Part 28

122 17 1
                                    

"Berdirinya kami di sini untuk menginterview Dami-san dan Asahi-san tentang kejadian kelmarin. Ada apa² penjelasan yang ingin disampaikan?"

Haruto dan Jeongwoo seakan akan mahu menyelidik kami dengan si Haruto yang kini menjadikan botol air mineral sebagai mikrofon.

Untuk pengetahuan korang, kami sekarang ada program 'bijak mengawasi emosi anda'. Semua murid dikumpulkan di dewan bersama para guru.

And kitorang ni pulak main duduk je tak ikut kelas pun so terduduk lah di sebelah Hajeongwoo.

"Eh ruto, bila masa kau jadi sewel macam Jengwoo ni? Jeongwoo kau buat apa kat Ruto sampai dia jadi aneh cenggini?" Soal Yoshi yang berada di belakang aku.

Aku, Aera dan Tsuki duduk di barisan kedua terakhir manakala Asahi, Jaehyuk dan Yoshi di barisan akhir.

Haruto hanya tersengih mendengar kata² Yoshi.

"Eh dia memang camni dari dulu takyah nak salahkan aku. Kalau benda² yang baik tu baru dari aku" kata Jeongwoo sedikit riak.

Ingin sahaja Yoshi mengetuk kepala Jeongwoo tetapi Tsuki menahan.

"Sudah jangan nak buat hal kat sini" kata Tsuki dibalas dengan sengihan si Yoshi.

"By the way, apa yang kau cakap tadi ruto? Kejadian kelmarin?" Soal Aera tertanya tanya.

Widih mampuih gua.

Aku melihat Asahi sedikit pun tak beriak. Still no reaction. Aku pulak yang kegusaran.

"Ouhh kitorang nak cari kunci Ruto tercicir tiba² nampak pulak Asahi dengan Dami bermesra kat public" jelas Jeongwoo selamba.

"What?" Serentak Jaehyuk, Yoshi, Aera dan Tsuki berkata.

"Haah. Asahi-san cubit² pipi Dami siap tersenyum pulak tu macam pasangan bahagia" sambung Haruto pula.

Mereka yang mendengar memandang aku dan Asahi bergilir.

"Apa? Salah ke?" Selamba je si robot ni cakap camtu.

"Tak salah. Tapi....kau jarang buat camtu kat orang" tutur Jaehyuk.

Muka aku dah start nak merah bila dengar apa yang Jaehyuk katakan tadi.

"Haa pahal diam?" Sindir Yoshi.

"Haish. Kitorang kawan je lah. Ish, dah lah pandang je pengetua tengah bagi ucapan kat depan tu. Sibuk je nak tau pasal orang" marah Asahi membuatkan semua terkejut mendengarnya.

"O-okay sorry. Takyah la marah kitorang tanya je" kata Jaehyuk ragu2.

Hatiku sedikit terguris mendengar kata² Asahi tadi seakan dia tak suka bila orang fikir kami berdua ada relay more than friend.

Seperti dapat membaca isi hati aku, Aera mengusap belakang badan aku perlahan.

"Kau okay?" Bisik Aera.

"Huh? Okay je"

"Takpe aku faham. Takyah la kau nak menipu aku"

Dan minit seterusnya kami hanya berdiam diri sampai lah habis program dan kami diarahkan untuk masuk ke kelas.

☀️☀️☀️☀️☀️

"Arhh kau. Kau ingat aku tak tahu yang kau sabotaj aku demi mendapatkan hati Yaya?"

"Yaya mana pulak kau merepek ni?"

Sedari tadi aku banyak diam daripada join rakanku yang lain bersembang rancak.

"Dami, kau okay tak? Senyap je dari tadi" ujar Tsuki sambil mengunyah sandwich yang disuap oleh Yoshi.

"Okay je. Aku kan memang camni apa nak dirisaukan" balasku.

COLD MAN || ASAHI Where stories live. Discover now