PreABYS

4 0 0
                                    

Ting !

Atisha
Aku dah sampai

Mesej yang masuk tidak dibalas Izhana. Cukuplah dia sekadar membaca teks itu dan mengetahui Atisha selamat sampai ke kolejnya.

Helmet berwarna hitam keemasan dihulurkan kepada Haeril. Sebelum kaki mula melangkah, dia berpusing kembali.

"Thanks hantar aku. Balik nanti pandai-pandailah aku cari teksi or bas," tangan mencapai beg lalu menghulurkan beberapa not RM10 kepada Firyas.

"Takyah. Nanti s- aku jemput. Duit tu simpan. Aku bukan ojek," matanya fokus melihat ke arah kedai. Seperti tertarik dengan sesuatu, Firyas menuruni motosikal miliknya.

Laju langkah kakinya yang panjang menghala ke arah kedai tempat Izhana bekerja. Tak sempat Izhana hendak menghalang, Firyas berada di depan pintu dahulu.

"Eh kau nak pergi mana tu?" Firyas meneruskan langkahnya tanpa mengendahkan panggilan Izhana apabila selesai membelek poster yang dilekatkan pada pintu masuk kafe. Selamba dia melangkah ke kaunter.

"Selamat datang. Encik nak order apa?" manis senyuman yang dilemparkan pekerja kafe itu kepada Haeril.

"Ayam? Habis. Saya je ada," Izhana menyambung ucapan pekerja itu seakan sound viral di tiktok. Hilang senyuman manis yang dilemparkan penjaga kaunter itu kepada Haeril tadi. Jelas terhias jelingan tajam diberikan kepada Izhana.

"Criminal offensive side eye," sambungnya lagi. Haeril ikut tertawa dengan kata-kata Izhana itu. Wajahnya dikalihkan semula ke arah pekerja di kaunter.

"EMOTIONAL DAAAMAGE!" jerit Izhana kuat sebelum berlari ke arah bilik kakitangan. Mungkin ingin menukar pakaian ke uniform kerjanya.

Pekerja wanita itu mengambil nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan. Sempat juga dia mengeluh sebentar. Cuba meneutralkan semula emosinya kemudian kembali tersenyum.

"Maafkan saya. Encik nak order apa?" senyuman kembali terukir di wajahnya sebagai etika melayani pelanggan.

"Kat sini ada kerja kosong tak? Saya ternampak poster kat luar tu tadi jadi saya rasa berminat nak mencuba,"

"Ouh kalau macamtu encik nak kerja part time ke full time?"

"Part-time." pekerja itu hanya menggangguk. Sehelai kertas diambil dari bawah kaunter lalu disuakan kepada Haeril.

"Sila tulis nama, alamat beserta nombor telefon encik. Saya panggil bos sekejap ye," tag namanya Firyas perhatikan. Aini namanya.

Firyas mengangguk. Pen dan kertas diambil lalu dia mengambil tempat duduknya bersebelahan tingkap. Beberapa minit kemudian Izhana datang bersama cawan di tangan.

"Aku dengar kau nak kerja kat sini. Betul ke?" Firyas tersenyum manis.

"Ye aku nak kerja kat sini. Ada halangan ke?"

"Takleh. Get out, " selamba Izhana mengarah.

" Aku nak jumpa manager,"

"Yes any problem sir? How may I help you? Do you feel any inconvenience here?" tanya Izhana sebelum ketawa terbahak melihat muka keliru Firyas.

"Impressive," perlahan pujian itu dilontarkan. Belum sempat Izhana membalas, telefon pintar Firyas berbunyi minta diangkat.

"Seem like you need to go now. " kata Izhana selepas Firyas sudah habis berbual dengan si pemanggil.

"Ouh sebelum tu..."
"MACHA SATU IKAT TEPIYY SIAP!" jerit Izhana sebelum menyambung. Cawan ditolak mendekati Firyas.

"Cubalah rasa matcha tu. Femes tau kat kafe ni. Lagi-lagi buatan aku," kata Izhana. Dia mengenyitkan matanya nakal lalu berlalu pergi. Firyas ketawa kecil lalu menghirup kopi 'signature' kafe itu. Ada-ada sahaja perangai Izhana yang mampu mencuit hatinya.

'She's cute. And her cuteness might be the reason you die,'

***

Atisha memerhatikan kawasan sekeliling. Sudah seharian dia seperti ayam berak kapur. Semuanya berpunca dari kewujudan tiba-tiba Qairiel.

Walaupun bagi orang lain kewujudan Qairiel Zayed umpama bidadara kiriman tuhan, namun bagi Atisha Qairiel seperti ulat bulu diberi daun. Ingin berkepit dengannya seperti pasangan kekasih! Atisha rimas menjadi pusat tumpuan orang ramai.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk menyorokkan dirinya buat sementara waktu. Cukupla di dewan kuliah Qairiel cuba untuk duduk di sebelahnya dengan alasan belum mempunyai buku rujukan dan peralatan pembelajaran. Kalah perangai budak!

Belum sempat habis rasa sebal di hati, suara manusia yang cuba dielakkannya itu mula menyebut nakanya kuat.

"Atisha! Tunggulah aku! Taknak bawak kau balik nanti baru kau tau! " ugut Qairiel dari kejauhan. Atisha menundukkan mukanya. Ramai orang mula berbisik dan memandangnya sinis. Langkahnya dilajukan ke tempat yang sedikit jauh dari orang ramai.

Setelah berada sedikit jauh, dia mengambil tempat di salah satu kerusi di kafetaria. Qairiel turut melajukan langkah. 'Apa lagi mamat gedik ni nak?!' Gerutu hati Atisha. Sebal sungguh hatinya.

Saat Qairiel melabuhkan punggung, Atisha bertindak mengangkat tangan ke langit gaya berdoa.

"Kau doa apa Tisha? Tinggi sangat tangan tu kau angkat," mukanya memandang Atisha dengan mata yang sengaja dikebil-kebilkan gaya anak kecil.

"Ibu kata kalau baca doa nanti setan takut. Tapi ni stay je. Doa aku tak mujarab ke? Banyak sangat ke dosa aku sampai doa tak makbul? Ya Allah ampunkan hambamu ini" ujarnya tak mengendahkan Qairiel. Mata Qairiel pincingkan tanda tak percaya apa yang baru didengarinya. Setan?!

"CHOII TAK BAIKKK MULUT! BAGI CABAI SATGI BARU TAU LANGIT TU TINGGI KA QENDAH" jeritnya kuat. Atisha terus mengambil buku lalu menutup mukanya. Sumpah malu!

"Qairiel Zayed tolong diam! Awak nak orang mengata kita ke?" Atisha menghentak sedikit meja menunjuk perasaan.

"People won't stop talking even when we're dead," lembut kata ditutur lalu nafas dihela lembut sambil matanya memandang tajam mata gadis sopan di depannya. Seolah memaksudnya setiap patah kata yang keluar dari mulutnya.

" Kadang manusia tak hargai apa yang ada di depan mata. So, appreciate every moment you have with people you love so you won't regret it the moment they ended, Atisha Uclaire. Thinking too much about other people won't make them satisfied thoroughly, "

"So no. I won't stop disturbing you till the end Atisha Uclaire. Remember that mwah," ucapnya dengan nada seakan bergurau. Qairiel berlalu selepas melakukan aksi flying kiss dan mini love. Tak sempat Atisha ingin bereaksi. Kepalanya dipicit lembut.

"Eh Qair- aih dia tak makan lagi. Akhirnya Atisha bangun lalu membelikan roti berinti jagung untuk Qairiel. Langkahnya dibawa laju untuk mengejar kelas seterusnya.

Always By Your side! (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now