KAI-ELANA | 43

23.5K 1.4K 73
                                    

"Dah?" Elana mengangguk menjawab Jannah. Ditangan masing-masing adanya dulang berisi makanan yang sudah siap mereka pilih. Sekarang waktu rehat mereka dan kini mereka berada dikantin hospital tersebut.

"Jomlah cari tempat duduk." Ajak Jannah sebelum mendahului rakan-rakannya. Ketiga mereka hanya mengikuti Jannah dan mata melilau mencari tempat kosong disitu. Waktu rehat memanglah ramai orang disitu. Tak kira pesakit. Atau doktor jururawat semua ada.

Sedang mereka berjalan dan mata melilau mencari tempat kosong seseorang dihadapan bangun dari duduknya dan tanpa menoleh kebelakang selamba gerangan tersebut berundur dan gelak ketawa jelas kedengaran dari gerangan tersebut.

Jannah yang turut tidak memandang kehadapan lebih tepat tidak menyedari orang dihadapannya sedang mengundur kearahnya...

BUK!

PRANG!

"Argh panas-panas." Dulang terlepas daripada tangan Jannah malah dulang sudah selamat jatuh kebawah. Dan sup yang dibawanya tadi sempat jatuh keatas dadanya. Kini coat doktor miliknya serta bajunya sudah kotor dengan tumpahan makanan yang dibawanya.

Kalut Jannah menepis kotoran dibajunya lebih tepat cuba mengurangkan panas yang sudah dirasainya.

Sunyi seketika suasana disitu.

Elana. Qaseh dan juga Salwa sempat terkedu sebelum ketiga mereka kalut meletakkan dulang masing-masing kemeja entah siapa-siapa sebelum mendapatkan Jannah yang masih mengaduh kepanasan itu.

"Jannah." Elana memusingkan Jannah menghadapnya sebelum dia mengalihkan tangan Jannah dan digantikan dengan tangannya. Risau saja reaksi wajah Elana takut kulit tubuh rakannya itu melecur akibat air sup yang panas tadi.

"Yo--You buta ke!" Sedang mereka sibuk menolong Jannah. Bahu masing-masing terangkat apabila secara tiba-tiba ditengking. Serentak mereka berempat menoleh kearah seorang perempuan dihadapan mereka.

Orang lain yang berada disitu sudah sepenuhnya menumpuhkan perhatian kearah mereka.

"Apa?" Mendatar suara Jannah. Panas pipinya kerana sudah membahang akibat menahan marah. Tatapan tajam diberikan kearah perempuan dihadapan mereka.

Dia buta?

Siapa langgar siapa?

"You buta ke apa? Takde mata?" Bidas perempuan dihadapan mereka. Kasar saja kedengaran suara perempuan tersebut. Terkebil yang lain manakala Jannah sudah semakin berasap. Sempat bebola matanya meneliti atas bawah perempuan tersebut. Tiada apa yang tercedera pun tidak sepertinya yang terkena sup panas.

Jannah berpusing menghadap perempuan tersebut. Kedua tangan naik bercekak pinggang.

Tengok gaya perempuan ini mungkin pelawat sebab ada lagi seorang perempuan yang sudah bangun dari duduknya dan kelihatan perempuan tersebut memakai baju pakaian pesakit dihospital ini.

Ditentang berani mata perempuan dihadapan mereka.

"Kau yang langgar aku. Baju aku dah kotor sebab kau. Lepastu sekarang kau tuduh aku pula yang buta? Aku buta? Dah tu kau pula apa? Juling!" Tidak mengalah Jannah kembali membidas perempuan dihadapannya. Siap kening terangkat kearah perempuan yang jelas sudah memerah menahan marah. Nafas Jannah sudah tidak berapa teratur.

Sakit hati dia sekarang.

"Juling? Ka--kau!"

Suasana tiba-tiba cemas apabila perempuan tersebut bertindak menarik tudung Jannah nasib baik Jannah sempat menghalang tudungnya daripada tercabut. Jannah menepis kuat tangan perempuan tersebut.

[C]✓Mrs. Kai Harrieth Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang