The Swagger-Min Yoongi

600 48 0
                                    

"Hye korang semua!!" jeritan daripada Suga mendapat sokongan daripada para peminat. "Hehe... Thanks korang sebab sudi datang pada hari ni... Saya pun nak cakap benda yang sama macam Rap Monster cakap tadi.. Saya nak minta maaf sangat-sangat dengan korang. Pada tanggal 13 Jun 2013 tahun pertama kami debut dengan lagu No More Dream tapi pada tarikh 5 April 2021 we have to say goodbye guys. Setelah hampir 8 tahun kami berada di dalam industri hiburan kami sangat bahagia dengan adanya korang. Kesakitan yang dialami oleh saya selama ini terubat dengan kata-kata semangat dari korang semua. Semua lirik yang saya tulis dengan Namjoon hyung selama ini tidak sia-sia apabila kami mendapat pujian dari korang semua. Setiap waktu pasti kami akan memikirkan tentang korang semua. Macam mana dengan pakaian saya?? Adakah ia okay?? Saya nak kelihatan bergaya di hadapan ARMY! Itulah saya jika korang semua nak tahu. Saya nak kelihatan sempurna di hadapan korang. Biarlah orang nak cakap saya ni hipokrit tapi saya tak nak mengecewakan korang semua. I still love you guys. Setiap kali kami membuat persembahan pasti saya akan berasa letih tapi itu semua tak apa sebab bila saya dengar sahaja jeritan korang, dah tak ada apa dalam fikiran saya kecuali 'saya kena buat yang terbaik di hadapan mereka. Saya takkan kecewakan mereka' Hanya itu je yang berada dalam fikiran saya. Hari demi hari saya semakin menginjak dewasa dan inilah perkara yang mematangkan saya. Setiap kali birthday saya pada tiap-tiap tahun, pasti akan ada ucapan dan video birthday untuk saya. Tidak lupa juga kepada ARMY yang sudi menghantar hadiah buat saya. Saya tak tahu nak balas apa dekat korang semua tapi saya cuba untuk memberi hadiah kepada ARMY yang bertuah. Kalau saya diberi peluang untuk bagi hadiah kepada semua ARMY di seluruh dunia ni saya sanggup tapi saya tak terdaya untuk buat semua itu. Kalaulah korang semua tahu betapa sakitnya kami untuk mencapai populariti kami sekarang ini. Ya saya tahu ada di kalangan kamu yang sanggup buat apa saja untuk lihat kami bersatu kembalikan?? Tapi saya harap sangat yang korang tak akan sesekali adakan fan war. Saya tak nak tengok di kalangan korang ada yang tercedera. Biarlah kita berpisah dengan damai. Ok semua!!" air mata Suga akhirnya menitis juga di hadapan semua ARMY yang hadir. Memang berat untuk mereka melakukan semua ini tapi setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

STAY WITH USWhere stories live. Discover now