SEPULUH

54 5 0
                                    

LANGIT yang cerah kini bertukar mendung. Hembusan angin semakin kuat seakan-akan ingin menterbalikkan satu sekolah ini.
Titisan air jernih perlahan-lahan turun lebat membasahi bumbung sekolah dan di kawasan yang tidak mempunyai tempat berlindungan. Terus tegang satu badan Ayla apabila terkena percikan air dingin.

"Ah! Sorry kak."

"Tak apa." Ayla menunduk mengambil borang yang terjatuh atas lantas selepas seorang junior terlanggar bahu Ayla begitu juga junior itu menunduk melakukan perbuatan yang sama. Nasib tidak banyak air hujan basah di lantai aku pijak.

Ayla bangkit. Sebelah lengan baju yang dilipat pantas diturunkan. Kaki mengatur langkah untuk naik ke tingkat seterusnya namun ketika di dalam perjalanan.

"Kau tahu tak siapa yang baru masuk hari ni?"

"Siapa?" Laju sang pendengar menyoal.

"Alaa senior berlagak sombong itu lah, nyampah lah aku bila terserempak dengan dia tadi." Tangan naik mengibas-ngibaskan diri sendiri tanda benci dengan kehadiran senior yang tidak menyangka mereka berempat.

"Kenapa lah...senior tu nak masuk sekolah kat sini balik? Padahal banyak lagi sekolah yang ada form six!" Persoalan yang dibukukan akhirnya terungkap. Ayla menyandar pada dinding. Setiap bait butir bicara masing-masing Ayla amati. Terselit perasaan berbau kebencian.

Sah dia orang ni haters senior tu. Aku kenal sangat senior siapa mereka katakan.

"Kau orang tak rasa hairan ke tiba-tiba dia boleh masuk top 5 masa final exam?"

"Aku syak lah kan ada orang dalam suruh bagi markah bonus dekat pemeriksa kertas tu."

"Atau pun...dia meniru!" Ayla yang sudah rimas mendengar tuduhan tersebut cepat-cepat keluar dari tepi mengejutkan mereka berempat. Terlepas tawa Ayla. Lawak. Mereka membuat muka bahawa mereka tidak takut dengan perwatakan Ayla yang boleh buat orang lain kecut perut.

"Awak semua ni tak tahu ke apa hukum mengumpat? Nak saya bagitahu balik? Saya bagi ceramah free je. Orang yang kena fitnah dapat pahala. Kau? Dapat dosa!"

"Suka hati kita orang lah, lagipun apa hubungan kau dengan dia? Tak penting kan! ni sekolah bapak aku..."

"Tak kisah ni sekolah kau ke sekolah bapak kau ke kalau tak ada adab memang sia-sia lah jadi manusia!" Ayla menoleh ke arah manusia di sebelah kanan gadis bertudung labuh tapi sayang percakapan tak pandai jaga.

"Ha kau pula aku sepak kau juga sekejap lagi. Kau cakap dia tiru orang sebab tu dia selalu dapat masuk top 5? Itu sebab dia rajin ulang kaji dan selalu fokus apa yang cikgu ajar dalam kelas bukan nya macam kau tak sah kalau tak scroll tiktok sampai handphone habis bateri!" Mereka jatuh terduduk akibat sentap menusuk kalbu.

"Tak kisah lah apa yang kau orang kutuk pasal dia...dia masih favourite senior aku. Tiada senior lain dapat gantikan tempat dia. Tiada siapa dapat gantikan tempat encik matahari!"

Terdiam terus mereka selepas dibentak begitu. Ayla pun terdiam sebab terlanjur cakap. Pengakuan dari Ayla betul-betul mengejutkan mereka semua. Tidak sangka Ayla dalam diam ada favourite senior juga.

Pada masa yang sama, seorang lagi pelajar terkaku. Dia mendengar suara bergaduhan dan pengakuan hebat Ayla kerana itu niatnya nak turun ikut tangga ini terus tak jadi.

Tamat lah riwayat mereka kalau Ayla report pasal hal ni kepada cikgu disiplin selepas itu sampai ke telinga pengetua. Ayla membuka langkah meninggalkan tempat tersebut.















SETELAH tiba di hadapan sekumpulan lelaki atau kata lain senior form six yang lepas membantu cikgu mengemas barang lama. Mereka berehat di tangga atas sekali. Jauh sedikit dari tempat mereka keluar. Buat penat aku cari belah bawah-bawah rupanya melepak dekat sini. Kalau bukan sebab cikgu amanah kan kau kumpul borang ni tak ada nya aku nak cari kau!

Kawan-kawan Irfan tahu Ayla ingin bertemu dengan Irfan seorang sahaja lantas memberi ruang kepada kami. Mereka memasuki bilik yang selesai dikemas dan sengaja membiarkan pintu bilik ditutup separuh. Nampak sangat nak curi-curi dengar.

Ayla menyerahkan borang ditangan. Irfan membaca maklumat yang dinyatakan borang tiba-tiba dia bertukar wajah. Dari wajah penat sudah mengukir senyuman sinis.

Irfan menunjukkan isi borang tersebut. Apa yang dapat kita lihat, Ayla menunjukkan riak terkesima tatkala dia sedari dia menyerahkan borang yang salah!

"Susah susah je confess lewat surat ni. Ingatkan minta orang lain bagi tapi first time aku tengok kau yang bagi sendiri. Berani..." puji Irfan tapi bagi Ayla seperti tengah sindir dia. Wah, wah. Lambat lagi aku nak bagi orang surat cinta mahal aku!

"Sejak bila pula saya pernah on crush dekat awak? Perasan. Saya tersalah ambil borang, tertukar dengan junior saya lah."

"Jadi...bukan saya punya!" Tegas Ayla bersuara. Dia cuma tak nak Irfan salah faham.

Irfan menyepetkan mata. Tidak percaya atau sengaja menguji kesabaran Ayla.

"Bagi balik! Saya nak pergi ambil borang yang betul." Ayla berdiri dekat mencuba mengambil ia daripada Irfan. Irfan pantas mengangkat lagi tinggi. Tergapai-gapai tangan dia. Ayla mendengus kasar kerana tidak berjaya.
Gadis itu menjauh darinya.

"Eh, buat apa nak ambil balik? Kau kan penat-penat datang sini semata-mata nak bagi aku surat c.i.n.t.a." Irfan mengeyetkan mata kepada Ayla sambil tersenyum manis. Comel pula aku tengok Ayla tengah marahkan aku.

"Kan saya cakap tu bukan saya punya! Ah, lantak lah. Saya boleh je minta borang baru dekat cikgu." Ayla menyandarkan tangan pada tombol pintu di sebelah dia. Terletaknya barang-barang untuk pembersihan.

"Kau tak kisah ke aku...bagitahu satu sekolah yang kau sebenarnya suka aku." Terjongket-jongket dua belah kening nipis dia.

"Macam lah saya kisah? Nanti bagitahu lah dekat kucing ke tumbuh-tumbuhan ke...Buat jelah!" Ya Allah, Aku pasrah sesungguhnya atas segala kata-kata usikan manusia di hadapanku yang menimpa seminit kemudian dan juga akan datang.

Irfan tergelak kecil. Entah kenapa terhibur dengan ayat spontan Ayla. Ayla berbalik ke belakang. Nak beredar dari situ. Boleh gila kalau layan senior ni lama-lama!

"Esok kita belajar mata pelajaran sejarah lagi. Hari terakhir aku ajar sejarah sebelum aku sibuk dekat luar sekolah...Jangan lambat!" Ayla hanya mengangkat tangan sebagai balasannya.

-akan bersambung-

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now