Qairiel Firyas

15 2 0
                                    

"Apa bising- bising ni? Ya Allah Qairiel, Firyas! Apa jadi ni? Kenapa tak cakap kat umi yang korang dah balik?  Ni mesti  disangka pencuri aduhai anak - anak bertuah aku ni!" Dalam satu helaan nafas Puan Mona melontarkan ayat. Qairiel dan Firyas yang dipanggil Puan Mona tadi hanya menayangkan sengihan seperti kerang busuk.

"Kami nak buat suprise untuk umi," kata Qairiel lembut. Matanya dijeling sedikit ke arah dua wanita yang memukul dia dan adiknyanya. Mereka berpandangan dan laju menjatuhkan 'senjata'. Firyas pula masih diam seribu bahasa namun tetap mengganggukkan kepala tanda menyokong abangnya.

 "Maaf umi..." perlahan Firyas melontarkan suaranya. Terkedu Izhana mendengarnya suara lelaki yang diserang Atisha. 'lagi lembut dari suara aku,' detik hatinya. Dia berdehem lalu menjarakkan sedikit dirinya dari jejaka yang masih terduduk di atas jalan tar itu. Ditarik Atisha yang masih tidak berganjak dari tempat berdirinya.

"Maafkan kami auntie. Kami taktau pula ni anak auntie. Pagi pagi buta dengar bunyi bising  terkejutlah si Atisha yang mudah terjaga ni. Kami masuk dululah auntie. Dah pukul 3 ni. Esok Atisha ada kelas pula," Izhana cuba melembutkan nada suaranya. Setelah mendapat anggukan dari Puan Mona, Atisha dan Izhana mengambil pemyapu da raket badminton yang mereka gunakan dan berlari anak ke dalam rumah dengan berhati-hati. Risau akan membangunkan ibu dan papa.

 Mata  Qairiel dan Firyas memerhatikan mereka dan saling berbalas pandang dengan maksud yang hanya mereka berdua fahami.

"Ha kamu berdua ni tak reti nak masuk? Dok jela nak tenung anak dara jiran sebelah tu bertahun? Mana pula kawan yang kamu kata nak bawa tu Qairiel? Tak jadi nak datang ke? "

"A-ada mi. Tapi malam ni katanya dia nak tidur di hotel dulu. Takut umi tak selesa sebab kami balik pun pagi buta. Esok atau lusa baru dia datang rumah," 

"Ouh kalau begitu takpelah. Dah kamu berdua masuk cepat. Sejuk kat luar ni, Tak pasal pasal demam nanti," Kedua dua anak teruna Puan Mona tersenyum manis menampakkan gigi mereka. Tangan mereka silangkan di lengan Puan Mona manja. 

***

"Argh kenapa pula ni. Lambatlah kau nanti Tisha. Dan dan je time ni motor aku nak buat hal aduh. Papa dah gi kerja pula ni haih. Mana sempat nak cari teksi sekarang argh!" Kuat keluhan Izhana. Topi di kepalanya direntap kasar. Gadis awal 20 an itu benar- benar serabut tika ini. 

"Assalamualaikum. Ada masalah ke? Perlukan pertolongan?" Satu suara menegur. Serentak Izhana dan Atisha menoleh ke arah suara itu. Setelah mengenalpasti pemilik suara, kedua - dua gadis itu serentak menundukkan kepala. Malu!

"Hello miss? Perlukan bantuan tak?" Qairiel mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal. 'dah kenapa pulak budak berdua ni. Aku salah tanya ke?' Firyas dibelakangnya hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

Qairiel pun berura-ura menghidupkan enjin kereta.

"Ehem. Aaa motor aku rosak. Pagini Tishu eh Tisha ada kelas. Boleh tolong hantarkan dia ke?" Izhana bersuara mewakilkan Atisha. Atisha menepuk bahu Izhana kuat. Bahang kian terasa di mukanya lebih lebih lagi apabila dia dapat melihat kesan lebam dilengan lelaki itu.

"Kau pukul kuat ke semalam Na? Lebam aku tengok tu," bisik Atisha. Kesian pun ada. Adiknya hanya tersengih sambil menganggukkan kepala.

"Hello? Nak tumpang ke?" Soal Qairiel lagi. Atisha cepat cepat mengganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Habis kau nak gi kerja naik pa Na? Takkan jalan kaki?" Soal Atisha pula. Risau. Tanpa mereka sedari jejaka jiran sebelah mereka sedang bermain osom.

"Ha kau kalah. Okay muktamad. Kau naik kereta dengan aku gi kolej. Dan kau, gi naik dengan mamat sendu ni ark!" Diusap lembut kepalanya yang diketuk adiknya. Siapa lagi kalau bukan Haeril Firyas.

"O-okay.. " agak sus tapi, mereka akhirnya setuju.

Dengan berhati hati Qairiel Zayed mengeluarkan keretanya dan menjemput Atisha masuk begitu juga Haeril Firyas.

Perjalanan ke kolej yang sepatutnya mengambil masa 20 minit menaiki kereta terasa lama. Beberapa kali Qairiel cuba berbual dengan Atisha tetapi gadis itu membalas tak endah. Akhirnya Qairiel mengalah dan diam.

"Saya dan Izhana bukan adik beradik kandung.  Jadi jelas lagi bersuluh kami berbeza.  Maaf saya tak banyak bercakap," lembut suara Atisha melontarkan setiap patah kata itu. Matanya tepat memandang muka Qairiel. 

Qairiel yang sedar dirinya terus diperhatikan meneguk liur gugup.  Entah kenapa jantungnya berdegup lebih laju dari biasa saat ini. Mata terus difokuskan ke jalan raya. Keluhan berat dan deheman dilepaskan untuk menenangkan diri.

"O-okay. Terima kasih s- ehem sebab jujur dengan aku," leher belakangnya diusap lembut. 'Perempuan ni tak buat apa pun aku boleh gugup aih'

Kereta pun masuk ke perkarangan kolej. Atisha yang sudah bersiap siap untuk keluar kereta apabila kereta melintasi gerbang kolej mengerutkan dahinya apabila Qairiel menuju ke ruang parkir.

"Awak boleh turunkan saya kat depan ni. Nanti saya turun. Tak perlu pun sampai masuk dalam kawasan kolej,"

"Takkan aku nak park kereta kat tengah jalan Atisha oii. Japgi ada pak guard tu pecahkan cermin kereta aku ni," sarkastik nada bicaranya. Atisha terdiam. Otaknya ligat berfikir apa yang dimaksudkan lelaki itu. Bertalu talu notification dari telefonnya. 'Awal pagi dah riuh bergossip ke?'

Tangan mengambil telefon dari poket bajunya. Sambil mata sibuk membaca setiap mesej dari grup whatsapp kumpulannya, sesekali mata dilirik memerhati keadaan sekeliling. Seolah olah mencari sesuatu.

"Dah jom turun," enjin dimatikan. Atisha yang masih ralit memerhatikan telefonnya tidak mengendahkan ajakan Qairiel itu.

Telefon di tangannya dirampas. Serta merta matanya menjeling tajam wajah Qairiel.

"Bagi balik telefon saya. Awak tak reti hormat privasi orang ke? Meh sini ish!" Tangannya cuba merampas semula telefon miliknya namun hampa. Tangan Qairiel yang lebih panjang pantas melarikan telefon itu lebih jauh.

"Keluar kereta dulu, Princess Atisha. Awak nak terlambat masuk kelas ke?" Kata Qairiel dengan nada memerli. Seketika dia menjeling perbualan milik gadis itu.

Shazz
PHOTO
Tengok ni! Hensem weyh omaigawd!

Aliey
YA ALLAH HENSEMNYA DIA. OHMY JODOH!

Dina
Aip korang ni. Cepat masuk kelas. Lagi 5 minit nak pukul 8. Dah berjanggut aku tunggu. Nanti² baru gossip pasal mamat tu. CEPATT! Atisha kau pun sama cepat sikit ish

Qairiel terkejut melihat gambarnya ada disebarkan dalam grup itu.

"Kawan kau kenal aku?"

"Ha?"

"Ni dalam grup ada gambar aku. Diorang kenal aku ke?"

"Ha?"

"Ya allah kau berilah aku kesabaran yang lebih tinggi saat ini. Miss Atisha, kawan-kawan kau tengah bergossip pasal aku dalam grup ni. Takkan kau tak sedar?"

"Pasal awak? Mana?"

"Ya allah Atisha kenapa kau tetibe blur ni? Dahla pergi masuk kelas sana," katanya sambil tangan menghulurkan semula telefon milik Atisha.

"Ha sebelumtu," dia menarik semula tangannya. Jarinya menari di atas pad kekunci telefon pintar Atisha.

"Ni, nombor aku. Kalau ada apa apa call or ws je. Nanti dah habis class bagitau. Aku hantar balik," katanya dan berlalu pergi selepas menyerahkan telefon milik Atisha.

Always By Your side! (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now