KAI-ELANA | 50

24.4K 1.4K 32
                                    

Kai menatap kosong tingkah kedua sahabatnya yang sedang berlawan mulut. Dia hanya menyandar sambil memeluk tubuh dengan reaksi kosong diwajahnya.

"Eleh Kai! Dia cemburu sebab doktor Jannah tu boleh je senyum dekat aku tapi dekat dia nak pandang pun tak." Ashriq mencebik setelah menuturkan itu. Dijeling wajah Maiq yang sudah beriak dingin. Saja je sebenarnya takde kena mengena pun dengan doktor Jannah. Tapi dia dah tak boleh lawan mulut dengan Maiq tu main petik nama Jannah.

"Kau. Elok-elok sikit ye Ashriq Zafyan." Dingin suara Maiq. Doktor Jannah jangan main ye. Boleh cair! Dengan Ashriq ni kena sembunyi sikit kalau tak mahu kesudah dia nganjing. Ini kalau Ashriq tahu dia ada number doktor Jannah. Mahu lelaki ini nganjing dia 7 keturunan.

Tapi betul lah. Jannah boleh je senyum dekat Ashriq dengan dia bukan main malu.

Eleh.

"Kalau aku kata aku cemburu Elana senyum dekat kau. Kau nak buat apa?" Wajahnya dingin suaranya tanpa nada. Itulah seorang Kai Harrieth sekarang. Dia dari tadi tahan daripada menghalau kedua beruk yang terlepas entah dari mana ini. Bising!

Nak buat kerja pun tak senang.

Krik-krik.

Tiba-tiba suasana senyap malah bertukar hening. Kening Maiq berkerut manakala Ashriq terkebil-kebil. Jarang-jarang si Kai bertingkah pelik begini.

Maksud dia cringe seperti ini.

Ashriq menarik kerusi untuk sebelum dia melabuhkan punggung dihadapan Kai. Tidak cukup dengan itu ditarik pula tubuhnya supaya mendekati Kai. Hanya meja yang memisahkan mereka sekarang.

"Bro."

Tidak membalas apa-apa Kai hanya beriak kosong. Tidak langsung menjawab Ashriq.

"Sah kau yang tanggung hormon mengandung Elana. Ish-ish." Ujar Ashriq selamba sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya. Kai sudah mengetap gigi mendengar ujaran tak masuk akal Ashriq.

Mana ada dia kena hormon mengandung. Semua Elana yang tanggung okey. Kesian bini kesayangan dia itu nasib baik tidak teruk mana. Dulu awal kandungan Elana setiap bangun tidur pagi dah lari ketandas. Memuntahkan segala isian diperut. Tapi sekarang tidak sudah.

PAK!

PAK!

Bahu Ashriq Maiq tepuk. Kelihatan juga Maiq yang turut sama menggelengkan kepala. Satu kerusi ditarik sebelum Maiq melabuhkan punggungnya disitu.

"Kau lupa? Dia kan sayang bini. Orang sayang bini ni kalau bini tu mengandung ha dialah yang kena tanggung hormon tu." Kali ini Maiq pula yang menuturkan itu. Dia dengan Ashriq sudah berhadapan kepala masing digeleng-geleng. Sengaja mahu menguji kesabaran seseorang yang sudah sedia berasap.

"Siapa je tak sayang bini? Ada ke lelaki yang kahwin tak sayang bini? Asal kalau korang dua kahwin nanti tak sayang binilah? Dah Elana bini aku kenalah sayang. Takkan tak sayang pula. Kenapa? Lelaki sayang bini ni hina ke?" Mata Maiq dan juga Ashriq sudah bertembung dan keduanya terkebil. Masing-masing terkelu. Sorang menelan liur. Malah sorang mengetap rahang.

Perlahan kedua serentak berpaling kearah Kai yang masih dengan reaksi kosongnya.

"Ah kau ni bro. Orang gurau sikit dah sentap. Mana ada lelaki sayang bini nampak hina. Kau yang cakap eh bukan aku." Kata Ashriq dengan tangan perlahan menolak tangan Maiq yang sedang berada dibahunya. Seketika bibir mencebik lagi. Sentap sampai keotak mat.

"Aku pun tak cakap lelaki sayang bini ni nampak hina. Aku tak cakap eh aku tak cakap." Kedua tangan Maiq naik tanda mengalah. Inilah dia. Dengan si Kai ni mana boleh bawa main. Kalau pun nak bermain dengan lelaki ini hati kena kental mental kena kuat.

[C]✓Mrs. Kai Harrieth Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang