(Bab 2)

49 2 3
                                        

"Morning Mak Awa",Harith Rahimi menyapa orang gajinya yang sedang menghidangkan sarapan pagi di meja makan.

"Opocot kau meletop! Hesy Rith ni,terkejut Mak Awa tau tak..",Ku semangat,, nasib baik aku takde penyakit jantung kalau tak dah padam dah aku tadi.

"Alah,Mak Awa ni..sergah sikit dah melatah ! Hhahah lucu la Mak Awa ni.Rith rindu nak dengar kerenah Mak Awa.",Harith mengusik Mak Awa orang gajinya yang dianggap macam keluargannya sendiri.

"Hah Rith nak makan apa ?,biar Mak Awa hidang..",Mak Awa bertanya kepada anak majikannya.

"Takpe lah Mak Awa,Rith nak tunggu Papa danMama turun..Dah lama tak breakfast sama dengan dorang..",ujar Harith.

Dato'Mukhriz dan Datin Seri Rosell turun melalui tangga dan menuju ke meja makan lalu melabuhkan punggung.Sebenarnya mereka ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan Harith.

"Morning anak Papa,So hows Jordan?",Datuk Mukhriz bertanya kepada Harith.

"Great ! But,makanan dia tak sama macam makanan Malaysia la papa..Hari-hari Rith makan makanan Arab.Rith tak ada masa nak cari restoren Melayu kat sana.",Harith tayang muka 10 sen.

"Alah,kesiannya anak mama..Takpe,lepas ni Rith makan lah masakan Melayu Mak Awa ni puas-puas! comfirm lepas rindu punya..",Datin Seri Rosell pula berbicara."Mama tengok badan anak mama ni tambah tough..Dah sesuai dah jadi laki orang.",sambungnya lagi.

Harith sekadar menggariskan senyuman yang tak berapa nak ikhlas..'Haih ! Mama aku ni,kalau bab-bab kawin memang nombor satu',Harith bermonolog dalam hati.

"Harith,sebenarnya papa ada benda nak cakap ni",Dato' Mukriz mengutarakan bicarannya.

"Abang !",Datin Seri Rosell membentak,menyebabkan semua yang berada di meja makan itu terkejut."Saya rasa ni bukan masa yang sesuai pun untuk bincang perkara tu.So please..",sambungnya lagi.

"Apa dia Pa,ma ? Ada benda yang Rith tak tahu ke ?",Harith merasakan ada sesuatu yang penting disorokkan dari pengetahuannya.

"Tak ade apa Rith,tak penting pun bagi Harith,",Datin Seri Rosell menyudahkan makanannya dan berlalu.Dia berasa sangat takut kehilangan Harith Rahimi dan kecewa dengan tindakan suaminya yang hendak mendedahkan rahsia yang selama ini elok tersimpan.Walaupun malam semalam dia dan suaminya telah bersetuju untuk memberitahu perkara tersebut pada hari ini,namun,seolah-olah dia hilang kekuatan untuk melihat reaksi Harith setelah mengetahui perkara tersebut.

Dato' Mukhriz hanya menggeleng kepala dan menggariskan senyum pahit kepada Harith.

Harith pula masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang disembunyikan oleh mama dan papanya.'Takpe,lambat atau cepat aku akan tau juga',gumam Harith.Dia meneruskan suapannya.

                    *****
(2 minggu kemudian)

"Alhamdulillah",Qaid dan ayahnya En Kamarul meraup wajah tanda Syukur kepada Allah s.w.t..Sebentar tadi Qaisarah memberitahu mereka melalui panggilan telefon bahawa Pn Aminah telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Amanjaya.Kamarul  dan Qaid tidak berada di hospital pada hari itu kerana mereka terpaksa pergi berjumpa dengan Dragon atau nama sebenarnya Alan Wong untuk melunaskan syarat yang telah dijanjikan.Kamarul berasa sangat lega kerana satu beban telah terlepas dari bahunya.Aminah sudah selamat dibedah.Dan dia dapat melihat Qaisarah tersenyum semula.Namun,ada satu beban yang menyebabkan dia dilanda kerisauan,saban hari hatinya tidak tenang.Teringat kembali di mana dia pergi berjumpa dengan Dragon minggu lepas.

"Kau nak aku buat apa hah ?!,kalau nak buat benda-benda kotor tu aku tak nak la Dragon,aku dah cuci tangan aku dah serik masuk lokap!",Kamarul berkata dengan nada yang penuh amarah.

"Kalau kau tak nak jadi orang aku anak kau yang akan jadi mangsa",Dragon mengugut Kamarul.

"Dragon kau tolong lah jangan libatkan anak-anak aku dalam hal ni Dragon",Kamarul sudah pun berdiri dari tempat duduknya.

"Oh..okey kali ni aku lepaskan kau dan keluarga kau,tapi jangan sampai aku nampak lagi muka kau kat sini.. ! Dan aku nak kau bayar balik duit aku dalam masa satu minggu.Kalau kau tak bayar kau tau la nasib kau !!",

"Abah rasa Dragon nak tak bagi kita masa nak lunaskan hutang tu sampai tahun depan",Kamarul tersedar dari lamunan apabila disapa anaknya.

Kamarul diam sejenak."Abah pun tak tau lah..tapi,abah nak pesan kalau terjadi apa-apa kat abah tolong jaga ibu dan Que,tolong pindah dari bandar ni.Abah tak rasa kita boleh selamat kat sini.",ujar Kamarul dengan nada yang sedih.

"Abah,abah jangan la cakap macam tu.Walau apa pun yang terjadi Qaid janji Qaid akan tetap selalu dengan abah.Qaid nak keluarga kita bahagia semula macam dulu",kata Qaid lantas memeluk ayahnya.

"Qaid tau kan abah ni bekas ahli kongsi gelap.Tangan abah ni dah bunuh banyak nyawa.",Kamarul mengingatkan anaknya tentang masa silamnya.

"Abah masa lalu tu hanya sejarah.Abah yang Qaid kenal sekarang ni seorang yang penyayang,baik hati.Walau siapa pun abah di masa lalu Qaid dan Que bersyukur sangat ada ayah sebaik abah",Qaid memeluk abahnya yang selama ini telah mencurahkan kasih sayang yang melimpah kepada mereka.

*Bersambung

~Maaf kalau cerita ni membosankan..:'(
~In sha ALLAH saya akan memperbaiki penulisan saya dalam bab yang seterusnya.
~Tapi untuk meneruskan cerita ni saya perlukan sokongan anda :')
#Vote & #Comment
tQ ! ;)

Hanya Kerana QAISARAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang