Kembali

8.8K 70 2
                                    

Bagi meluaskan pendapatan, Nen menghantar porposal kemahirannya kepada beberapa syarikat untuk mendapatkan kontrak. Nen benar- benar mahu berubah. dia berusaha mengekang ketagihan sexnya setiap waktu. keinginannya yang meronta- ronta dipendamkan supaya dia dapat berubah sepenuhnya. Segala bentuk perkara yang merangsangnya dielakkan. Aku dan isteriku juga langsung tidak mahu dihubunginya lagi.

Dalam banyak- banyak porposal yang dihantarnya, dia mendapat satu jawapan dari sebuah syarikat perkapalan di Singapura. Nen dijemput membentangkan porposalnya di sana. Hati Nen begitu gembira sekali. Tanpa berlengah lagi Nen membuat persiapan agar dia dapat melakukan pembentangan yang baik di sana nanti.

Hari yang di tunggu tiba. Nen telah pun berada di lobi pejabat syarikat perkapalan tersebut. Penyambut tetamu menyambut dan membawanya ke bilik mesyuarat . Ketika di bilik mesyuarat, Nen berasa sedikit hairan dan curiga kerana tiada siapa yang berada di sana.  Nen terus menunggu. Tiba- tiba seorang lelaki menjenguk dipintu dan bertanyakan nama Nen. kemudian meminta Nen menunggunya di biliknya. Nen akur dalam curiga. Seperti ada yang tidak kena. Tidak pernah lagi pembentangan projek dilakukan dalam bilik boss. Biasanya dibentang dalam bilik mesyuarat disaksikan oleh beberapa ahli lembaga pengarah.

Pintu dibuka dan lelaki berusia lingkungan 60 tahun itu masuk mengelilingi Nen. "tegap tubuh awak ye" katanya. "wah.. tuan pandai berbahasa Melayu" kata Nen sedikit teruja lelaki Cina di Singapura bertutur dalam Bahasa Melayu. "Tentulah... Saya orang Malaysia juga. di mana ada pelabuhan di situ adalah pejabat kami. Tapi di sini kami jadikan HQ. Jadi di sinilah saya sering berada" jawab lelaki tersebut. Nen hanya mengangguk kagum. "Maaf Encik ***** (nama Nen) Saya terpaksa gunakan cara ini untuk bertemu awak" Lelaki Cina Itu menyambung bicara mencipta kekeliruan diminda Nen. " Jika saya berterus terang, tak mungkin awak akan datang berjumpa saya" sambungnya lagi. " Saya tak faham apa yang tuan maksudkan" Nen bertanya. Mr. Albert menghulurkan sekeping gambar dan bersuara "Kenal perempuan ini?" Sukar untuk Nen menyembunyikan wajah kagetnya setelah melihat gambar tersebut. Gambar itu ialah gambar perempuan yang dilayan penuh mesra selama ini. Apakah..... "Ya.... saya Suami perempuan itu" kata Mr Albert seakan mengerti persoalan yang berlegar dibenak Nen. "Saya juga tahu hubungan kamu dengannya dan apa yang kamu telah lakukan kepadanya" sambungnya lagi. Nen sedar dia terjerat. Dia di dijemput kesini bukan kerana porposalnya tapi untuk menjeratnya. Namun Nen tenang menjawab. "Maafkan saya tuan. Kisah lalu saya sangat kotor. kini saya telah pun berubah. Sebab itu saya cuba mendapatkan projek untuk memulakan hidup baru". Mr. Albert terus merenung wajah Nen seakan cuba menilai kejujuran Nen. kedua mereka terdiam seketika apabila pembantu peribadi Mr Albert masuk membawakan dua cawan kopi.

Apakah yang berlaku nanti. nantikan sambungannya sebab aku dah mengantuk ni. hehe..

sambungnya aku akan mulakan dengan Flashback, dan flashback. aku rancang cerita ini berundur ke belakang dan akan diakhiri dengan sambungan babak di pejabat ini. ada masa nanti aku sambung. 

NenWhere stories live. Discover now