Terasa angin sejuk menerpa tubuhnya,dia membuka matanya perlahan.Melihat pandangan langit biru yang indah didepan membuatkan dia segera bangkit dari bangkitnya.
'Aku kat mana ni?'
Kepalanya berpaling ke kiri kanan melihat persekitarannya dipenuhi dengan daun-daun berguguran indah serta terdapat bunga disekelilingnya membuatkan dia pelik kerana dia tak tahu dimana dia berada.
"SeokJin-ah..."
Panggilan lembut disisinya membuatkan SeokJin segera berpaling ke arah suara itu dengan pandangan bingung.
Terlihat gadis cantik disisinya bertentang mata dengannya sambil tersenyum.
"Areum-ah!Macam mana awak ada dekat sini?"
"Kita kat mana?"
Bukan membalas soalan SeokJin tetapi gadis yang dipanggil Areum itu mendekatkan dirinya tepat dihadapan wajah SeokJin membuatkan SeokJin terkaku,terkelu serta membulatkan matanya.
"Do you love me?"Tanya Areum sambil tangannya naik menyentuh pipi SeokJin halus.Wajah SeokJin terus memanas tetapi dia suka.
SeokJin mengangguk pelan membuatkan gadis itu tertawa kecil.
"Then can I kiss you?"
Mata SeokJin membulat mendengar ayat itu.Jantungnya berdegup kencang manakala wajahnya memang sudah merah menggila sampai ke telinga.
"Boleh ke?"
SeokJin terus mengangguk laju lagi serta mulutnya dimuncungkan bersedia untuk menerima ciuman dari gadis itu.Areum tersenyum lalu mendekatkan wajahnya dengan SeokJin.
Semakin dekat jarak mereka semakin SeokJin merasa tak sabar.Bibir muncung makin kedepan untuk mencium gadis itu.
CUPPP~~
SeokJin terasa bahagia terus dia tersenyum bahagia kerana kejadian inilah dia inginkan.Mendapatkan gadis yang ia cintai sekian lama tetapi...
Ada satu perkara membuatkan dia pelik dalam ciuman itu.Dia merasakan bibir Areum berbulu.
'Eh?Areum ada misai ke?'
Dia membukakan matanya segera untuk melihat Areum.Matanya meluas lebar melihat sesuatu didepannya sekarang.
"Meoww~"
Kucing?
Lebih lagi itu ialah bontot kucing sebab kucing itu sedang menungging didepannya.SeokJin merasa jijik terus menjerit kuat
"HUARGHHHHH!!!!"
PANGGG!!!!
Tamparan padu hinggap dipipi SeokJin dengan jaya membuatkan SeokJin segera bangun dari mimpi lena.Matanya terkebil-kebil serta pipinya merasa kebas kesan tamparan.
"HAA KAU TIDUR LAGI!BANGUN!!!KERJALAH BODOH!!"
SeokJin mendengarkan jeritan itu segera bangkit dari katilnya dengan keadaan belum sedar sepenuhnya melangkah longlai menuju ke arah bilik air.
Wanita yang bergelar ibunya itu mencekakkan pinggangnya menandakan dia sedang marah sekarang.
"Apalah nak jadi dengan kau ni hari-hari buat aku angin je!!"
Bebel Omma Kim lalu meninggalkan bilik anak lelaki dengan segera untuk menyambung kerja rumahnya kembali.
Kim SeokJin memandang cermin dihadapan lalu melakukan sedikit gaya untuk menunjukkan betapa kacaknya dirinya hari ini.Dia tersenyum baik lalu melangkah keluar meninggalkan biliknya untuk keluar bekerja.
"Omma!!Jin pergi dulu!!"
"Eoh SeokJin-ah!Kejap!"
SeokJin berhenti melangkah berpaling ke arah Omma Kim,dia melihat Omma Kim membawa bekas yang terisi makanan lalu dihulurkan pada SeokJin.
"Jangan lupa habiskan!"
SeokJin mengangguk sambil meletakkan bekal kedalam begnya lalu segera berangkat meninggalkan rumahnya dengan menaiki skuternya sambil tersenyum bahagia.
"Pergi elok-elok!!Aku tahu kau menyimpang tempat lain siap kau!"Kata Omma Kim dengan tegas lalu dibalas dengan lambaian Kim SeokJin.Omma Kim menghantar kepergian anaknya dengan lirikan matanya saja.
Kelibatnya SeokJin telah hilang Omma Kim segera masuk kedalam mengingatkan ada anaknya lagi satu belum menampakkan dirinya lagi.
"NamJoon-ah!!Ireonayo!SEKOLAH SHIBALL!!DAH PUKUL BERAPA NI?APA KAU INGAT SEKOLAH TU BAPAK KAU PUNYA?!!!"
Dalam perjalanan SeokJin memandu dengan hemat sekali.Ye terlalu hemat dan terlalu perlahan kerana dia ingin merasakan keindahan alam sambil mendengar lagu jiwang korea.
"Annyeong Imo!"
"Annyeong Ajusshi!"
"Yah annyeong!!"
"Annyeong budak"
"Annyeong kereta"
"Annyeong lembu"
"Annyeong kucing"
"Annyeong Anjing"
Dan ....
"Annyeonggg cinta hati......"
SeokJin terus menguncikan matanya ke arah gadis itu tidak peduli dengan pemanduannya.Lagi-lagi sekarang gadis itu membalas pandangannya dengan memberikan senyuman indah pada SeokJin membuatkan SeokJin tak keruan hilang kawalan.
Skuter yang dipandunya hilang kawalan terus tergolek ketepi jalan rata yang dipenuh semak-semak kecil.Gadis itu terkejut dengan kejadian dihadapan segera cuba mendekati SeokJin yang sudah terbalik dengan skuternya tetapi langkahnya terhenti apabila SeokJin bangun terduduk dengan pantas sambil tersengeh sumbing.
SeokJin mengangkat ibu jarinya ke arah gadis itu menandakan dia baik-baik saja.Gadis itu tertawa kecil dengan kelakuan SeokJin yang lucu manakala SeokJin pula merasa bahagia kerana dapat membuatkan gadis itu tersenyum padanya.
"Hehe!Saya okey!!"
Sungguh SeokJin merasa bahagia sekarang.
TBC

YOU ARE READING
Clumsy Man //KSJ//
Fanfiction"Seclumsy saya sebebal saya tapi cinta saya pada awak tetap tulus..." Dia lelaki clumsy dan bebal yang tulus mencintai gadis itu. Apakah gadis itu akan menerimanya?