya juga"

"Aku setuju dengan Min. Kau tinggal la dia kat rumah anak yatim mana-mana, asalkan dia tak duduk kat kampung ini dah. Makin dibiar, makin jahanam!"

Kain telekung yang sedang aku berus di dalam besen aku tonyoh secara perlahan-lahan, memasang telinga terhadap rancaknya sesi meratah daging anak saudara si 'Jemah' oleh mak cik-mak cik yang turut sama ditugaskan untuk membersihkan kain telekung sepertiku.

Aku tahu siapa yang mereka perkatakan itu. Aku kenal siapa anak saudara Cik Jemah.

Dia. 

Dia, yang hampir keseluruh akal dan  ragaku rindui. 

'Astaghfirullahalad'zim'.

Aku cuba mengabaikan umpatan mak cik-mak cik peratah daging yang bertopengkan masjid itu. Sungguh, nuraniku bagai rengsa terkena renjatan tikaman elektrik di peparu. Di mana budi hati mereka begitu sahaja ingin menghalau seseorang keluar dari kampung? Di mana letaknya akal yang waras di saat lisan sesuka hati menggelar kaum sendiri sebagai kaum si iblis? Di mana simpati mereka menghina tanpa menghadap di hadapan cermin?

Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Kata mereka.

Masyarakat 'madani' hari ini, begitulah. Jika membenci, membenci seluruhnya.  Lebih cintakan keburukan seseorang berbanding kebaikan. Malah, membutakan mata pada sekelumit kebaikan yang ada.

Usai pulang dari menyiapkan kerja-kerja masjid, aku mengayuh basikal aku untuk pulang ke rumah. Tak lepas, harapan aku masih ada pada rumah yang sering aku lalui.

Aku ingin engkau tahu, biar apa silap engkau. Biar apa bicara mereka pada engkau. Aku tetap di sini. Aku tetap menunggu.

Telingaku bagai direndam dengan melodi pada setiap gerakan jasadmu. Aku tidak mendengar apa-apa yang mereka katakan. Sumpah!

Yang aku mendengar hanya bayang tubuhmu yang manis melambai sambil mencuri aroma yang tidak pernah terlepas dari ragaku. Ia bagai terpaut pada rim basikalku, mencengkam ke segenap tayar agar tiada satu pun yang longgar, apatah lagi terlepas.

Namun, bagaimana kau bisa mencabutnya? Apa rahsiamu sampai kau sudi biarkan basikal dalam diriku menggeletar pada setiap saat matamu lalu hanya di mindaku? 

Aduh, aku jatuh cinta lagi.

Apa khabar dirimu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BasikalWhere stories live. Discover now